Kadar Fitrah 2015


Terfikir di minda, mana yang elok, bayar zakat fitrah terus pada asnaf atau bayar pada pusat zakat?.. Bukan susah pon nak cari asnaf yang dirasakan layak untuk diberi zakat. lagi-lagi zaman yang penuh dengan CUKAI ni..SST, GST..ntah apa-apa T nanti yang akan dikanunkan :p

Tahun ni kadar Fitrah RM7.00. Bayar untuk diri dan isteri, RM 14.00. Boleh kalau nak bayar lebib, mungkin boleh genapkan RM20. Yang lebih itu akan dikira sebagai sedeqah. Ketahuilah, sedeqah di bulan Ramadhan lebih baik dari bulan-bulan lain. Moga sedeqah kita diterima oleh Allah Taala, moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..amin..


Kalau kita perasan, dah banyak kaunter-kaunter zakat yang di buka di pasar-pasar raya, bazar-bazar Ramdhan, pandu lalu, dah sangat-sangat mudah nak bayar zakat pada zaman sekarang. Pastu kalau korang perasan, mesti ada akad yang perlu kita lafaz waktu bayar zakat tu.


Pesan seorang guru, lafaz itu sunat sahaja. Yang penting, qasod di dalam hati, zakat apa yang kita nak  bayar tu. Contoh qasod dalam hati : " Sahaja aku bayar zakat fitrah untuk diriku dan isteriku pada tahun ini kerana Allah Taala ". Pastu boleh bayar dengan senyap(tanpa lafaz). Selesai! :-)


Sama macam lafaz niat solat, lafaz niat puasa Ramadhan, yang penting, qasod di dalam hati, lafaz itu hanya sunat :-)

Sekadar pengkongsian dari hamba yang faqir. Salam Ramadhan :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat