Kalau redha, bahagia!


Qisah dari seorang rakan, mengenai tempat kerjanya. Seringkali kami bertemu, pasti ada sekelumit qisah mengenai bosnya. Aku hanya mendengar, terhibur dengan celoteh tempat kerjanya. Bukan senang kami nak bertemu, hanya apabila dua-dua betul-betul mempunyai kelapangan :-)
 
Seminggu sebelum raya, bosnya menjanjikan untuk memberi bonus sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelma. Seperti biasa, sifat bosnya yang suka 'mengugut' meneruskan tabiatnya..hahahaha. Tidak mengugut yang merbahaya,  tetapi sekadar ugutan untuk para staf mengikut arahannya :P

Kali ini, bosnya 'mewajibkan' semua staf untuk menghadiri majlis berbuka puasa atau iftor anjuran sayarikatnya. Arahan yang diberikan, sesiapa yang tidak hadir, tidak akan diberikan bonus hari raya :p Nak dijadikan cerita, rakanku ini tidak berapa sihat, sudah 4 hari demam, batuk dan muntah. Jadi, dia tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut. Keesokan harinya, surat ketidakhadiran dihulurkan kepada kerani pejabat untuk memohon maaf.

Ada juga beberapa orang staf lain yang tidak hadir. Dan kesudahnnya, bonus telah dipotong separuh kerana tidak hadir :P Bonus yang berjumlah RM400 menjadi RM200. Rakanku menerima dengan sabar dan redha katanya. Dia masih bersyukur kerana masih diberikan bonus walaupun separuh!

Cuma, seakan tidak logik katanya, kerana dia tidak hadir kerana faktor kesihatan, bukannya saja-saja tidak hadir. Tak mengapa, biarkan...kalau redha, bahagia! Itu pesan Ustaz Abdulah Khairi :-)

Sehari sebelum hari raya, sewaktu dia berada di rumah mertuanya, datang seorang hamba Allah, memperkenalkan dirinya sebagai AJK sebuah masjid. Datang nak bagi duit raya, sumbangan dari masjid. Sekeping kertas dilukurkan, tertera 'Akuan Penerimaan Bantuan Hari Raya'. Diminta untuk tandatangan dan menulis nombor kad pengenalan.

Kertas diambil kembali, sekeping sampul diberikan. Setelah hamba Allah tadi meminta diri beransur pergi, dia membuka sampul tersebut. Jarinya mula mengira kepingan not RM50 yang dikeluarkan dari sampul. MasyaAllah, RM1000 semuanya! Terucap syukur di bibir dan hatinya :-)

Terdetik di hatinya, mula-mula Allah tarik RM200, disebabkan redha dan sabar, ALlah ganti balik dengan RM1000 :-) Sesungguhnya tarbiyah dari Allah itu pelbagai cara. Jangan risau dengan rezeki, semuanya Allah aturkan :-)

www.qasehgold.biz

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Kami masing-masing mula meminta diri. Sebenarnya, kami bertemu untuk iftor :-) Jarang benar kami berjumpa, mungkin 4 atau 5 kali sahaj dalam setahun.

Istinbat untuk diriku, jangan persoalkan apa yang Allah taqdirkan, sebaliknya redha dan sabar, kerana ada hikmahnya :-) Kedua, rezeki itu milik Allah, hanya melalui tangan-tangan hambaNya. Kalau Allah nak beri sesuatu, tidak ada sesiapa dan apa-apa yang dapat menghalang, dan kalau Allah menghalang sesuatu, tidak ada sesiapa atau apa-apa yang dapat mengubahnya :-)

Hidup ini adalah ujian :-) Solat, sabar dan redha :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat