Iftor Ana Edar


Alhamdulillah, sekali lagi dapat bersama Ana Edar Sdn Bhd. Kali ni dapat join program iftor & forum perdana. Yang mengujakan aku, salah sorang daripada barisan panel forum ialah Ustaz Syed Nor Hisyam Tuan Padang! Dah banyak kali aku dengar suaranya dan tonton di kaca tv, terasa nak tengok dan dengar suaranya secara live!

Ditaqdirkan, minggu ini minggu aku bercuti hujung minggu di rumah mertua. Maka, kami bertolak dari Batu Berendam, Melaka one shoot menuju ke Setiawangsa. Perjalanan bermula pada pukul 3.30 petang melalui leuhraya utara-selatan. Aku berdua bersama isteri :-)

Sepanjang perjalanan, hatiku sedikit risau, risaukan isteriku yang sedang hamil. Sudah ku katakan tak perlu ikut, tapi isteriku tetap nak ikut. Katanya ingin menemaniku sepanjang perjalanan. Aku turutkan sahaja. Perasaan orang yang sedang hamil ni mudah tersentuh dan disentuh. Kami berbual sepanjang perjalanan ditemani DJ radio yang bersilih ganti. Kalau korang perasan, susah nak ada satu siaran yang akan melekat sepanjang perjalanan dari Melaka balik ke K.L :p

Setibanya kami di Tol Sungai Besi, GPS menunjukkan kurang 30km lagi untuk ke destinasi. Tak la jaoh sangat Setiawangsa..getusku dalam hati... Aku memang agak susah nak ingat jalan, ntah kenapa. Kalau dah lalu hampir 10 kali barulah boleh nak ingat :p Seolah-olah mengingat jalan ni lebih susah dari menghafal beberapa rangkap syair :p

Kami tiba betul-betul di hadapan pintu parkir utama Dewan Sri Iskandar. Dari jauh kelihatan muka Duta Qaseh Gold, Ustaz Haslin pada 'bunting' yang berdiri tegak disitu. Aku terus memandu masuk mencari parkir yang sesuai dan selesa. Bagi aku, parkir yang baik
berada di bahagian tepi sekali lebih selamat. Terutamanya pada pemandu-pemand yang suka buka pintu luas-luas sampai berlanggar dengan pintu kereta kat sebelah. Sakit pulak hati ni :p 

Kami terus menaiki lif naik ke tingkat 5. Setibanya kami di pintu gerbang Dewan Sri Iskandar, 2 orang staff Ana Edar terus melemparkan senyuman. Selesai menulis nama di kaunter pendaftaran, meja terakhir yang bertanda 'Staff Ana Edar' menjadi pilihan kami, he2 :P 

Kedengaran suara pengerusi majlis, Cik Fatin mengalu-alukan kehadiran barisan pengurusan tertinggi Ana Edar dan barisan ahli panel bagi memulakan forum. Kelihatan En. Luqman Othman bersama isteri turut diiringai beriringan. Moderator forum, Ustaz Azalee memulakan forum dengan petahnya. Forum berjalan dengan meriah dan gamat. Almaklumlah, Seloka Ustaz Haslin dan Jenaka Ustaz Syed menghilangkan rasa lapar yang ditahan seharian. Forum berkisar tentang puasa dan kelebihan-kelebihannya.



Tepat jam 7 malam, para tetamu dijemput untuk mengambil hidangan masing-masing sebagai persediaan berbuka puasa. Menu ala buffet yang disediakan ialah Nasi Briani, gulai kambing, ayam masak merah, acar buah, buah tembikai merah dan kuning, satay ayam dan daging, fish & chip serta kuih seolah-olah lempeng yang aku tak tahu namanya :p warnanya coklat gelap, tapi rasanya manis.

Alhamdulillah, isteriku makan dengan agak berselera. Sebelum ini, kurang sungguh seleranya. Aku yang risau. Nampak kurus badannya. Agak sukar juga seorang ibu mengandungkan anak. Syukur yang teramat bila melihat isteriku 'lalu' makan. Terima Qaseh ya Allah.

Aku mengerling jam di handset, hampir 8 malam. Makanan susahpun dihabiskan. Tinggal 4 batang satay ayam yang tak berjaya di habiskan :p Itu pun kerana En. Amran yang tambahkan, dia ambil banyak , dia makan tak habis, dia letakkan pada pinggan kami :p Untuk rekod, En. Amran selaku Business Development Executive Ana Edar makan bersama-sama kami. Pada kali ini, En. Amran mengambil posisi sebagai cameramen. Obses sungguh dia dengan DSLR Nikonnya tu :P

Tepat pukul 8.05 malam, kami bersiap sedia untuk berangkat pulang. Aku mencari-cari individu yang perlu di salam sebelum pulang. Sempat juga bersalaman dengan En. Luqman Othman, such a humble man.

GPS menunjukkan 148km menuju destinasi. Aku memandu tenang sambil membiarkan isteriku lena di kerusi co-pilot. Dua tiga kali aku jeling, teramat ayu wajah seorang bakal ibu yang sedang mengandung :-) Terdetik dalam hatiku ucapan syukur kepada Allah..terima qaseh ya Allah kerana mengurniakanku seorang isteri yang taat dan comel :-)

Kurang 5 minit menghampiri jam 10 malam, kami tiba di hadapan rumah bapa mertuaku, Alhamdulillah. Seperti yang dijangka, tiba sebelum pukul 10 malam. Tenang di hati kerana kereta pun baru servis sebelum pulang ke Melaka. Agak lama aku skip servis, 1900km missed!



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat