BestMobile


BESTMobile diuruskan oleh BestMobile Malaysia Berhad (Reg. No: 1132252-H), sebuah syarikat bumiputera dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta.

Melalui syarikatnya iaitu Cellular Motion Sdn Bhd, BESTMobile telah menandatangani perjanjian dengan Friendi Mobile (www.friendimobile.my) sebuah syarikat milik Virgin Mobile Middle East & Africa (MEA) dan Kumpulan Peransang Selangor serta Samena Telecom Ltd. untuk membangunkan satu konsep perniagaan B-Brand.

FriendiMobile menjadi teknologi partner manakala BESTMobile menjadi marketing arm yang akan membangunkan program ini.

Status BESTMobile adalah sebuah Telco yang memegang lesen Mobile Virtual Network Operator (MVNO)

BESTMobile, dipimpin oleh pengarah-pengarah yang terdiri dari 7 orang pakar yang memiliki lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas, perbankan, perundangan dan telekomunikasi di dalam dan luar negara.

BESTMobile menawarkan perkhidmatan talian telefon kepada pengguna menggunakan nombor awalan 011-38xx xxxx dengan menggunakan rangkaian Umobile dan Maxis sebagai rangkaian teras.
BESTMobile juga menggunakan Nama Penyelia Perkhidmatan (SPN) sendiri iaitu MyBEST yang akan terpapar pada setiap telefon pengguna dan menggunakan server sendiri.
BESTMobile, menggunakan kombinasi antara teknologi telekomunikasi dan sistem pemasaran pintar dengan memiliki sistem sms sendiri dan sistem USSD. Selain itu BESTMobile juga mendapat sokongan dari sistem teknologi terkini dari VirginMobile MEA.

BESTMobile menyediakan pelan harga yang mewakili semua golongan dari pelajar, golongan bekerja dan juga warga asing. Pelan yang ditawarkan bukan sahaja amat menjimatkan tetapi tersedia pelbagai pilihan istimewa dan peluang menjadi Usahawan Telekomunikasi dengan modal yang sangat minima rendah bermula RM 49



Credit: mrhanafi

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat