Mencari sebuah erti...


Hari ini Sabtu, 1 Ogos 2015. Masih lagi dalam suasana hari raya aidilfitri. Macam biasa la, orang ramai masih lagi sibuk dengan operasi rumah terbuka. Malam tadi pun aku ke rumah salah seorang rakan guru yang buat open house. Masa aku kecik-kecik dulu, tak ada openhouse malam-malam. Tapi sekarang dunia dah berubah, kerana masa dan keadaan. Kata ulama cinta, masa bisa merubah segalanya :p

Hari ini aku dan isteri masih berada di sekolah kerana tugasan tuisyen. Puas aku melobi kawan-kawan seperguruan untuk bertukar jadual, kecewa kerana tiada yang sudi. Tapi aku faham, sapa yg nk kerja hari Sabtu di bulan raya ni :p Kalau aku pun, mcm tak nak jugak, hahaha :p
Aku ada sebab untuk minta ganti. Keluarga dan saudara-mara mertua adik keduaku akan datang pada hari ini. Ada kenduri sederhana besar. Agak sedih bila difikirkan, tapi tak pa, aku yakin ada hikmahnya! Redha dan Sabar, resepi terbaik. Hidup dan kehidupan ini Allah yang punya. Kita hanya hamba, jangan berlagak seperti tuan.

2 minggu kebelakangan ini, masa ku rasa tidak mencukupi dalam hidupku. Aku sering kehilangan waktu lapang, ada sahaja kerja dan aktiviti yang mengejar. Hidup ku rasakan sesak! Siang dan malam ku rasakan singkat. Allah lebih mengetahuinya..

Pagi tadi, seusai solat subuh, aku diam di atas sejadah. Teringat pesanan seorang profesor di facebook, Allah jadikan masa 24jam di dunia ini cukup untuk kehidupan seseorang manusia. Kalau seandainya kita rasa kurang atau tidak cukup, ada something wrong disitu. Amalkan, setiap pagi selepas solat subuh, perkara pertama yang kita wajib buat ialah membaca Al-quran. InsyaAllah masa kita akan cukup.

Itulah pesanannya. Aku rasa pesanan itu memang terkena batang hidungku. Sejak berakhirnya Ramadhan yang lalu, aku alpa untuk istiqamah membaca Al-quran. Astagfirullahala'zim..

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat