Sapa yang salah ni?

Sapa yang salah ni?

Aku baru sampai dari Melaka, jam menunjukkan pukul 2:13 pagi sekarang. Sambil duduk di sofa hadapan, tiba-tiba terasa nak tengok apa perkembangan 1MDB. Terus hidupkan laptop dan akses web sarawakreport.com. Tapi...ini jadinya..

Hebat bukan? Hebat la bila ada kuasa :-) Sapa pon boleh buat kalau ada akses nak sekat apa-apa dan mana-mana..kan?


Tak jadi nak teroskan niat...ok, selamat malam :-)
Read More

Uyaina @nonamanis

Uyaina @nonamanis

Sedang menonton TV3, cerita Hantu Bonceng. Untuk rekod, aku masih lagi bercuti, sampai hujung minggu ni, he he he :P Pengetua baik, bagi cuti genap, Alhamdulillah, boleh duduk beraya lama sket dengan keluarga :-)

Macam biasa, selang seli dengan rancangan TV, pasti ada iklan. Sekali tu, keluar iklan pasal
pencarian nonamanis TV3. Biasanya kalau iklan, aku tak pandang skrin TV. Kebetulan pulak aku tgh wat keje kat laptop. Tapi ada satu nama yang disebut, salah sorang dari calon nonamanis, uyaina. Tersentap jap. Aku cuba mencari kat sudut-sudut minda aku, macam pernah tersimpan kat memori aku nama 'uyainah'. Macam pernah dengar masa dok belajar dulu. Aku cuba sedaya upada mengkoreksi segenap pelusuk hardisk minda aku. Alhamdulillah, rasanya tiada lagi 'Bad Sector' dalam cakera keras kepala otakku ini :P

Akhirnya aku jumpa, nama seorang ahli hadis, Sufiyan bin Uyainah! Tau sapa Sufiyan bin Uyainah? Jap lagi aku bagitau :-) Dulu, ada satu nama kitab yang aku dengat kat TV juga, tak bape nak ingat, samaada hidayatussalikin atau riyadussolihan. Cuma, nama tersebut adalah nama seorang wanita, atlit negara dalam sukan gimnastik!



Berbalik pada nama uyainah tadi, beliau seorang Imam dan ahli hadis di tanah haram Makkah. Beliau menuntut ilmu hadis sejak berusia 10 tahun. Mempelajari banyak ilmu yang dan kuat hafalannya. Beliau sempat bertemu dengan 87 tabi’in dan mendengar hadis dari 70 orang daripada mereka. Yang paling terkenal di antaranya adalah Ja’far ash-Shadiq, Humaid ath-Thawl, dan Abdullah bin Dinar. Beliau wafat pada bulan Jamadil Akhir, Sabtu, 1 Rajab 198 H di Makkah dalam usia 91 tahun.

Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata mengenai dirinya: "Dia (Sufiyan bin Uyainah) seorang yang Thiqah, Hafiz, dan seorang yang ahli fiqh”.

Imam As-Syafie memberikan kesaksian atas keilmuannya: "Kalaulah bukan kerana Imam malik dan Sufyan bin Uyainah maka akan hilanglah perbendaharaan ilmu di Hijaz."

Iman As-Syafie juga berkata," Tidaklah aku melihat seorangpun yang memiliki keluasan ilmu sebagai Syuyah bin Uyainah dan tidaklah saya melihat orang yang lebih dapat menahan diri untuk berfatwa daripada Ibnu Uyainah. Dan tidaklah saya melihat seorang pun yang lebih bagus dalam menafsirkan hadis berbanding Ibnu Uyainah."

Iman Abdul Rahman berkata," Ibnu Uyainah adalah orang dari Hijaz yang paling alim tentang hadis-hadis."

Ok, itu serba sedikit mengenai biodata diri beliau :-) Jom kita fikir sama-sama. Perasan tak kita, setiap nama yang ayah dan ibu kita berikan, ada maksud yang tersendiri. Mungkin ada antara kita yang tak pernah amik tau maksud nama kita kan? :-)

Nama kita adalah doa pada diri kita. Bila nama kita dipanggil, bermakna orang yang memanggil itu secara tak langsung sedang mendoakan kita melalui maksud nama kita. Kalau nama kita mempunyai maksud yang baik, maka doa itu adalah baik :-)

Tak berniat nak huraikan lebih panjang, sekian :P
Read More

Twitter @lakaranminda

Twitter @lakaranminda

Alhamdulillah, setelah sekian lama dok main-main dengan twitter, akhirnya malam ni dapat juga update apa yang sepatutnya di twitter :-) Masih baru nak berjinak-jinak dengan dunia twitter sebenarnya :P

Sejak dari Julai 2011 lagi aku dah buat akaun twitter, cuma tak de sangat perasaan nak guna :p Sedang dok check email tadi, tetibe aku ternampak notification mengenai ada seseorang yang aku kenali sedang tweet di twitter, abang ipar aku :P

Aku klik link yang diberi, kena login pulok...try login sampai 3 kali, password salah pulak..nampak sangat dah lama tak bukak :p Apa lagi, reset teros! Alhamdulillah, berjaya :-)

Aku cuba godek-godek akaun twitter abg iparku, seronok jugak kalau ada twitter, detik hatiku.

Aku follow abg iparku. Lama juga aku dok bersiar-siar di situ. Last skali barulah terasa nak tgk akaun sendiri. Kosong rupanya.. avatar tak de, banner atas pun tak da. Tweet yang terkini pon dah lama sangat tak update. Berbeza dengan akaun Facebook dan Google+. Rasa macam dah banyak sangat pulak saluran media sosial sekarang. Tu belum masuk Instagram lagi :P

Terus aku klik ikon 'PS' pada taskbar laptop, dalam beberapa saat, tetingkap Adobe Photoshop terpapar. Terus aku cari grafik yang sesuai, edit, upload!


Cuma avatar aku tak tau nak ubah..ada sapa-sapa tau? Boleh share kat komen di bawah :-) 

Sempat jugak aku follow akaun twitter Najib Razak, PM kesayangan rakyat 1Malaysia :p Timbul dalam hati aku satu rasa, rasa untuk mencari sesuatu yang perlu diselongkar dalam twitter ni :-) Kalau dah jumpa nanti aku share ok :-)


Read More

Kalau redha, bahagia!

Kalau redha, bahagia!

Qisah dari seorang rakan, mengenai tempat kerjanya. Seringkali kami bertemu, pasti ada sekelumit qisah mengenai bosnya. Aku hanya mendengar, terhibur dengan celoteh tempat kerjanya. Bukan senang kami nak bertemu, hanya apabila dua-dua betul-betul mempunyai kelapangan :-)
 
Seminggu sebelum raya, bosnya menjanjikan untuk memberi bonus sempena hari raya aidilfitri yang bakal menjelma. Seperti biasa, sifat bosnya yang suka 'mengugut' meneruskan tabiatnya..hahahaha. Tidak mengugut yang merbahaya,  tetapi sekadar ugutan untuk para staf mengikut arahannya :P

Kali ini, bosnya 'mewajibkan' semua staf untuk menghadiri majlis berbuka puasa atau iftor anjuran sayarikatnya. Arahan yang diberikan, sesiapa yang tidak hadir, tidak akan diberikan bonus hari raya :p Nak dijadikan cerita, rakanku ini tidak berapa sihat, sudah 4 hari demam, batuk dan muntah. Jadi, dia tidak menghadirkan diri ke majlis tersebut. Keesokan harinya, surat ketidakhadiran dihulurkan kepada kerani pejabat untuk memohon maaf.

Ada juga beberapa orang staf lain yang tidak hadir. Dan kesudahnnya, bonus telah dipotong separuh kerana tidak hadir :P Bonus yang berjumlah RM400 menjadi RM200. Rakanku menerima dengan sabar dan redha katanya. Dia masih bersyukur kerana masih diberikan bonus walaupun separuh!

Cuma, seakan tidak logik katanya, kerana dia tidak hadir kerana faktor kesihatan, bukannya saja-saja tidak hadir. Tak mengapa, biarkan...kalau redha, bahagia! Itu pesan Ustaz Abdulah Khairi :-)

Sehari sebelum hari raya, sewaktu dia berada di rumah mertuanya, datang seorang hamba Allah, memperkenalkan dirinya sebagai AJK sebuah masjid. Datang nak bagi duit raya, sumbangan dari masjid. Sekeping kertas dilukurkan, tertera 'Akuan Penerimaan Bantuan Hari Raya'. Diminta untuk tandatangan dan menulis nombor kad pengenalan.

Kertas diambil kembali, sekeping sampul diberikan. Setelah hamba Allah tadi meminta diri beransur pergi, dia membuka sampul tersebut. Jarinya mula mengira kepingan not RM50 yang dikeluarkan dari sampul. MasyaAllah, RM1000 semuanya! Terucap syukur di bibir dan hatinya :-)

Terdetik di hatinya, mula-mula Allah tarik RM200, disebabkan redha dan sabar, ALlah ganti balik dengan RM1000 :-) Sesungguhnya tarbiyah dari Allah itu pelbagai cara. Jangan risau dengan rezeki, semuanya Allah aturkan :-)

www.qasehgold.biz

Jam menunjukkan pukul 8 malam. Kami masing-masing mula meminta diri. Sebenarnya, kami bertemu untuk iftor :-) Jarang benar kami berjumpa, mungkin 4 atau 5 kali sahaj dalam setahun.

Istinbat untuk diriku, jangan persoalkan apa yang Allah taqdirkan, sebaliknya redha dan sabar, kerana ada hikmahnya :-) Kedua, rezeki itu milik Allah, hanya melalui tangan-tangan hambaNya. Kalau Allah nak beri sesuatu, tidak ada sesiapa dan apa-apa yang dapat menghalang, dan kalau Allah menghalang sesuatu, tidak ada sesiapa atau apa-apa yang dapat mengubahnya :-)

Hidup ini adalah ujian :-) Solat, sabar dan redha :-)
Read More

BestMobile jana duit!

BestMobile jana duit!

Ayat skema iaitu Guna Bestmobile Untuk Dapat Duit. Memang betul. Jangan risau meskipun ada yang masih ragu-ragu kerana ia belum lagi beroperasi secara meluas. Namun percayalah kerana apa yang kita percaya itu memang akan berlaku berdasarkan hukum tarikan.

Mari saya permudahkan konsep dapat duit melalui Bestmobile. Buat makluman semua, Bestmobile adalah satu rangkaian telefon prabayar yang memberi banyak kebaikan kepada para pengguna. Selain fungsi asas untuk telefon, sms atau data internet, Bestmobile memberi peluang kepada para pengguna untuk menjana pendapatan dengan konsep Brand Partner.

http://www.thebestmobile.my/bm1

Dengan menjadi Brand Partner, anda telah mendapat ‘lesen’ untuk mempromosi Bestmobile. Buatlah promosi untuk mengajak seberapa ramai pengguna untuk menggunakan Bestmobile.

Hasil usaha anda, pihak Bestmobile akan memberi beberapa insentif berbentuk komisyen dan bonus.
Antaranya bonus penajaan berjumlah RM20 setiap orang yang ditaja. Selain itu ada komisyen berbentuk duit apabila orang yang anda taja membuat top up handphone. Lagi ramai yang anda taja baik anda sendiri atau rakan downline anda maka lagi banyak komisyen yang anda dapat.

Sekarang ada nampak tak bagaimana Bestmobile boleh mendatangkan pendapatan kepada pengguna. Dengan modal yang serendah RM49 untuk mendapatkan kadsim maka anda dapat pula kelayakan Brand Partner untuk melakukan perniagaan telekomunikasi yang hebat abad ini.

http://www.thebestmobile.my/bm1

Tugas anda cuma membuat hebahan atau promosi ataupun ajakan kepada rakan-rakan,keluarga atau sesiapa sahaja. Setiap pengguna handphone adalah prospek anda. Terpulang kepada mereka sama ada yang berminat atau tidak. Ada yang tidak berminat itu adalah perkara biasa. Agak luarbiasa kalau semua ditakdirkan yang berminat menyertai Bestmobile. Ikut logik akal memang tak lah kerana hukum dunia cukup mudah. Ada yang nak dan ada yang tak nak.

Namun saya pasti semua nak duit. Lebih-lebih kepada golongan yang kurang mampu. Jadi kehadiran Bestmobile perlu untuk dijadikan landasan untuk mengubah kesengsraan hidup. Jika sebelum ini serba serbi kekurangan maka peluang menjana duit melalui Brand Partner hendaklah direbut sebaik mungkin.

Saya berharap sesiapa yang berminat untuk mengubah taraf hidup dengan menjana pendapatan melalui Bestmobile bertindak sekarang!





Credit: mrhanafi
Read More

Salam Aidilfitri 2015!

Salam Aidilfitri 2015!

Akhirnya Ramadan pergi jua meninggalkan kita..datang tetamu seterusnya, Syawal. Salam perpisahan buatmu Ramadhan, moga tahun hadapan aku berkesempatan untuk bertemumu lagi wahai Ramadan..amin..



Tahun ini aku beraya pertama hingga ketiga di rumah ayah dan ibuku, di Selayang, Gombak. Pagi raya ketiga barulah akan berangkat ke Batu Berendam, Melaka. Alhamdulillah, cuti sekolah aku sampai hari jumaat minggu depan, sempat untuk buat semua aktiviti-aktivi sempena hari raya bersama keluargaku dan keluarga mertua. Alhamdulillah juga, ayah mertuaku telah discharge dari Hospital Pantai Air Keroh 2 hari sebelum Syawal dalam keadaan sihat walafiat.

www.qasehgold.biz

Sempena masuknya awal Syawal ini, aku memohon kemaafan di atas semua salah dan silap sepanjang tahun ini. Aku juga manusia biasa, aku juga melakukan kesilapan, maafkan dan ampunkan aku. Aku juga maafkan segala apa yang telah berlaku antara kita. Moga keampunan Allah terus menaungi kita semua, amin..

Salam Aidilfitri untuk semua! Allahuakbar!

Read More

Pendapatan 9 Ribu!

Pendapatan 9 Ribu!

Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar…Sejujurnya agak keberatan untuk saya  mengunakan istilah rahsia. Sebab kalau dah dinamakan rahsia buat apa nak heboh-heboh lagi. Biarlah rahsia bak judul lagu Datuk Siti Nurhaliza.Betul kan. Namun disebabkan saya dapat merasai betapa sulit dan sukarnya tiada pendapatan stabil maka elok sangat saya berkongsikan juga rahsia ini..cewah!

Ada banyak cara menjana pendapatan. Paling popular makan gaji. Kedua popular buat bisnes sendiri. Dalam artikel ini saya nak membicarakan pula formula rahsia jana pendapatan dengan bisnes telco yang mudah. Tapi taklah semudah sehingga anda boleh pejam sebelah mata.

Rahsia ini bakal terbongkar sebentar lagi. Jika rasa tak sabar nak tahu juga jom la cepat-cepat cari dekat >>>>> [SINI]
Sebelum itu saya nak pembaca sekalian untuk settingkan cara pemikiran dulu. Cara pemikiran yang saya nak ialah cara pemikiran positif.Buangkan pemikiran prejudis, tak percaya dan tak nak buat ataupun pemikiran tunggu dan lihat. Jika dah bersedia teruskan pembacaan.Seandainya tidak, lebih baik berhenti sahaja membaca. Sila ke laman blog yang lain pula seperti blog Buku Online.

Dalam menjana pendapatan dari formula rahsia yang bakal saya bongkar ini saya nak tanya 3 soalan mudah. Sila jawab dengan ya atau tidak, itu sahaja :-)

1.Adakah anda sanggup keluarkan modal permulaan (RM49+RM8 +RM60)?
2.Adakah anda sanggup membuat promosi secara online tanpa putus asa ?
3.Adakah anda sanggup menerima pendapatan RM9 ribu setiap bulan?

Baiklah. Biar saya jelaskan rasionalnya soalan-soalan yang saya kemukakan tadi. Jika tak faham susah jadinya. Jika faham maka lebih mudah proses seterusnya.


Pertama:
Modal permulaan ini untuk mendapat kadsim dan bayaran pos. Jumlah yang terpampang dalam lingkungan RM57. Selepas anda perlu reload RM60 untuk mendapat insentif lebih besar. Jika rasa terbeban boleh juga reload RM15. Jadi keseluruhan jumlah adalah RM117. Mak ooi. Setakat ini ok lagi tak?

Kedua :
Promosi yang dicadangkan secara online. Anda boleh menggunakan media sosial maupun telefon pintar. Terpulang mana yang mudah dan selesa untuk digunakan. Perlu saya ingatkan promosi ini perlu dilakukan tanpa berhenti. Abaikan perasaan putus asa dan lemah semangat. Buat permulaan ada yang langsung tidak mendapat sambutan. Itu adalah lumrah.Jangan hairan.

Ketiga:
Jika ditanya  semua orang sanggup menerima pendapatan RM9 ribu dan lebih setiap bulan. Semua orang nak termasuk mereka yang sudah ada pendapatan RM30 sebulan. Duit RM9 ribu itu boleh digunakan untuk installment kereta Toyota Camry 2.4V. Kepada mereka yang mempunyai pendapatan kurang RM3 ribu lagi-lagilah mahu. Betul tak?

Sebagai contoh untuk mendapat RM9 ribu lebih setiap bulan:

Anda x RM117 =Modal
Level 1 : 10 orang x RM60 x 11% = RM66
Level 2: 100 orang x RM60 x 4% = RM240
Level 3 :1000 orang x RM60 x 15% = RM9000
Jumlah keseluruhan = RM9306

p/s :Saya akui mungkin  ada yang tidak faham. Sebab itu saya nak ajak anda yang berminat untuk mengetahui lanjut  terus sahaja ke pautan >>>Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar 


Credit: mrhanafi
Read More

Bestnya Jadi Jutawan!

Bestnya Jadi Jutawan!

Alangkah bestya jadi seorang jutawan...Kisah ini bakal berlaku. Bukan khayalan tetapi impian terindah. Bila dan dimana tak penting.Apa yang penting perasaan yakin dan menyakini impian bakal menjadi kenyataan. Usah diragui walaupun rezeki kita memang Allah tetapkan. Namun sekiranya itu yang kita nak dengan doa serta ikthiar sehabis baik maka yakinlah Allah boleh mengabulkan impian untuk menjadi jutawan.

Ada yang sangat sinis.Nak jadi jutawan senang sahaja. Bawa duit RM300 dalam ringgit Malaysia dan kemudian tukar kepada nilai Rupiah. Itu sahaja.Betapa senang jadi jutawan dengan cara begitu. Namun saya suka mengingat bahawa pekerjaan yang mudah begini merencatkan potensi yang ada pada diri sendiri.

Seorang jutawan yang realistik mempunyai kekayaan lebih sejuta ringgit dalam bank, syarikat,aset dan sebagainya,Proses membina kejayaan setaraf jutawan mengambil masa yang lama.Memang sesuai dengan nilai kekayaan itu sendiri.Lebih banyak lebih bagus.Lebih lama lebih berharga.

Mari saya ajak anda semua membuat imaginasi tentang kehidupan seorang jutawan…



Kelebihan menjadi jutawan memudahkan kita beribadah dengan penuh khusyuk dan sempurna.Tiada hutang.Tidak risau memikirkan urusan dunia yang pernah habis-habis. Beribadah, berzakat,bersedekah dan beriktikaf di masjid lama-lama. Tiada satupun nak dirisaukan lagi kecuali memikirkan bagaimana nak membantu orang susah. Ya, memang best jadi jutawan. Kekayaan berada di tangan dan bukannya terletak di hati.

Seorang suami yang bergelar jutawan pasti disayangi isteri. Makan serta minum suami  disediakan sebaik mungkin. Si isteri boleh menemani suaminya setiap masa.Si isteri boleh menemani  suaminya  ketika diluar rumah atau di dalam rumah. Pakaian disediakan,Keperluan bawah perut dipenuhi dengan ketaatan. Ya.Alangkah bestnya dah jadi jutawan. Hidup penuh kasih sayang. Si isteri tak pandang orang lain selain suaminya yang tercinta dengan panggilan abang jutawan.

Jutawan memandu kereta  sport mewah. Dari pandangan  luar macam membazir tetapi hakikatnya memberi imej bahawa jutawan itu ada kuasa ekonomi. Jutawan yang beragama Islam akan menaikkan imej Islam dengan status kuat,kaya raya dan pemurah untuk berbakti kepada masyarakat.Pandu kereta mewah sekalipun tetapi hatinya masih menganggap ia adalah harta pinjaman daripada Allah SWT untuk disyukuri.Menikmati kekayaan salah satu cara untuk mensyukurinya.



Status seorang jutawan biasa juga digambarkan dalam rumah agam.Halaman luas terbentang.Ruang tamu bersih dan tersusun perabut. Maklum sahaja ada ‘bebek’ yang sudi berkhidmat dengan keluarga jutawan. Dengan kemudahan rumah agam yang tersergam indah itu, kita boleh membawa anak yatim,orang miskin dan orang kurang bernasib baik makan malam di rumah jutawan. Biar menjadi inspirasi untuk mereka serta dalam masa yang sama boleh membuang persepsi bahawa jutawan bukan tamak, sombong dan angkuh.

Jika anda berimpian untuk menjadi jutawan jangan lupa untuk membaca artikel Tips Untuk Mengaktifkan Kuasa Bayangan. Sebab impian menjadi jutawan bisa menjadi kenyataan jika itu yang hendak sepenuh hati dan perasaan.

Malah jalan untuk menjadi jutawan pasti terbuka kepada mereka yang sudi,sungguh-sungguh dan bijak bertindak merebut peluang  Kerjaya Impian Jana Pendapatan Berterusan

Mulakan langkah anda hari ni!

Mulakan langkah anda di sini >>>>> BestMobile






Credit: mrhanafi
Read More

Kadar Fitrah 2015

Kadar Fitrah 2015

Terfikir di minda, mana yang elok, bayar zakat fitrah terus pada asnaf atau bayar pada pusat zakat?.. Bukan susah pon nak cari asnaf yang dirasakan layak untuk diberi zakat. lagi-lagi zaman yang penuh dengan CUKAI ni..SST, GST..ntah apa-apa T nanti yang akan dikanunkan :p

Tahun ni kadar Fitrah RM7.00. Bayar untuk diri dan isteri, RM 14.00. Boleh kalau nak bayar lebib, mungkin boleh genapkan RM20. Yang lebih itu akan dikira sebagai sedeqah. Ketahuilah, sedeqah di bulan Ramadhan lebih baik dari bulan-bulan lain. Moga sedeqah kita diterima oleh Allah Taala, moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..amin..


Kalau kita perasan, dah banyak kaunter-kaunter zakat yang di buka di pasar-pasar raya, bazar-bazar Ramdhan, pandu lalu, dah sangat-sangat mudah nak bayar zakat pada zaman sekarang. Pastu kalau korang perasan, mesti ada akad yang perlu kita lafaz waktu bayar zakat tu.


Pesan seorang guru, lafaz itu sunat sahaja. Yang penting, qasod di dalam hati, zakat apa yang kita nak  bayar tu. Contoh qasod dalam hati : " Sahaja aku bayar zakat fitrah untuk diriku dan isteriku pada tahun ini kerana Allah Taala ". Pastu boleh bayar dengan senyap(tanpa lafaz). Selesai! :-)


Sama macam lafaz niat solat, lafaz niat puasa Ramadhan, yang penting, qasod di dalam hati, lafaz itu hanya sunat :-)

Sekadar pengkongsian dari hamba yang faqir. Salam Ramadhan :-)
Read More

Reload+GST

Reload+GST

Alhamdulillah, demam makin berkurangan. Pergi klinik Dr. Hasnida tadi, RM43.00 dicas. Agak murah bagi aku. Kalau kliknik-klinik lain, tak kurang dari RM50. Moga Allah terus memeliharanya, amin.

Sedang duduk bersama isteri di ruang tamu, tiba-tiba kedengaran notifikasi daripada hanfon, ada SMS. Perkara yang memang aku kurang suka, Plan Data Internet telah habis! Part yang paling tak suka lagi, kene top-up!!

Macam biasa, aku suka untuk topup menggunakan online banking. Selalunya Bank Islam. Jarang-jarang aku gunakan Myabank. Paling jarang guna CIMB :P 3 kali sejarah hitam dengan Bank Islam, top-up tak masuk. Terpaksa call centre buat report. Yang paling 'Best', kene tunggu seminggu untuk refund walaupun hanya RM10 :P

Malam ni aku nak reload RM70. Sebab nak langgan Plan Data UMobile RM68, harga psikologi :P Setakat ini, UMobile paling efisyen bagi aku. Dengan RM68 aku dapat 8GB selama 30 hari. 5GB untuk kuota sepanjang hari dan 3GB untuk kuota selepas waktu puncak(peak hour). Boleh la tahan bagi aku yang bergaji tak sampai 5 ribu sebulan :P


Bila semua langkah dah selesai, ni la yang paling aku tak suka tengok, cas reload+GST! Ntah kenapa aku rasa tak patot sangat GST ni dikenakan. RM0.60 bagi aku besar. Mungkin bagi orang yang bergaji 20 ribu ke atas sebulan takkan rasa apa-apa. Bagi orang yang elektrik rumahnya dibayar, minyak keretanya dibayar, semuanya boleh claim, memang dia takkan rasa apa yang aku rasa, dan mungkin juga apa yang rakyat lain semua rasa.


Tapi aku sedar, apa yang rakyat semua keluhkan pada masa ni, takkan mengubah apa-apa. Kerana 'mereka' masih berkuasa, masih boleh membuat undang-undang sesuka hati. 

Pesan baba, biarkanlah mereka bila kita tak mampu. Kalau difikir, hanya menyemakkan kepala. Cuma jangan lua, apa yang mereka buat sekarang, di akhirat nanti akan dihitung semula. Redha, pasti bahagia!

Terima qaseh baba :-)
Read More

Sakit itu penghapus dosa...

Sakit itu penghapus dosa...

Alhamdulillah, hari ini aku dikurniakan suatu nikmat yang jarang untuk aku rasai, nikmat demam. Badan menggigil sejak dari malam tadi. Jelas kelihatan rasa resah di raut wajah isteriku apabila mendapati aku menggigil ketika tidur. Hasratnya untuk masak juadah bersahur pagi tadi sedikit terbantut. Dari nada suaranya, aku tahu dia kerisauan. 

Terasa sejuk di bahagian dahiku, rupa-rupanya ada tuala lembab yang diletakkan oleh isteriku. Menambahkan kegigilan yang sedia menggigil. Entah kenapa, aku pun tak tahu. Malam tadi aku rasa sihat, cuma ada rasa panas sikit-sikit. Cuma, pagi semalan, aku mengalami cirit-birit yang agak dahsyat! Yang paling menyiksakan, aku kat sekolah! Berapa kali masuk bilik air pon tak tahu la. Sakit yang menekan sampai tak larat nak berdiri untuk mengajar..Allahuakhar..

Nurdiyana, seorang isteri yang tabah dan cekal. Tidak mudah mengalah, sangat cepat tersentuh emosinya. Badanku di lap dengan tuala lembap. Roti digoreng untuk aku mengisi perut. Katanya, sewaktu aku sedang menggigil-gigil, perutku 'menyanyi' dengan kuat! Tandanya lapar. Sedap juga dapat makan roti bersalut telur yang digoreng di awal pagi :-) Thanks sayang :-)

Isteriku keseorangan ke tempat kerja hari ini. Aku sempat melambaikan tangan sewaktu dia hendak memasuki pintu lif. Riak wajahnya masih kerisauan..Ya Allah, permudahkanlah perjalanan isteriku pada hari ini, amin...doaku di dalam hati..Tetap ayu wajahnya walaupun dalam kerisauan :-) 


Syukur Alhamdulillah sebab ada ubat deman, selsema dan antibiotik yang mama pernah bekalkan sebelum ini. Mama, insan yang sangat prihatin dengan kesihatan diri dan anak-anaknya. Sampaikan stok ubat wajib tersimpan dalam beg tangannya. Betapa sifat keibuan terpasak teguh dalam hatinya! Untuk anak dan suami, segalanya akan dilakukan.


Jam dah pukul 1:52 petang. Aku rasa macam dah kurang sejuk ni. Boleh mandi dah kot. Mula dari kaki naik ke atas, aturan mandi bagi orang yang tak sihat. Moga-moga segera sembuh, boleh sambung puasa. Hari ni dah one day off puasa... :-(
Read More

BestMobile

BestMobile

BESTMobile diuruskan oleh BestMobile Malaysia Berhad (Reg. No: 1132252-H), sebuah syarikat bumiputera dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta.

Melalui syarikatnya iaitu Cellular Motion Sdn Bhd, BESTMobile telah menandatangani perjanjian dengan Friendi Mobile (www.friendimobile.my) sebuah syarikat milik Virgin Mobile Middle East & Africa (MEA) dan Kumpulan Peransang Selangor serta Samena Telecom Ltd. untuk membangunkan satu konsep perniagaan B-Brand.

FriendiMobile menjadi teknologi partner manakala BESTMobile menjadi marketing arm yang akan membangunkan program ini.

Status BESTMobile adalah sebuah Telco yang memegang lesen Mobile Virtual Network Operator (MVNO)

BESTMobile, dipimpin oleh pengarah-pengarah yang terdiri dari 7 orang pakar yang memiliki lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang minyak & gas, perbankan, perundangan dan telekomunikasi di dalam dan luar negara.

BESTMobile menawarkan perkhidmatan talian telefon kepada pengguna menggunakan nombor awalan 011-38xx xxxx dengan menggunakan rangkaian Umobile dan Maxis sebagai rangkaian teras.
BESTMobile juga menggunakan Nama Penyelia Perkhidmatan (SPN) sendiri iaitu MyBEST yang akan terpapar pada setiap telefon pengguna dan menggunakan server sendiri.
BESTMobile, menggunakan kombinasi antara teknologi telekomunikasi dan sistem pemasaran pintar dengan memiliki sistem sms sendiri dan sistem USSD. Selain itu BESTMobile juga mendapat sokongan dari sistem teknologi terkini dari VirginMobile MEA.

BESTMobile menyediakan pelan harga yang mewakili semua golongan dari pelajar, golongan bekerja dan juga warga asing. Pelan yang ditawarkan bukan sahaja amat menjimatkan tetapi tersedia pelbagai pilihan istimewa dan peluang menjadi Usahawan Telekomunikasi dengan modal yang sangat minima rendah bermula RM 49



Credit: mrhanafi
Read More

Iftor Ana Edar

Iftor Ana Edar

Alhamdulillah, sekali lagi dapat bersama Ana Edar Sdn Bhd. Kali ni dapat join program iftor & forum perdana. Yang mengujakan aku, salah sorang daripada barisan panel forum ialah Ustaz Syed Nor Hisyam Tuan Padang! Dah banyak kali aku dengar suaranya dan tonton di kaca tv, terasa nak tengok dan dengar suaranya secara live!

Ditaqdirkan, minggu ini minggu aku bercuti hujung minggu di rumah mertua. Maka, kami bertolak dari Batu Berendam, Melaka one shoot menuju ke Setiawangsa. Perjalanan bermula pada pukul 3.30 petang melalui leuhraya utara-selatan. Aku berdua bersama isteri :-)

Sepanjang perjalanan, hatiku sedikit risau, risaukan isteriku yang sedang hamil. Sudah ku katakan tak perlu ikut, tapi isteriku tetap nak ikut. Katanya ingin menemaniku sepanjang perjalanan. Aku turutkan sahaja. Perasaan orang yang sedang hamil ni mudah tersentuh dan disentuh. Kami berbual sepanjang perjalanan ditemani DJ radio yang bersilih ganti. Kalau korang perasan, susah nak ada satu siaran yang akan melekat sepanjang perjalanan dari Melaka balik ke K.L :p

Setibanya kami di Tol Sungai Besi, GPS menunjukkan kurang 30km lagi untuk ke destinasi. Tak la jaoh sangat Setiawangsa..getusku dalam hati... Aku memang agak susah nak ingat jalan, ntah kenapa. Kalau dah lalu hampir 10 kali barulah boleh nak ingat :p Seolah-olah mengingat jalan ni lebih susah dari menghafal beberapa rangkap syair :p

Kami tiba betul-betul di hadapan pintu parkir utama Dewan Sri Iskandar. Dari jauh kelihatan muka Duta Qaseh Gold, Ustaz Haslin pada 'bunting' yang berdiri tegak disitu. Aku terus memandu masuk mencari parkir yang sesuai dan selesa. Bagi aku, parkir yang baik
berada di bahagian tepi sekali lebih selamat. Terutamanya pada pemandu-pemand yang suka buka pintu luas-luas sampai berlanggar dengan pintu kereta kat sebelah. Sakit pulak hati ni :p 

Kami terus menaiki lif naik ke tingkat 5. Setibanya kami di pintu gerbang Dewan Sri Iskandar, 2 orang staff Ana Edar terus melemparkan senyuman. Selesai menulis nama di kaunter pendaftaran, meja terakhir yang bertanda 'Staff Ana Edar' menjadi pilihan kami, he2 :P 

Kedengaran suara pengerusi majlis, Cik Fatin mengalu-alukan kehadiran barisan pengurusan tertinggi Ana Edar dan barisan ahli panel bagi memulakan forum. Kelihatan En. Luqman Othman bersama isteri turut diiringai beriringan. Moderator forum, Ustaz Azalee memulakan forum dengan petahnya. Forum berjalan dengan meriah dan gamat. Almaklumlah, Seloka Ustaz Haslin dan Jenaka Ustaz Syed menghilangkan rasa lapar yang ditahan seharian. Forum berkisar tentang puasa dan kelebihan-kelebihannya.



Tepat jam 7 malam, para tetamu dijemput untuk mengambil hidangan masing-masing sebagai persediaan berbuka puasa. Menu ala buffet yang disediakan ialah Nasi Briani, gulai kambing, ayam masak merah, acar buah, buah tembikai merah dan kuning, satay ayam dan daging, fish & chip serta kuih seolah-olah lempeng yang aku tak tahu namanya :p warnanya coklat gelap, tapi rasanya manis.

Alhamdulillah, isteriku makan dengan agak berselera. Sebelum ini, kurang sungguh seleranya. Aku yang risau. Nampak kurus badannya. Agak sukar juga seorang ibu mengandungkan anak. Syukur yang teramat bila melihat isteriku 'lalu' makan. Terima Qaseh ya Allah.

Aku mengerling jam di handset, hampir 8 malam. Makanan susahpun dihabiskan. Tinggal 4 batang satay ayam yang tak berjaya di habiskan :p Itu pun kerana En. Amran yang tambahkan, dia ambil banyak , dia makan tak habis, dia letakkan pada pinggan kami :p Untuk rekod, En. Amran selaku Business Development Executive Ana Edar makan bersama-sama kami. Pada kali ini, En. Amran mengambil posisi sebagai cameramen. Obses sungguh dia dengan DSLR Nikonnya tu :P

Tepat pukul 8.05 malam, kami bersiap sedia untuk berangkat pulang. Aku mencari-cari individu yang perlu di salam sebelum pulang. Sempat juga bersalaman dengan En. Luqman Othman, such a humble man.

GPS menunjukkan 148km menuju destinasi. Aku memandu tenang sambil membiarkan isteriku lena di kerusi co-pilot. Dua tiga kali aku jeling, teramat ayu wajah seorang bakal ibu yang sedang mengandung :-) Terdetik dalam hatiku ucapan syukur kepada Allah..terima qaseh ya Allah kerana mengurniakanku seorang isteri yang taat dan comel :-)

Kurang 5 minit menghampiri jam 10 malam, kami tiba di hadapan rumah bapa mertuaku, Alhamdulillah. Seperti yang dijangka, tiba sebelum pukul 10 malam. Tenang di hati kerana kereta pun baru servis sebelum pulang ke Melaka. Agak lama aku skip servis, 1900km missed!


Read More