Anugerah Nasyid IKIMfm


Waktu tengah drive pagi tadi, terdengar iklan promo kat radio Ikim pasal Anugerah Nasyid IKIMfm. Kali ni, anugerah tersebut akan di adakan di PICC, Putrajaya pada 10 Januari 2015. Alhamdulillah, industri nasyid tanah air masih terbela sebagai sebuah hiburan alternatif Islamik.
Majlis pelancaran Anugerah Nasyid IKIMfm *Besaq sungguh watermark dia :p




Berita penuh yang di copy paste dari web rasmi Anugerah Nasyid IKIMfm:


Kuala Lumpur, 15 Oktober – Sepuluh tahun lalu nama Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) meniti di bibir peminat industri nasyid tanah air atas kejayaannya menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm yang secara tidak langsung telah melonjakkan nama stesen itu di kalangan peminat lagu-lagu nasyid di negara ini.

Kali ini IKIMfm sekali lagi bakal menganjurkan acara yang sama dengan nama baru Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI) yang dijangka berlangsung di Pusat Konvesyen Putrajaya (PICC) pada hari Sabtu 10 Januari 2015 bermula seawal 9 malam.

ani-14-article-imgPenganjuran anugerah itu dilihat sebagai satu usaha IKIMfm memberi ruang kepada penggiat industri nasyid membuktikan kemampuan mereka dalam mencipta, menulis dan menonjolkan bakat dalam persembahan lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan. Pengarah Pusat Media, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad berkata penganjuran kali ini diharapkan akan dapat memartabatkan industri nasyid tanahair yang akhir-akhir ini dilihat sedikit suram.

“Kami mendapat reaksi positif di kalangan artis dan peminat nasyid susulan dari cadangan awal penganjuran program ini memandangkan IKIMfmlah satu-satunya radio bercirikan dakwah Islam yang beroperasi 24 jam. Jika IKIMfm tidak menjuarai mengiktiraf penggiat industri nasyid ini, mungkin tiada pihak yang akan melakukannya”, kata Nik Roskiman. Acara berprestij ini akan disiarkan  secara langsung di stesen televisyen al-Hijrah, tvikim (http://tvikim.my) dan radio IKIMfm sendiri bermula jam 8.45 malam, insya Allah.

 Pada Sidang Media semalam, sebanyak 30 buah lagu telah terpilih untuk disenarai pendek ke peringkat saringan yang akan dinilai oleh Juri Profesional untuk memilih 10 lagu-lagu terbaik dibawa ke malam kemuncak, Malam Anugerah pada 10 Januari itu nanti. Lagu-lagu tersebut ialah:

Pemilihan 30 lagu-lagu ini adalah berdasarkan kedudukan mereka dalam rancangan Carta IKIMfm yang bersiaran setiap Ahad jam 10 pagi hingga 12 tengahari yang diterbitkan oleh Dj Mohd. Erwan Johari.

Menurut Dr. Nik Roskiman selaku Penasihat ANI, Malam Anugerah ini turut mendapat penajaan dan kerjasama dari pelbagai pihak seperti PICC, Tv alHijrah, Nasyeed.com dan ramai lagi. Kepada pihak yang ingin menaja samada berbentuk kewangan mahupun barangan bolehlah menghubungi En Azronnizam, (013-374 4113).

Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI

p/s: Cuba dengar lagu 'Dalam Sujud Cintaku'...syahdu..

p/s: Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri ;-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat