Buku untuk cikgu!

Buku untuk cikgu!

Sedang menjaga para pelajar di tempat wudhu' tahap 2. 4 kepala paip yang dipasang berbaris di tempat berwudhu' itu membolehkan 4 orang pelajar berwudhu' pada satu-satu masa. Aku berdiri di tepi sebelah kanan hujung yang membolehkan aku meneliti setiap perlakuan dan gerak-geri wudhu' pelajar-pelajarku.

Tiba-tiba datang seorang pelajar tahun 6, nik panggilannya. Mendekati aku sambil menghulurkan sebuah buku yang masih ber"strap" dengan plasti.

"Uztaz, buku ni ayah saya bagi pada ustaz. Ambillah ustaz"

Aku terpaku kejap, tetibe je si nik ni :p

"Ayah awak bagi buku ni kenapa nik?"

"Ayah saya saja nak hadiahkan pada ustaz"

Aku terima dengan senyuman " Pesan kat ayah awak terima qaseh ya"

Lantas dia berlalu semula ke dalam dewan solat. Aku mebelek-belk buku tersebut. Tajuknya "menemukan khusyu' yang hilang". Sentap kejap aku..astagfirullahal'azim...


Aku cuba mentafsir, apakah mesej yang Allah ingin sampaikan kepadaku...terdiam aku seketika. Sehari sebelum Ramadhan aku dihadiahkan buku ini oleh Allah. Risau hati ini, apakah Allah ingin menegurku? aku rasa ya...

Buku itu aku koyak plastik wrapnya dan aku selak dari muka depan. Antara tak sedar, teringat aku di saat solat-solatku. Ya Allah, aku akui, kurangnya khusyu' aku di dalam solat kepadamu...


Aku terfikir, tarbiyyah Allah itu pelbagai caranya. Mungkin ini tarbiyyah untuk aku. Sebak tertahan di hati. Aku bermonolog sendirian di ceruk fikiranku. Teringat kata-kata Dr. Asri, pelbagai cara dan keadaan Allah akan gunakan untuk mendekati hambaNya, cuma kita sedar atau tidak sahaja..

Ilmu solat khusyu' aku belum cukup lagi, comform!
Read More

Mesej untuk rakyat Malaysia!

Mesej untuk rakyat Malaysia!

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Sumber: https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/482510085245629:0
Read More

GOJES by QasehGold!

GOJES by QasehGold!

Julung kalinya, Ana Edar Sdn Bhd dengan penuh rasa syukur melancarkan satu lagi produk khusus untuk wanita yang memfokuskan kecantikan dalaman dan luaran. Qaseh GOJES merupakan satu inspirasi bagi memberikan alternatif kepada produk kecantikan yang ada dipasaran pada masa sekarang, Aspirasi untuk mewujudkan produk keacantikan dan kesihatan yang halal dan suci adalah bertujuan untuk menggarap keredhaan Ilahi.

Alhamdulillah, aku diberi peluang untuk hadir pada majlis pelancaran pada kali ini. Bertolak dari Cheras pada pukul 6.15 petang dengan berpandukan GPS di telefon bimbit. Seriously, aku tak penah 
pergi Kg. Pengantin kat Kuala Lumpur tu. Pelik jugak ada tempat nama Kg. Pengantin :p Veveku meluncur laju pada permulaan perjalanan, jalan lancar! Semangat menekan pedal minyak seperti semangat nak menghadiri majlis pelancaran GOJES. Masih mematuhi had laju, 100km/j :p

Tiba-tiba, signal hijau bertukar merah pada GPS. Pantas aku menyentuh ikon 'layer' kemudian 'Traffic'. Fungsi ini pada Google Navigation akan memaparkan status semasa atau 'realtime' trafik di sesuatu jalan. Entah mengapa aku tak berapa minat nak guna Waze :p Ya Allah, terkejut aku. Sepanjang 18km trafik sedang mengalami kesesakan. Aku dah terbayang takot jadi macam Pelancaran Qaseh Premier dulu, hahaha :p

Aku gagahkan juga kaki kananku menekan pedal minyak dan brek berselang seli mengikut rentak trafik jalan raya. Berbisik pada hati, sabar itu separuh daripada iman, sabar itu pelengkap iman, Allah bersama orang-orang yang sabar...hati itu perlu dipujuk. Hati itu berbolak balik sifatnya.

Aku menghidupkan radio di panel tengah dashboard. 91.5, IKIM.fm. Iklan..panjang iklannya...97.60 Hotfm. Lagu ape ntah, terlalu rancak dengan drum. 91.10, lagu tak best jugak. Selalunya irama Islamik, tapi ntah ape pulok lagunya masa tu. Aku off semula radio. Kembali fokus pada skrin GPS, trafik masih perlahan, tapi tidak jem.



Kelajuan sekitar 20-30km/j. Aku mengambil keputusan untuk melayan perasaan sendiri. Berfikir. Pernah terbaca satu buku yang tulis oleh Ustaz Pahroil Muhd Juoi, "Kurang fikir atau kurang zikir". Tak habis lagi baca buku tu sebenarnya..hehehe

Aku sampai ke destinasi pada pukul 7.50 petang. Masuk saja parking, aku pening kembali. 2 kali 'tawaf' kawasan tu, tapi aku masih tak jumpa apa-apa sign board "Kg. Pengantin". Last2 call salah sorang staff Ana Edar, En. Amran Al-Hilali. Rupa-ruapanya kat tingkat tiga! Sangat pelik sebab aras bawah kompleks tu hanya banyak kedai-kedai makan cina. Sangat ramai dan sesak di situ. Memang 'ong' berbisnes di situ.

Selesai parking, aku terus naik ke aras 3. Keluar saja lif, pandang ke kiri, itu pesan En. Amran. Dari jauh kelihatan meja pendaftaran berwarna pink dengan staff juga berpakaian seba pink! Lupa pulak, aku pun pakai kemeja pink! hahahaha :P Tema malam ni adalah pink untuk menimbulkan suasana GOJES, setema dengan warna rasmi Qaseh GOJES yang bermotokan "Cantik luar, cantik dalam".

Terus menyapa salah seorang staff Ana Edar disitu, Puan Dila "Assalamualaikum. Kak, surau kat mana?" Itu sapaan aku, sebab aku tak solat maghrib lagi :P Selesai solat, terus aku di bawa oleh Cik Aisyah, salah seorang Executive Marketing Ana Edar menuju ruang majlis. Macam biasa la, cop tempat :p 

Sesuatu yang mengujakan berlaku. Benar kata orang-orang tua, dunia ni kecik je... Aku dipertemukan dengan seorang sahabat lama, Azalee Bin Abu Bakar. Teman seperjuangan sewaktu di Kaherah, Mesir suatu ketika dahulu. Telah dilantik menjadi Executive Syariah di Ana Edar Sdn Bhd. Diamanahkan untuk memantau aspek-aspek Syariah di bawah selian Dr Zaharuddin selaku Penasihat Syariah Ana Edar Sdn Bhd.

Majlis dihoskan oleh Abby Fana, DJ Sinar.fm bagi menggamatkan lagi majlis. Dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan pembukaan oleh CEO Ana Edar, Encik Luqman Othman






Juga, para hadiran diberi peluang untuk memenangi sebuah iPad melalui perduan selfie paling GOJES sepanjang program berlangsung. Selfie dengan hashtag di Instagram. Aku memang tak pandai berselfie, ditambah pulak dengan ketidakhadiran buah hati disisi, memang tak la selfie tu :p

Gimik pelancaran Qaseh GOJES disempurnakan oleh CEO, Puan Hasniza, GM dan NLP Trainer Ana Edar Sdn Bhd.



Majlis diteruskan dengan sesi forum GOJES yang di barisi dengan ahli panel tersohor, Ustaz Haslin, Ustazah Isfadiah dan Puan Hasniza. Berbicara mengenai GOJES dari sudut aplikasinya menurut Syariah. Forum yang sangat mencuit hati disamping pengisian yang padat dengan ilmiah. 


Juga tayangan montaj-montaj Qaseh GOJES sebagai promo. Satu lagi suprise bagi aku ialah kehadiran seorang lagi sahabat seKUIS, Muhammad Iezhar Abd Samad dan isteri. Kami roomate masa di KUIS dulu :-) Kami conquer satu meja di barisan tengah, baris kedua terakhir, hehe :p 

Seusai program, jamuan makan turut disediakan. Dapat juga ole-ole dari Ana Edar, Mug dan Qaseh GOJES secara percuma. Rugi la wei sapa yang tak join, haha :p


By the way, kalau ada sapa-sapa nak order Qaseh GOJES ni, boleh whatsApp 013-3115809. Kalau nak harga special kena jadi rakan niaga la ye :-) Maklumat lanjut boleh didapati di web rasmi Ana Edar, www.qaseh2u.com.my



Aku sampai di rumah pada pukul 12.15 malam. Penat juga memandu sebab sesat :P Maklumla, ikut GPS di tengah-tengah malam, sesat la dua tiga kali :P Padahal 27km sahaja. Harung je la..

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Ana Edar Sdn Bhd di atas satu lagi produk berkualiti, suci dan halal yang telah berjaya dilancarkan. Semoga penghasilan produk alternatif yang suci dan halal ini dapat diteruskan untuk pembangunan ummah dari segi kesihatan dan ekonomi. 

Tag sket moto Ana Edar "MEMARTABATKAN EKONOMI UMMAH".


Read More

Perihal Ummi 2 Be :-)

Perihal Ummi 2 Be :-)

Malam ini hujan turun manja, tidak renyai dan tidak lebat. Aku di dalam bilik menghadap laptop. Si manis comelku sudahpun diulit mimpi. Penat barangkali kerana memasak untuk juadah berbuka puasa tadi. Maklumla, beberapa hari lagi nak puasa Ramadhan :-) Alhamdulillah, sedap juadah masakan hari ni. Lama benar rasanya tidak makan makanan masakan isteri tersayang sejak disahkan doktor yang isteriku mengandung. Syukur Alhamdulillah :-)

Sesekali terdengar buah hatiku terbatuk-batuk, seolah-olah batuk berkahak. Aku bingkas bangun membelai rambutnya. Lena kembali. Lega di hati. Kembali aku menghadap laptop, en. Asus. Apa yang merisaukan aku, selang hampir 10 minit, batuk tersebut menyerang lagi. Risau bertingkat-tingkat aku dibuatnya. Dengan rasa prihatin sebagai seorang suami, aku lantas bangun menuruni tangga turun ke bawah dan menggapai ubat batuk cap ibu dan anak serta sebatang sudu plastik. 

Kembali semula ke bilik, "sayang, bangun kejap, kita makan ubat batuk". Bisikku lembut. Isteriku terjaga seraya membalas "mana boleh la sayang, orang mengandung tak boleh makan ubat batuk.." Ok, aku blur kejap. Terus aku tanya pakcik google, dan jawapannya memang benar, tak boleh! 

Tiba-tiba rasa macam poyo sangat tadi pergi cari ubat batuk :P Aku search lagi kat google, dan ini jawapannya, diambil dari blog www.drzubaidi.com

Terasa masih jahil diri ini untuk menjaga ibu mengandung. Ya Allah, bantulah aku.. Kita kongsi sket sama-sama apa kata Dr Zubaidi mengenai gejala batuk-batuk ibu mengandung. Di bawah entri "BATUK DAN SELSEMA KETIKA HAMIL". Pertanyaan dari seorang ibu mengandung di dalam blog Dr Zubaidi.

“Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih”

Waalaikumussalam.

Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema.
Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk.

Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah:

1. sakit tekak

2. batuk

3. hidung tersumbat

4. sakit kepala

5. demam

Bagi wanita yang hamil, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubatan kecuali jika ianya perlu dan boleh mengancam nyawa ibu atau bayi dalam rahim.

Mustahil bagi puan melindungi diri daripada serangan virus yang menyebabkan selesema, tetapi puan boleh meningkatkan daya tahan dalam tubuh puan.

Antaranya ialah:

1. Makan makanan yang sihat dan seimbang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ini akan memberikan sumber mineral dan vitamin antioksida seperti vitamin C yang dapat membantu melawan jangkitan.

2. Minum banyak air sekurang-kurangnya 1.5 L dalam sehari. Selain air mineral, puan boleh minum jus buah-buahan untuk rehidrasi dan melonggarkan lendiran yang pekat. Cuba kurangkan minuman berkafein atau minuman manis.

3. Berehatlah apabila rasa perlu untuk meminimakan tahap stres puan. Kadar stress yang tinggi akan menyebabkan daya tahan puan bertambah rendah.

4. Bersenamlah dengan senaman ringan kerana ia menggalakan peredaran darah dalam badan dan membantu anda melawan jangkitan.  

5. Jika anda merokok, berhentilah. Jika puan tidak merokok, pastikan rumah puan tiada orang yang merokok dan rumah puan tidak dipenuhi habuk.

6. Saya juga menggalakkan puan mengambil multivitamin untuk kehamilan. Bincanglah dengan doktor puan terlebih dahulu.

Saya selalu memberitahu pesakit saya bahawa rawatan yang terbaik bagi selesema dengan meminum air yang banyak dan berehat apabila anda rasa letih.
Puan juga boleh mencuba kaedah rawatan tanpa ubat.

Untuk hidung tersumbat, cuba kaedah pernafasan wap. Tambahkan dua atau tiga titik minyak eukaliptus (menthol) seperti vicks dan minyak kapak ke dalam satu mangkuk air panas. Tutup kepala puan dengan sehelai tuala dan tundukkan kepala sehingga tuala itu turut melitupi mangkuk tadi. Kemudian, tarik nafas supaya wap panas masuk ke hidung untuk membantu membuka rongga-rongga hidung.

Puan juga boleh membuka air panas di pancuran mandi dan biarkan bilik air itu berwap. Duduk di dalam bilik air selama 10 minit dan bernafas seperti biasa. Sebelum itu pastikan bilik air puan bersih dahulu.



Untuk melegakan hidung tersumbat pada waktu malam atau ketika puan berada di luar rumah, titikkan minyak eukaliptus (vicks atau minyak kapak) di atas kertas tisu lembut dan hidu tisu itu seberapa kerap yang boleh.

Jika puan mengalami rasa sakit tekak diikuti dengan batuk, minum air panas yang dicampur madu dan lemon.  Gula-gula untuk mengurangkan batuk seperti strepsil juga boleh membantu.

Untuk melegakan sakit kepala atau demam, puan boleh ambil paracetamol mengikut dos yang dinasihatkan oleh doctor atau ahli farmasi.

Cuba elakkan menggunakan ubat batuk dan selsema untuk dimakan walaupun ia selamat jika digunakan mengikut dos yang ditetapkan.

Walau bagaimana pun ubat titik hidung hidung yang mengandungi oxymetazoline atau  xylometazoline  selamat digunakan jika kaedah alternatif tidak  memberikan kelegaan.

Jika tanda-tanda demam selesema dan batuk puan tidak berkurangan selepas beberapa hari, atau puan mengalami rasa sukar bernafas, jumpalah doktor. Mungkin puan mengalami jangkitan yang lebih serius dan memerlukan rawatan lanjut.

Wallahu a’lam.

Demikian bicara seorang doktor. Aku kena lebih banyak membaca dan mengkaji lagi mengenai ibu mengandung. Benarlah iktibar penurunan wahyu pertama di Gua Hira', "BACALAH!"


Read More

Ye ke?

Ye ke?

Berbual-bual di meja makan bersama isteri, ayah mertua, adik ipar, abang ipar dan kakak ipar. Seperti biasa, bermacam-macam topik yang dibualkan. Kebetulan, adik ipar, mimi baru pulang dari menghantar kawannya ke kolej. Memandu veve kesayanganku yang tak sempat nk servis lagi tu menelusuri hiway :P 

"Naik kete preve tak laju sangat la.." Telah si mimi. Aku sekadar nak menyambut cerita "naik sampai bape?" maksudnya bape laju yang sempat dipandu. "160km/h tak rasa pape pun..kalau naik kete mak, 120km/j dah laju gila, boleh potong kete lain" Itu jawabnya :-) Kereta arwah mak Honda Civic 1.6L yang sudah berusia 11 tahun. Aku tersenyum sahaja. Mungkin lain rasanya orang yang selalu pandu sesebuah kereta bila bertukar kereta lain. 



Hakikatnya, mudah kata, kalau kita drive tapi kita tak perasan yang meter kelajuan semakin berat ke kanan, yang kita rasa hanyalah seperti memandu seperti biasa, itu tandanya "sedap" lah kereta tu :-) Satu kayu ukur yang mudah. Mungkin tidak bagi golongan yang tidak berapa teknikal, biasanya lelaki yang lebih teknikalnya. Fakta yang aku peroleh dari buku "Men from mars, women from venus". Hebat penulis tersebut mengkaji perwatakan dan sifat manusia.

Sebelum ini, aku memandu saga BLM 1.3. Memang susah nak naik 160-170km/j. Kalau naik pun, terasa enjin "menelan" petrol bagaikan meneguk air sirap :p Sejak memandu Preve, kereta nasional yang paling canggih pernah Proton keluarkan, terasa situasi seperti yang adik iparku rasakan. Tak mengapa, mungkin nanti dia akan tahu juga apa maknanya "laju" :-) Kalau pandu kereta Honda, Toyota, Mitsubishi, BMW dan lain-lain lagi, rasanya mungkin tak sedar meter kelajuan dan mencecah kelajuan tinggi kerana terlalu "best" menekan pedal minyak.


Banyak faktor yang mempengaruhi keadaan "tak sedar" ni. Secara kasarnya adalah enjin itu sendiri yang "senyap", insulation yang bagus, sistem stereng yang lembut, teknologi tayar serap bunyi, suspension yang responsif dan aerodinamik badan kereta. Panjang pulak citenya.. :p

Menekan sahaja pedal minyak dan gear di posisi D seperti kereta konvensional tidak akan menghasilkan "nikmat" laju ketika memandu Preve. Mungkin hanya akan membazirkan petrol. Enjin Campro dan teknologi gear CVT agak "manja" dan minta dimanjakan. Kalau dulu, kereta hanya ada ECU. Tapi sekarang, ECU dan TCU. Jadi, tak boleh main pijak pedal minyak je :P

Adaptasi cara pemanduan penting untuk penjimatan petrol dan memanjangkan jangka hayat komponen-komponen lain kereta. Sebab tu la kita boleh lihat di pasaran sekrang, terutamanya dari USA dan German, mereka cuba untuk mencipta cip yang boleh menjimatkan minyak, memanjangkan jangka hayat kenderaan dan dalam masa yang sama menjimatkan petrol. Contonya RSCHIP dan RaceChip. RSCHIP juga direka untuk kenderaan tanpa sistem turbo berbanding RAceChip yang hanya direka untuk kenderaan dengan sistem turbo.

Apa-apa pun, aku sayang Preve aku :-) 


Read More

Umrah Ayah :-)

Umrah Ayah :-)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah melimpahkan rezeki kepada ayah mertuaku untuk berangkat ke Mekah. Keberangkatan pada kali ini adalah untuk menunaikan umrah. Turut serta juga adik iparku, Samimi, kakak iparku, Iezawani dan abang iaparku Azman. Alhamdulillah, mereka dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur :-)

Kami tiba di KLIA pada jam 11.25 pagi. Selesai menurunkan isteriku, adik iparku dan ayah mertuaku, aku terus ke kawasan parking A. Aras parking A-1-5.  Abang adan kakak iparku mempah limo dari rumah terus ke KLIA. Lebih kurang 10 minit akuoun sampai di tempat mereka menunggu. Jamaah umrah di bawah kelolaan Juara Tarvels telah pun berkumpul di kerusi menunggu bersebelahan kaunter check-in L setibanya aku di sana. Beberapa minit kemudian, salah seorang wakil Juara Travel memberikan taklimat ringkas. Kami semua dibenarkan untuk berlegar-legar di sekitar balai perlepasan sehingga pukul 1.

Masa yang berkesempatan kami gunakan untuk berehat di foodcourt, Wok Malaysia. Aku menempah nasi ayam dan teh tarik. Terasa perut kembali kosong walaupun sudah menjamah sebungkus nasi lemak pagi tadi :P For the recod, nasi ayam harganya RM16.50 dan teh tarik RM 5.10 termasuk GST! Kaya sungguh peniaga di KLIA :P

Ayah tidak menjamah apa-apa kerana ingin menyantap juadah sewaktu penerbangan nanti katanya. Ayah tersnyum bila dipelawa untuk makan. Isteriku hanya memesan Milo ais, Mimi pula nasi goreng kampung + air nescafe. Abang Man dan Kak Wani juga menempah minuman ringan. Lama juga kami berborak sambil makan di Wok Malaysia. Gelak ketawa dan gurauan mesra.

Isteriku yang merupakan anak kedua daripada 3 beradik agak emosional. Mungkin kerana adik dan kakaknya akan berangkat jauh, tersentuh sedikit tangkai hatinya. Aku cuba memahami perasaannya. Sewaktu awal ayah merancang untuk mengerjakan umrah dulu, aku sudah memberikan keizinan untuknya mengikuti keberangkatan ini. Namun dia menolak. Au tidak memaksa. Biarlah pilihan ditangannya. Aku yakin ada hikmahnya. Allah maha perancang :-)

Jam menunjukkan hampir pukul 1.00 petang. Kami bersiap-siap untuk naik semuala ke kaunter check-in. Wok Malaysia terletak satu tingkat ke bawah. Beg bagasi kecil berwarna merah tertera perkataan "Juara" milik ayah mertuaku aku seret. Kami naik semula ke tingkat atas. Sejurus selepas kami tiba, wakil Juara Travel terus meminta semua jamaah Juara berkumpul untuk sesi taklimat lengkap sebelum berangkat. 3 orang wakil Juara Travels tampil memberikan taklimat sebelum mengembalikan passport kepada semua jamaah umrahnya.

Agak sayu di akhir taklimat sewaktu doa dibacakan. " Allahummaj'al umratuna umratan maqbulah.." Sejujurnya, terusik tangkai jantungku mendengar kalimah indah doa tersebut. Teringat saat berbual dengan mama, betapa suka dan gembiranya mama bercerita tentang Masjidil Haram dan Ka'bah kepada kami adik-beradik. Kata mama, masih terbayang-bayang wajah Ka'bah. Masih terbayang-bayang keindahan Masjidil Haram. Kata mama lagi, kalau dikurniakan rezeki, mama nak pergi lain di lain waktu. Subhanallah, begitu indah rumahMu Ya Allah di dunia sehingga teringat-ingat dan terbayang oleh hambaMu yang telah pergi ke sana...


Azamku, niatku, pada tahun ini, aku nak kumpul duit untuk pergi umrah pada tahun hadapan. Aku dah tak nak fikir pasal nak beli rumah. Macam terlalu jauh impian tu. InsyaAllah awal tahun depan isteriku akan melahirkan seorang cahaya mata. Satu lagi kurniakan yang indah dan hebat buat aku dan isteri, terima qaseh Ya Allah :-) Seakan rindu menusuk kalbu, aku dapat rasai perasaan mama sewaktu bercerita tentang Ka'bah. Moga Allah Izinkin, amin ya rabbal a'lamin.


Sesuai taklimat, semua jamaah berlalu menuju ke escalator untuk ke balai pelepasan terakhir. Segala bagasi telah di check-in oleh agen Juara Travels. Hanya beg yang akan di bawa naik sahaja disandang dan dikendong. Penerbangan dijadualkan pada pukul 3:15 petang. Penerbangan Malaysia Airlines System tersebut akan mendarat di Jeddah. Doaku dan isteri, semuanya berjalan lancar dengan izin dan rahmat Allah Taala. Ya Allah, terimalah semua yang berangkat pada hari ini menuju rumahMu yang mulia. Maqbulkan umrah mereka, limpahkanlah kasih sayangMu kepada mereka. Amin ya Allah, amin ya rabbal a'lamin...

Hujung mata kami menghantar mereka hingga ke akhir sudut Anjung Intai. Doa kami berdua terus mengiringi mereka.  Agak sayu di hati ini bila ingin berjauhan dengan orang yang kita sayangi. Jelas terlihat di mata isteriku, sedih sayunya terzahir dalam sedar dan tidak sedar. Sayangnya pada ayah, kakak dan adiknya amat mendalam. Itu hati perempuan yang masih aku cuba untuk selami sehingga sekarang. Hakikatnya, hati perempuan agak sukar untuk dimengerti..



Kami sama-sama menunggu di hujung Anjung Intai untuk melihat penerbangan MAS MH 0150 berlepas terbang. Sehingga ayat terakhir lakaranku ini ditaip, MH 0150 masih belum berlepas terbang...dan kami masih menanti di balik cermin jernih tebal yang memisahkan kami dan landasan penerbangan KLIA...


Read More