Tilam baby! :-)

Tilam baby! :-)
Sebenarnya entry ni dah lama, sebelum kelahiran anak pertamaku, Muhammad Irfan Al-Fateh. Ini adalah momen sewaktu aku dan isteri pergi mencari tilam untuk Irfan. Kalau tak silap, kedai ni kat Bandar Baru Bangi, dah lupa apa nama kedainya. Macam-macam jenis tilam ada. Kekabu, span, fiber..marketing yang sangat hebat :P

Aku sebenarnya tak kisah pun apa jenis material tilam tu, cuma isteriku, lama sungguh dia nak membuat pilihan :p Tapi aku percaya, pilihannya selalu tepat! Sebab kerajinannya membuat research sebelum nak beli apa-apa barang. Kalau baju dan tudungnya, selalu beli online. Tapi sampai part barangan untuk baby kami yang pertama ni, dia kata "lebih baik tengok sebelum beli". Aku percaya, kata hati seorang bakal ibu sangat tajam!

Banyak yang kami shopping kan sebelum kelahiran insan comel bernama Muhammad Irfan Al-Fateh. Rasanya hampir mencecah RM3000! Padahal barangan yang dibeli bukanlah barangan mahal atau high standard, biasa-biasa sahaja. Itulah hakikat hidup di kota metropolitan yang serba-serbi mahal. Yang paling sedih, ada GST..

Alhamdulillah, kami sempat menyempurkan semua keperluan sebelum Al-Fateh lahir kedunia ini. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya, Engkau Maha Mencukupkan!
Read More

Nasihat yang menyebakkan..

Nasihat yang menyebakkan..
Sepasang suami isteri ditakdirkan Allah jumpa saya minta nasihat. Rupanya kedua-dua mereka ikuti fb saya. Si suami ada dengar ceramah di youtube. Isteri rajin baca fb.
Mereka ingin berpisah kerana sudah tidak mencintai lagi. Keduanya wajah orang hebat dan baik. Mereka ada anak 3 orang yang masih kecil. Setelah mendengar masalah mereka kerana kesuntukan masa. Saya beri beberapa nasihat. Takdir Allah dan rahmat Allah. mereka berpelukan dan menangis..
Saya tanya mereka dulu bercinta ke. Mereka bercinta semenjak muda lagi.
Cinta ini Allah yang bagi. Rasa cinta, sayang dan rindu Allah yang beri. Dialah pemilik cinta. Allah sayang kita dia beri nikmat rasa mencintai dan saling mencintai. Tapi cinta ini akan hilang jika kita tak kenal pemberi cinta. Allah tuhan yang sayang kita. Belajarlah kenal Allah dengan memujinya dan menghampirinya..
Kedua saya merayu abang dan kakak berilah masa membetulkan tujuan hidup ini. Hidup ini bukan hanya tunaikan apa yang kita nak dan apa yang kita suka. Hidup ini soalnya menunaikan apa yang Allah suka.  Habis hidup kita tanya apa kita mahu. Dulu bersama kerana suka. Sekarang bersama dan sedar perkahwinan ini ialah kita bertanggungjawab sehingga mmbawa isteri dan suami serta anak-anak melangkah dalam syurga. Cuba lihat atuk nenek kita yang tiada dan sudah pergi. Mereka pergi jumpa Allah. Kehidupan yang sebenarnya. Itulah kehidupan sebenarnya.  Sempurnakan tanggungjawab yang belum disempurnakan..bimbing anak-anak sehingga semua bersedia untuk mati dan jumpa Allah. Selepas tu nak berpisah berpisahlah..
Ketiga sentiasa ingat pasangan kita bukan milik kita. Tapi milik Allah. Mereka amanah  buat kita untuk disayangi dan dibimbing sehingga tersenyum memasuki syurga. Kenapa kita dengan orang tak kenal kita boleh maafkan, sayangi tapi dengan orang yang habiskan hidup dengan kita menjadi musuh..
Keempat perkahwinan ialah memberi dan memberi. Sibuk memberi kerana Allah. Bila kita memberi kita pasti akan menerima. Apa yang kita enggan beri pada orang lain mencerminkan apa yang kita enggan beri.
Kelima hidupkan rumah dengan amalan Ta'lim baca hadis Nabi saw. Baca Al-Quran dan bangun malam tahajud. Solat awal waktu berjemaah. Saling mendoakan dan menangis dalam doa buat orang yang kita sayang..
Kita ingin pasangan macam apa yang kita  nak. Cara hidup kita. Sebenarnya kita kena bawa pasangan dan anak-anak kepada kehidupan yang suci murni yang bawa kejayaan dunia dan akhirat yakni sunnah Nabi saw..ingin menziarahi Rasul saw dalam syurga..
Berlumba beri khidmat dalam rumahtangga. Biar saya susah. Jangan pasangan saya susah. Berebut-rebut uruskan anak-anak. Uruskan rumah tangga. Berebut basuh tandas. Berebut mandi anak-anak. Berebut basuh baju dan masak. Kerana yakin janji Allah pada orang yang berkhidmat. Jika seorang pelacur beri minum anjing menjadi asbab Allah ampunkan dan masukkannya dalam syurga. Bagaimana kita buat semua dan menyediakan kemudhan buat ahli keluarga dalam syurga.
Cinta ni mesti disemai dengan memberi masa bersama dan berdua-duaan serta rapatkan diri pada Allah. Doa mendoakan..
Maaf yer saya cakap ni abang dan kakak. Sudah-sudahlah bergaduh dan menyalahkan. Hidup ini singkat dan waktu membetulkan saya salah. Tak pernah menyesal nanti orang yang buat kebaikan. Tidak terlepas satu peluh, sakit, korban yang ikhlas kerana Allah..
Saya doakan abang kakak menjadi orang yang menyejukkan hati Rasulullah saw. Orang yang mengesat air mata dan darah Rasul saw. Semoga Allah beri bahagia buat abang dan kakak. Mereka berpelukan dan menangis. Terima kasih Allah. Saya tengah bersedih kerana tiba-tiba ingat Rasulullah saw dan ibu yang tercinta. Semua nasihat ini buat diri saya dan semua orang Islam yang lain

-ebit lew
Read More

Kisah tukang sapu..

Kisah tukang sapu..

Tazkirah : Kisah si Tukang sapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek.

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Badaraya Kuala Lumpur.
-mlm yg lepas kami bertemu.
-dia dtg ke rumah saya.
-dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah Flat.
-rumah Flat di Sentul tuan²...Subhnaallah..
-apa kisah hidup dia ni?

-Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tp masih kayuh basikal.
-kawan² dia yg kerja tempat yg sama ada kereta tp dia tak nak . Dia tetap naik basikal.
-tuan² apa yg berlaku?
-kawan dia ni sentiasa Hina dia.
-Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².

-tp tuan² pd hari ini, anak 2 org Doktor & 2 org lg Arkitek.
-anak yg kerja doktor ni bg kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
-dan anak yg kerja Arkitek pula seorang bg RM 1 ribu, 2 org RM 2 ribu.
-jumlah RM 6 ribu sebulan.

-Tuan² tau tak org yg sapu sampah kdg² hati dia lebih Mulia drpd kita semua.
-lebih mulia dari saya.
-dia hanya sapu sampah...Allahuakhabar...
-tapi hati dia Mulia.
-tuan² dgn RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
-agak² lah apa yg dia buat?
-dia SEDEKAHKAN pd kawan² yg kerja sama tempat yg budak² baru ni yg ada masalah bayar sewa ruma, dia tolong sewakan.
-tolong bayar duit deposit rumah.
-cuma dia pesan, Jangan Tinggal Solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

-tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
-satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
-org yg bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
-anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.
-tp dia kata : " ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."
"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."
-apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
-anak dia tak pernah sakit tuan².
-kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
-zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
-bab kata org cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Read More

Harga kereta mahal??

Harga kereta mahal??

Di Australia, sebuah rumah yang sederhana bernilai A$660,000, manakala sebuah Honda Civic berharga A$30,000. Ini bermakna sebuah rumah sederhana di Australia boleh membeli 22 Honda Civics, berbanding sebuah rumah sederhana di malaysia berharga RM250,000 yang harganya hanya boleh membeli dua buah Honda model yang sama. Rumah kita tidaklah murah tetapi  kereta di Malaysia adalah terlalu mahal.

Sebuah rumah di United States dan United Kingdom. boleh membeli 12 dan 16 Honda Civics, masih murah berbanding Malaysia. Belum lagi termasuk kos-kos bersama sebuah kereta, insuran, repair, tol, minyak, parking dan lain-lain.

Our cars are so expensive that the rakyat, especially the younger generation, are forced to put off buying a home until they can afford it. In the meantime, that “wait” causes house prices to appreciate, thus making it even more unaffordable for these people to own a home. This vicious cycle will continue until the government has a permanent solution to address both public transportation and affordable housing.

- Hasil Kajian dari Alan Tong yang disiarkan di akhbar Thestar.-

Tentunya, pihak berwajib perlu dengan lebih teliti menilai kembali polisi harga kereta di Malaysia. Juga sejauh mana polisi, kepentingan mempertahankan kereta nasional yang menjadi antara sebab tingginya harga kereta lain, sama ada keadaan ini masih relevan sedangkan ia semakin menyukarkan majoriti rakyat.

Read More

Tun M...

Tun M...

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia jugalah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dialah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia jugalah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dialah yang digelar Maha Firaun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dialah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dialah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH. Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil.

Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..
Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

Read More

Bebas internet!

Bebas internet!

Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak internet yg sesuai untuk guna dirumah. P1 Wimax! Ramai yang mengatakan P1 ni servisnya teruk dan memang benar, dulu sangat teruk! Aku ada buat research sebelum nk guna, memang sangat teruk. Tapi, once aku dapat tahu yang P1 ada tandatangan joint venture dengan TELEKOM, keyakinan aku sedikit berbunga.
Kenapa? Sebb ayah aku adalah pengguna TELEKOM dan juga streamyx sejak dari tahun 1997! Tak pernah lagi dikecewakan. Unify aku tak tau, sbb x de pengalaman guna. 

Kalau korang perasan, dalam pakej terbaru TM, ada diselitkan servis P1 sebagai add on servis. Tahniah untuk P1. Anda cuba mencari kembali keyakinan pengguna. Tidak mengapa kalau baru nak bermula, cuma janganlah membebankan pengguna dengan pelbagai masalah. Yang paling teruk, gangguan signal. Ada yang mengalami gangguan sehingga sebulan lebih. Bila dah tak ada signal, pengguna marah, pengguna tak bayar bil. Yang lebih teruk lagi, tiada rebat atau ganti rugi kepada pengguna akibat ketiadaaan signal, bahkan dipaksa untuk terus membayar! Itu undang-undang yang tidak berperikemanusiaan. Sangat wajar diubah untuk kebaikan di masa hadapan.



Berbalik kepada P1 aku ni, kali pertama aku pasang, signalnya tak kuat. Hanya  berwarna merah. Untuk pengetahuan korang, P1 ada 3 tahap kekuatan signal, merah, oren dan hijau. Hijau paling kuat. Letak betul-betul di tepi tingkap baru dapat signal dengan kekuatan oren. Of coz, aku sedikit stress. Tetiap bulan nak kene bayar RM94++, tetibe signal ala kadar. Call service center, katanya kawasan aku ni signal bagus. Lagi  pulak aku duduk di tingkat 8! Stress makin bertambah, tapi aku sabarkan diri.

Macam biasa, aku tanya pakcik google. Jawapannya sangat menarik. Perlu di modify sedikit untuk tambah antenna yang lebih kuat. Pencarian aku berakhir dengan sebuah Antenna Metteor Link 14db. Lama juga aku buat research. Antara yang menarik aku jumpa pasal teknologi Wimax:

1) Wimax menggunakan frekuensi 2300++Mhz sahaja. Tidak mencecah 2400Mhz(2.4Ghz) seperti yang digunakan oleh signal wireless.

2) Antenna untuk Wimax mestilah berfrekuensi serendah 2300Mhz ke atas. Antenna wireless biasa tidak sesuai digunakan untuk Wimax.

3) Pelbagai antenna 4G Made in China yang dijual diluar sana adalah tiruan dan tidak akan berfungsi dengan baik. Tips: lihat pada panel belakang antenna, sekiranya plastik, jangan beli. Pastikan besi (macam dalam gambar) dan saiznya besar. Semakin besar saiznya, semakin kuat frekuensinya (kaedah asas).

4) Antenna sebegini hanya memiliki signal talaan dengan skala yang kecil, iaitu 32 darjah sahaja. Jadi, anda perlu mencari sudut talaan yang setentang dengan menara pancaran signal 4G yang anda guna. Tak susah pun :-)

5) Ada boleh menggunakan 2 antenna sekaligus pada mana-mana moden P1 Wimax untuk mendapat faedah fungsi MIMO dengan talaan lebih luas. boleh google apa itu 'MIMO', saja tanak share :P

Inilah hasilnya! Tak penuh lagi barnya, tapi asalkan dapat STRONG, Alhamdulillah, puas hati :-) Bandwidth yang diperuntukkan hanya 10MB untuk laluan data dari menara 4G P1 Wimax. Pakej yang aku langgan ni 1Mbps. 
Selepas melakukan Test Speed beberapa kali, kelajuan yang mampu dicapai untuk proses mendownload ialah 1.5Mbps dan 0.5Mbps untuk upload. Youtube pun tak sangkut, memandang aku dan isteri sahaja yang menggunakan internet ni :P Kalau 5,6 orang, tak larat dah rasanya intenet ni :P

Apa-apa pun, gunakan internet untuk manfaat. Guna untuk berkongsi ilmu, jana pendapatan dan kongsikan dengan jiran (buang password waktu kita tak da di rumah, on password bila balik rumah) untuk jadi jiran yang baik :P Bukan apa, pakej ni umlimited, seronok jugak la nak berkongsi :P

Read More

Program terakhir!

Program terakhir!

Alhamdulillah, selesai sudah semua program untuk tahun ni. Program terakhir, Majlis Anugerah Kecemerlangan PSRA 2015. Syukur ke hadrat ilahi kerana pada tahun ini, seramai 11 orang pelajar tahun 6 (anak-nanak murid aku jugak) telah mendapat keputusan MUMTAZ!

Read More

49 Pesanan!

49 Pesanan!
# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam.
Read More

Di mana Alllah?

Di mana Alllah?

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bil
akah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”
Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”
Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”
Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.
Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

Ini hujah Imam Hanafi dengan golongan Addahri  yang dipetik dari kitab Darr Assamin.

Dipetik dari: FB Al Faqir Azri Aziz
Read More

Masih jerebu..

Masih jerebu..

Jam menunjukkan pukul 3:45 pagi. Aku merenung ke luar jendela. Bulan tidak kelihatan. Selepas azan isyak tadi, bulan disorok oleh awan, hanya cahaya keperangan yang mencuri-curi keluar. Maknanya, jerebu masih tebal. Allahu rabbi..

Aku on PC yang dah lama tak aku gunakan, hanya berdamping dengan laptop. Terus aku buka browser firefox, sepantas jari menaip google.com, terus menekan papan kekunci "IPU malaysia". Natijahnya, masih teruk.. Bacaan di sekitar Cheras masih di tahap "tidak sihat". Kangar dan USM mencatatkan IPU "sangat tidak sihat".

Risau tiba-tiba muncul di hati, apakah ini bala dari Allah?..atau inikah tanda-tanda qiamat yang Allah janjikan?..Allahuakbar.. Dosaku masih menimbun, taubatku masih terabai..
Read More

MAP Sensor

MAP Sensor

Manifold Absolute Pressure sensor (MAP sensor). Salah satu sensor yang penting pada bahagian enjin untuk memastikan enjin kereta berfungsi dengan baik dan sistematik. Kecil, tapi sangat penting! Perkongsian dari seorang rakan FB di Campro Club.

Apakah fungsi MAP sensor?
- Menghantar data bacaan vakum, suhu udara dalam intake manifold, kadar kemasukan udara ke dalam intake manifold ke ECU untuk menentukan kadar bahan bakar dan ignition (api) yang diperlukan oleh enjin untuk pembakaran.

Di mana letaknya MAP sensor?
- Namanya pun Manifold Absolute Pressure sensor, dah tentu la kat intake manifold. Jangan cari kat exhaust pulak ye

Apa akan jd jika MAP sensor kotor atau rosak?
- Kegagalan MAP sensor berfungsi dengan efisien akan memberikan data yang tidak tepat ke ECU seterusnya menyebabkan kadar suntikan bahan api (injection), api (ignition), dan sebagainya menjadi caca marba, mengakibatkan:
* kurang kuasa enjin
* fuel consumption yang tinggi, atau terlalu rendah jika intake manifold bocor (enjin panas), sama ada secara sengaja atau tak sengaja

Bagaimana nak cek dan kekalkan fungsi dgn efisien?
- Guna PADT atau OBD2 reader utk diagnose
- Bersihkan MAP sensor sekurang2nya setiap 50,000 km
- Gunakan oil catch tank (OCT)

Apa fault code yg biasanya ada jika cek guna OBD2 reader, jika MAP sensor gagal berfungsi dgn baik?
- P0170 http://www.obd-codes.com/p0170 fuel trim malfunction
- P0171 http://www.obd-codes.com/p0171 system too lean
- P0172 http://www.obd-codes.com/p0172 system too rich



Read More

UPKK 2015

UPKK 2015

Walaupun agak terlambat, tapi rasanya masih sempat untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar-pelajar tahun 5 yang telah selamat menduduki peperiksaan UPKK 2015. Walaupun tertunda disebabkan jerebu, tapi Alhamdulillah, Allah telah permudahkan segala, syukur...

UPKK adalah ujian yang dikawalselia oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dengan nama panjangnya Ujian Penilaian Kelas KAFA. Secara dasarnya, kandungan pembelajarannya tidak 'setinggi' tahap pembelajaran silibus agama mengikut negeri-negeri. Kalau di Selangor, UPKK lebih mudah berbanding soalan peperiksaan akhir tahun yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk semua calon UPKK 2015. Semoga apa yang mereka pelajari akan dapat dipraktikkan pada masa yang diperlukan. Tidaklah hanya belajar dan menghafaz semata-mata untuk peperiksaan sahaja :-)
Read More

Babylon!

Babylon!

Alhamdulillah, aku diizinkan Allah untuk menghabiskan bacaan sebuah buku kecil dengan kapasiti 180 muka surat pada hari ini. Sesuatu yang menarik pada hari ini :-) Sebuah buku yang aku sangkakan sejarah, rupa-rupa mengenai perancangan kewangan berdasarkan sejara penduduk kota Babylon. Sangat menarik, strategi perancangan kewangan yang diilhamkan melalui kisah-kisah kehidupan penduduk Babylon pada waktu kemegahannya.



Sedikit latar belakang Babylon. Bermula dengan sebuah negara padang pasir yang sangat kurang kehidupan hijau, yang ada cuma rumput-rumput renek yang tegar berjuang menruskan hidup. Hanya sebatang sungai yang sebagai sumber air. Tetapi, dengan izin Allah, mereka diberi kebijaksanaan untuk mengeksploitasikan alam semulajai sehingga bertukar menjadi taman-taman hijau yang subur dengan hasil pertanian! 

Dilakarkan juga dalam sejarah, penduduk Babylon sangat aktif berdagang dan sangat hebat di dalam pengurusan kewangan. Sehingga ramai saudagar-saudagar kaya lahir di sana. Antara kehebatan Babylon, kota mereka terkubu dengan tembok setinggi 15 tingkat bangunan, Selain infrantari yang gagah dan hebat, Babylon juga terkenal dengan persenjataan yang canggih pada ketika itu. Sehingga pembuat lembing turut diganjari oleh pemerintah. 


Berbalik pada buku tadi, kisah yang dikongsikan adalah fokus kepada perancangan kewangan yang betul di dalan kehidupan. Sehinggakan seorang hamba yang dikelilingi hutang boleh membebaskan dirinya dari kancah itu dengan teknik pengurusan wang yang diamalkan oleh penduduk Babylon! Satu anugerah Allah kepada mereka.

Rumusan daripada buku tersebut, ada tiga langkah untuk menguruskan wang dalam hidup. Pengurusan yang betul, gaji setiap bulan wajib dibahagi kepada tiga bahagian:

1- 1 per 10 untuk simpanan wajib
2- 2 per 10 untuk membayar hutang pinjaman kereta dan rumah
3- 7 per 10 untuk perbelanjaan pada bulan tersebut

Boleh kita amalkan :-) Nak tau cerita penuh, bolehlah beli buku tu kat kedai-kedai buku berhampiran. Terbitan PTS. Sekian, renung-renungkan dan selamat mengamal! :-)




Read More

Cara post di blogspot

Cara post di blogspot

Sekadar nak kongsikan hari ini cara untuk post atau menulis catatan di blogspot.com. Secara umumnya, ada 2 jenis penyedia perkhidmatan blog yang popular, iaitu blogspot dan wordpress. Ada pro dan con bagi setiap perkhidmatan. Tapi apa-apa pun blogspot lebih mudah dan menawarkan ruangan storan yang lebih besar!


Untuk kali ini kita akan gunakan blogspot, iaitu perkhidmatan blog yang disediakan oleh Google. Jadi, blogspot menggunakan login akaun e-mail gmail kita untuk diakses dan berkongsi storan dengan e-mail gmail kita.  Baiklah, jom kita buat langkah demi langkah ;

1-  Login ke akaun gmail terlebih dahulu. Seperti biasa, masukkan email dan password.


Pastikan skrin seperti dibawah ini terpapar dan biarkan ianya terus seperti itu, jangan ditutup.









2-  Buka TAB baru pada browser anda dan taipkan: www.blogger.com







3-  Setelah paparan blog anda terpapar, klik pada ikon pensil dengan kotak berwarna oren untuk menulis post@catatan baru.








4-  Anda boleh mula menulis catatan :-)







5-  Akhir sekali, setelah catatan anda sempurna, klik butang PUBLISH. Selesai! :-)

Moga perkongsian yang kecil ini bermanfaat :-)
Read More