Limau sebiji RM2?


Semalan, selepas meeting di Ana Edar, aku memandu ke Pasar Tani di belakang Pasar Borong Selayang. Memang sejak dari dulu lagi Pasar Tani tersebut menjadi destinasi utama keluarga untuk membeli buah-buahan. Jalan yang memang kurang penyelenggaraan itu terpaksa aku lalui. Entah, mungkin memang kurang penyelenggaraan atau terlalu kerap kenderaan berat yang lalu lalang. Untuk rekod, kawasan jalan tu juga menjadi "port" untuk warga asing berniaga di sepanjang tepian jalan. Kalau bernasib baik, boleh tengok lori dan pegawai-pagawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) datang menyita gerai-gerai mini pendatang asing di situ. Sekali pandang, sedih... Dua kali pandang, ada sebabnya kenapa gerai mereka disita. Tak pa, rezeki Allah yang punya, usah risau :-)

Aku mengambil selekoh ke kanan dan parkir di hadapan salah sebuah kedai buah-buahan yang ada di situ. Di sebelah kiri kawasan tersebut telah dibina deretan kedai berangkai yang menjual ayam, daging, ikan dan lain-lain haiwan mentah yang lain. Selepas memicit butang "arm" pada remote control, aku melangkah meninggalkan preve silver di situ :-) WYM 550, my fisrt car with my wife :-)

Lupa pula, tujuan utama aku ke situ adalah untuk membeli buah naga, yang warna keunguan isinya tu. Satu demi satu kedai aku siggahi. Hanya ada 3 kedai saja yang menjual buah tersebut. Kedai yang pertama dan ketiga, harganya RM10 sekilo. Kedai yang kedua RM14 sekilo. Selepas berkira-kira, aku memilih kedai yang pertama. Buahnya lebih segar, hehehe :p


Ni gambar buah naga tu :-) Npon sendiri gambar tak clear, pinjam iPad adik, masalah jugak, nak bluetooth tak boleh! Apple memang kedekot! Solusi terakhir, pinjam nset lain, snap gambar kat iPad, dan tu la hasilnya :P

Aku sendiri tak suka makan buah naga ni. Belikan untuk baba saja :-) Baba suka makan, sorang lagi adik aku, Fakrulrazi pun suka jugak :-) Mama tak suka :p Tapi kalau tanya pakcik Google, banyak khasiatnya buah naga ni.

Alkisah, masa tgh dok pilih buah kat gerai yang pertama tu, ada seorang lelaki cina, umur dalam 20-an, berkemeja lengkap dengan seluar slack, berkaca mata. Gayanya seperti baru pulang dari pejabat. Di sebelah bakul buah naga yang sedang aku pilih tu, ada dua bakul buah limau oren yang berlainan gred. Sambil membelek-belek buah naga, telinga aku menangkap perbualan lelaki cina tadi dengan penjaga kedai.

"Ini berapa ringgit? kira macam mana?" Kata lelaki cina.

"Satu biji dua ringgit" Jawab penjaga kedai.

"Dua ringgit??" Kata lelaki cina tadi dengan nada yang agak terkejut.

"Ini buah manis, tak masam sangat" Jawab penjaga kedai yang aku rasa seorang Bangladesh atau Myanmar.

Sempat aku menjeling, lelaki cina tersebut beralih ke bakul sebelah. Dipegangnya buah limau dari bakul tersebut lalu bertanya "Yang ini berapa harga?"

"Itu 80 sen sebiji, tak manis, masam sikit" Jawab penjaga kedai.

Kalau di nilai secara zahir, saiz kedua-dua buah limau yang berlainan gred tersebut seakan-akan sama saiz dan warnanya.

"Hayya, mahal la..kalau yang manis ni 80 sen ok juga" Kata lelaki cina tersebut.

Penjaga kedai tersebut hanya diam sahaja. Aku sempat menjeling, tepat pulak pandangan mata kau dengan mata lelaki cina tu. Dia senyum sambil berkata " mahal ma". Dia ketawa kecil kemudian beransur pergi.

Selesai membayar, aku terus berlalu menuju ke kereta. Jumlah keseluruhan RM52. Asalnya RM52.40, tapi penjaga kedai tu kata diskaun 40 sen :p  Selepas gear ditarik pada kedudukan 'D", kereta meluncur ke jalan raya. Sedang memandu pulang ke rumah, aku terfikir-fikir perbualan cina tadi dengan  penjaga kedai tu.Selama ini aku berfikiran, bangsa cina tidak suka tawar menawar, hanya akan terus membeli. Mereka bangsa yang boleh dikatakan memegang ekonomi. Rupanya tanggapan aku salah.

Sebelum ni, aku penah jumpa buah epal fuji dengan harga sebiji RM1, mungkin berbaloi kerana saiz epal fuji lebih besar dari epal-epal biasa. Hari ini aku jumpa limau oren sebiji RM2! Dua tiga tahun lagi, entah berapa harganya... Lepas pelaksanaan GST ni, berapa pula harganya?..


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat