Kita di akhir zaman?

Kita di akhir zaman?
J
umaat lepas, di Masjid Bandar Tun Hussien Onn. Disebabkan ada kerja yang masih belum disiapkan, aku terpaksa Solat Jumaat di sana. Selalunya di Masjid Bandar Mahkota Cheras. Hari yang tidak panas dan tidak mendung..sepoi-sepoi saja udaranya...


Selepas berwudhu', aku solat tahiyyatul masjid dan terus duduk iktikaf. Dalam lebih kurang 10 minit, azan berkumandang..seusai solat qobliah, aku kembali bersila beriktikaf. Sejurus selepas azan kedua, kahtib memulakan bicara. Tidak nampak kelibat khatib kerana aku duduk di bahagian anjung masjid, sengaja tidak masuk ke dewan solat utama. Angin yang bertiup terasa lembut menyapa pipi. Aku tarik nafas panjang-panjang setiap kali angin menyapa.."Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah"..Aku kembali memasang telinga, khutbah wajib didengar.

Isu kali ini mengenai peristiwa yang terjadi 3,4 hari lepas. Kes pondan@nyah yang membawa perbicaraannya ke Mahkamah Rayuan dan menang terhadap perbicaraannya atas alasan hak asasi manusia. Nauzubillah. Boleh google untuk tahu keseluruhan kes.


Kata khatib, alangkah malunya kita apabila undang-undang negara kita yang berlandakan "kesopanan dan kesusilaan" telah dipersendakan oleh mereka yang bergelar pondan atas alasan kebebasan hak asasi manusia.

Apa yang lebih malang dan memalukan, hakim yang membuat keputusan juga ada yang terdiri dari bangsa Melayu! Mungkin mereka ada alasan tersendiri mengenai landasan keputusan mereka, tetapi perlu difikirkan hati dan perasaan umat Islam di negara ini. Mungkin hal ini kecil, tetapi ingatlah, lubang kecil pada gigi, kalau dibiarkan, akan menjadi sakit dan menyebabkan gigi tersebut terpaksa ditampal atau dicabut!

Khatib juga mengingatkan peristiwa bagaimana Allah menghancurkan Kaum Nabi Lut di atas perbuatan mereka yang menyalahi tabii. Betapa dahsyatnya dan canggihnya azab Allah pada ketika itu. Sesuatu yang masih belum pernah berulang di zaman sekarang. Lalu, mahukah kita dengan azab yang sebegitu?! Nauzubillahi min zaalik...

Tertarik dengan satu ayat khatib, "Patutkan kita biarkan kejantanan undang-undang kita dihenyak oleh mak nyah@pondan? Bolehkan kita terima bahawa manusia yang keliru dengan identiti dirinya mempermainkan dan memutarbelitkan undang-undang?
Masih ingatkan kita dengan kes Lina Joy? Bagaimana suatu ketika dahulu nama "Islam" telah dipermainkan? tak tahu? ok, google...

Sahabat-sahabat diluar sana, sememangnya penguatkuasaan undang-undang Islam di Malaysia masih lagi dalam ruang lingkup yang sangat terhad. Meskipun ada negeri-negeri tertuntu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah syariah negeri masing-masing, namun penguatkuasaannya masih lagi ditahap yang sangat kritikal. Contoh termudah di negeri selangor, berpakaian tidak menutup aurat dan tidak sopan bagi orang Islam boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelik kan? Tiada sebarang penguatkuasaan kan?

Satu yang aku nak share :
Persoalannya, mengapa Mahkamah Rayuan TIDAK MENGHORMATI hak enakmen ini?!

Kata Saidina Umar: "Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, kalau kita mencari kemulian selain Islam, maka tunggulah balasan dari Allah!"
Read More