Bermulanya aku dan PC!


Tengah-tengah dok kemas rak buku di ruang tamu, terjumpa buku ni :-) Sentimental kejap..terimbau saat-saat mula 'bedah' sebuah Casing PC tahun 1997 dulu. Masa tu ayah aku belikan sebuah PC untuk kami adik-beradik guna. 
Kisahnya, masa di tingkatan 2 Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, pihak sekolah wajibkan semua pelajar menyertai kelas komputer. Bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Masa tu hanya belajar Microsoft Word 98. Teruja jugak la waktu. Boleh tukar-tukar warna pada tulisan dalam word tu. Boleh masukkan gambar dalam word tu :p Kelas setiap hari Sabtu & Ahad.

Naik saja tingkatan 3, ayah aku belikan satu set PC. Skrin pada masa tu masih lagi CRT yang besar gedabak tu, ha2. Processor paling latest pada masa tu Intel Pentium MMX 233Mhz. Paling laju dah tu, paling latest!

Bila dibandingkan dengan sekarang, dah hampir 20 tahun, paling laju yang aku tahu setakat ni 3.5Ghz! Memang sangat jauh bezanya. Teknologi ciptaan minda kurniaan Allah Taala. Hebat! Macam-macam cara aku explore software pada PC tu. Dari word editing sampailah game. Game yang femes giler masa tu Mario. Sampaikan ayah aku sorokkan power cable PC tu untuk elakkan aku dan adik-adik main game tu :p

Waktu ditingkatan 1, my lovely dad mula bagi tugasan untuk menyusun dan menaip buku-buku agama tulisannya. Bermula ketika itulah PC tersebut bekerja siang dan malam untuk 'mendigitalkan' draf-draf tulisan ayahku. Juga dibelikan sebuah printer jenana Canon yang menggunakan Serial Cable yang lebar tu :P First time guna inkjet dalam hidop. Masa aku di tingkatan 3, internet dilanggan. Telekom Malaysia, Dial-up 1515 dengan kelajuan 348kps! Rasa dah cukup laju dah pada masa tu. Boleh bukak intenet, chat guna MiRC :p

Tibalah satu hari, PC tersebut buat hal...tak hidop... Terus ayah aku hantar pergi repair. Risau kerana draf-draf bukunya masih belum siap bertaip. Alhamdulillah, ok semula. Selang 2 bulan, masalah tersebut kembali. Hantar lagi pergi repair. Selang beberapa bulan, masalah tersebut datang lagi bertandang. Aku jadi stress.

Setiap kali hantar repair, mesti tak kurang dari RM50 casnya. Aku mula tertanya-tanya, susah sangat ke nak repair PC. Aku mula mengintai-ngintai dari ruang-rurang yang ada pada casing cpu, nak tgk apa yang ada dalam casing tu. Macam-macam cara aku gunakan, suluh dengan lampu suluh, cuba tiup, cuba ketuk2 manja. Nak bukak casing tu tak berani. Takot rosak. Excited sangat nak tahu apa yang ada dalam casing tu. Tapi aku tahankan niat tu, takot jadi pape nanti, ayah aku kena keluarkan bajet untuk repair lagi.

Satu hari aku terjumpa iklan jualan buku-buku komputer di suratkhabar, salah satunya ada buku dalam gambar di atas. harganya RM27. Satu bulan aku simpan duit belanja ke sekolah dan akhirnya dapat beli buku tersebut. Riang hati dapat beli dan miliki buku tu. Hampir 2 bulan aku baca dan praktikkan...bersambung...


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat