Umrah Ayah :-)


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rezeki kepada ayah mertuaku untuk berangkat ke Mekah. Keberangkatan pada kali ini adalah untuk menunaikan umrah. Turut serta juga adik iparku, Samimi, kakak iparku, Iezawani dan abang iaparku Azman. Alhamdulillah, mereka dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur :-)

Kami tiba di KLIA pada jam 11.25 pagi. Selesai menurunkan isteriku, adik iparku dan ayah mertuaku, aku terus ke kawasan parking A. Aras parking A-1-5.  Abang adan kakak iparku mempah limo dari rumah terus ke KLIA. Lebih kurang 10 minit akuoun sampai di tempat mereka menunggu. Jamaah umrah di bawah kelolaan Juara Tarvels telah pun berkumpul di kerusi menunggu bersebelahan kaunter check-in L setibanya aku di sana. Beberapa minit kemudian, salah seorang wakil Juara Travel memberikan taklimat ringkas. Kami semua dibenarkan untuk berlegar-legar di sekitar balai perlepasan sehingga pukul 1.

Masa yang berkesempatan kami gunakan untuk berehat di foodcourt, Wok Malaysia. Aku menempah nasi ayam dan teh tarik. Terasa perut kembali kosong walaupun sudah menjamah sebungkus nasi lemak pagi tadi :P For the recod, nasi ayam harganya RM16.50 dan teh tarik RM 5.10 termasuk GST! Kaya sungguh peniaga di KLIA :P

Ayah tidak menjamah apa-apa kerana ingin menyantap juadah sewaktu penerbangan nanti katanya. Ayah tersnyum bila dipelawa untuk makan. Isteriku hanya memesan Milo ais, Mimi pula nasi goreng kampung + air nescafe. Abang Man dan Kak Wani juga menempah minuman ringan. Lama juga kami berborak sambil makan di Wok Malaysia. Gelak ketawa dan gurauan mesra.

Isteriku yang merupakan anak kedua daripada 3 beradik agak emosional. Mungkin kerana adik dan kakaknya akan berangkat jauh, tersentuh sedikit tangkai hatinya. Aku cuba memahami perasaannya. Sewaktu awal ayah merancang untuk mengerjakan umrah dulu, aku sudah memberikan keizinan untuknya mengikuti keberangkatan ini. Namun dia menolak. Au tidak memaksa. Biarlah pilihan ditangannya. Aku yakin ada hikmahnya. Allah maha perancang :-)

Jam menunjukkan hampir pukul 1.00 petang. Kami bersiap-siap untuk naik semuala ke kaunter check-in. Wok Malaysia terletak satu tingkat ke bawah. Beg bagasi kecil berwarna merah tertera perkataan "Juara" milik ayah mertuaku aku seret. Kami naik semula ke tingkat atas. Sejurus selepas kami tiba, wakil Juara Travel terus meminta semua jamaah Juara berkumpul untuk sesi taklimat lengkap sebelum berangkat. 3 orang wakil Juara Travels tampil memberikan taklimat sebelum mengembalikan passport kepada semua jamaah umrahnya.

Agak sayu di akhir taklimat sewaktu doa dibacakan. " Allahummaj'al umratuna umratan maqbulah.." Sejujurnya, terusik tangkai jantungku mendengar kalimah indah doa tersebut. Teringat saat berbual dengan mama, betapa suka dan gembiranya mama bercerita tentang Masjidil Haram dan Ka'bah kepada kami adik-beradik. Kata mama, masih terbayang-bayang wajah Ka'bah. Masih terbayang-bayang keindahan Masjidil Haram. Kata mama lagi, kalau dikurniakan rezeki, mama nak pergi lain di lain waktu. Subhanallah, begitu indah rumahMu Ya Allah di dunia sehingga teringat-ingat dan terbayang oleh hambaMu yang telah pergi ke sana...


Azamku, niatku, pada tahun ini, aku nak kumpul duit untuk pergi umrah pada tahun hadapan. Aku dah tak nak fikir pasal nak beli rumah. Macam terlalu jauh impian tu. InsyaAllah awal tahun depan isteriku akan melahirkan seorang cahaya mata. Satu lagi kurniakan yang indah dan hebat buat aku dan isteri, terima qaseh Ya Allah :-) Seakan rindu menusuk kalbu, aku dapat rasai perasaan mama sewaktu bercerita tentang Ka'bah. Moga Allah Izinkin, amin ya rabbal a'lamin.


Sesuai taklimat, semua jamaah berlalu menuju ke escalator untuk ke balai pelepasan terakhir. Segala bagasi telah di check-in oleh agen Juara Travels. Hanya beg yang akan di bawa naik sahaja disandang dan dikendong. Penerbangan dijadualkan pada pukul 3:15 petang. Penerbangan Malaysia Airlines System tersebut akan mendarat di Jeddah. Doaku dan isteri, semuanya berjalan lancar dengan izin dan rahmat Allah Taala. Ya Allah, terimalah semua yang berangkat pada hari ini menuju rumahMu yang mulia. Maqbulkan umrah mereka, limpahkanlah kasih sayangMu kepada mereka. Amin ya Allah, amin ya rabbal a'lamin...

Hujung mata kami menghantar mereka hingga ke akhir sudut Anjung Intai. Doa kami berdua terus mengiringi mereka.  Agak sayu di hati ini bila ingin berjauhan dengan orang yang kita sayangi. Jelas terlihat di mata isteriku, sedih sayunya terzahir dalam sedar dan tidak sedar. Sayangnya pada ayah, kakak dan adiknya amat mendalam. Itu hati perempuan yang masih aku cuba untuk selami sehingga sekarang. Hakikatnya, hati perempuan agak sukar untuk dimengerti..



Kami sama-sama menunggu di hujung Anjung Intai untuk melihat penerbangan MAS MH 0150 berlepas terbang. Sehingga ayat terakhir lakaranku ini ditaip, MH 0150 masih belum berlepas terbang...dan kami masih menanti di balik cermin jernih tebal yang memisahkan kami dan landasan penerbangan KLIA...



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat