Qaseh Gold PREMIER

Qaseh Gold PREMIER

Alhamdulillah segala puji bagi Allah..Pada 26 April 2015, janama Qaseh yang dimiliki oleh Ana Edar Sdn Bhd telah melancarkan satu lagi produk berkualiti tinggi 'Qaseh Gold Premier'. Majlis pelancaran yang bertempat di Kampung Pengantin, Kuala Lumpur itu telah dihadiri seramai hampir 400 orang termasuk rakan-rakan niaga. 

Pada ketika ini, terdapat 3 produk Qaseh Gold yang popular di pasaran, Qaseh Gold Kekanda, Qaseh Gold Adinda dan Qaseh Gold Junior. Dengan pelancaran produk terbaru ini, jumlah produk Qaseh di pasaran menjadi 4. 

Apa yang aku nak cerita adalah aku dan majlis pelancaran Qaseh Gold Premier ni. Alkisah, aku dah bertolak sebelum zohor untuk ke lokasi majlis. Selesai key in position pada GPS, bagaikan sebuah robot, aku mengikut setiap susur dan belok seperti yang terpapar pada GPS. Jangkaan masa untuk sampai hanyalah 21 minit. Lega di hati. Terfikir untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut apabila sampai nanti. 

DJ radio hot.fm terus menerus berceloteh dan lagu diputarkan silih berganti di selangi iklan sesekali sekala. Nak dengar radio IKIM waktu-waktu camni tak best, banyak sangat cakapnya. he2. Sesuai dengar waktu pagi masa nak memandu ke sekolah. Ada kuliah subuh dan motivasi pagi, very nice!


Aku merasakan kelajuan dan momentum kereta semakin perlahan. Terdetik dalam hati "dah sampai area KL kot"..Sejujurnya, aku memang tak hafal jalan-jalan sekitar KL. Dulu hafal sket, jalan nak gi Plaza Lowyat. Lowyat tu dah jadi macam persinggahan tetap! ha2. Tapi dah jarang sangat ke sana sekarang, memang tak ingat dah jalannya! 

Tekaan aku memang benar, dah sampai KL. Tengok signboard pon nama-nama kawasan di KL. Macam biasalah, jem..GPS menunjukkan aku berada di simpang 4 yang menghubungkan Plaza Imbi di salah satu simpangnya. Aku tunggu jem dengan penuh sabar. Sabar dengan penuh penantian dan harapan. Plan asalnya nak sampai awal, nak jalan-jalan dulu sekitar tempat kejadian untuk amik feel. Tunggu dan menanti, dah jem sejam lebih..

Jam dah menunjukkan pukul 3.00 lebih. Spontan tersasul "pergh, naya!". Aku capai GPS, reroute jalan alternatif. Beberapa saat GPS dok calculate, keluar route baru. Lega rasa hati, ada jugak jalan alternatif. Terus aku membelok ke kiri dengan penuh kelajuan dan harapan. Alhamdulillah, kurang jem. Sonyum lebar dah masa tu :-)

GPS menunjukkan ETA 15 minit. Sambil memandu, fikiran dah terbayang suasana majlis pelancaran. Sebelum ni aku penah ikut majlis Malam Extravaganza, for the record, the best yang aku penah pegi!. Dalam 5,6 minit memandu, fokus aku terganggu..terasa tar-tar jalan yang aku lalui ni macam dah biasa lalu.. "mungkin hanya perasaan aku saja kot.." Aku menyedapkan hati sendiri. Pedal minyak terus ditekan. Dengan kelajuan 60km++, pemanduan aku semakin berhati-hati dan fokus pada signboard. Tercari-cari, ada tak signboard "kampung pengantin". Satu demi satu signboard aku amati..dengan tiba-tiba, semangatku mendadak turun bagaikan air terjun di Ulu Yam...aku jumpa signborad "UIA" 500 meter di hadapan!!

Pedal semakin menjauh dari lantai..meter kelajuan semakin menurun..signal ke kiri berkelip-kelip menyala, aku membelok ke kanan. Seolah-olah kereta kehabisan minyak, aku pula kehilangan motivasi untuk terus ke kampung pandan..

Sampai di hadapan masjid Al-Amaniah, veveku terus memecut keluar ke susur jalan duta. 40 minit lagi memandu, aku tiba di Pangsapuri Teratai, Bandar Mahkota Cheras. My home sweet home. Selesai parking kereta, aku naik lif ke tingkat 8. Masuk rumah, salin baju, tido! Sekian!

#semangatyanghilang
#pelancaranqasehgoldpremier
Read More