Imam Tarawikh

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Alhamdulillah, dah masuk hari ke lima kita berpuasa. Harapannya agar menifestasi cinta Ramadhan kita akan diqabulkan oleh Allah Taala, amin...

Saja nak share seswatu mengenai imam tarawikh :-) Tadi solat tarawikh di surau dekat dengan rumah. Kebetulan pula malam Jumaat, maka diadakan tahlil ringkas sebelum bermulanya tarawikh. Sempat jugak menjeling, ada makmum yang dah tersengguk2 waktu tahlil :p Setelah selesai tahlil terus bersemangat untuk solat tarawikh. Apa yang agak melemahkan semangat ialah bila dengar suara imam yang serak dan garau. Agak berumur imamnya...


Malam sebelumnya, imam sangat mantap dan cerdas, sangat bersemangat. Lepas 4 rakaat tarawikh ada tazkirah ringkas. Ringkasnya itu mengambil masa 45 minit :p Tazkirah yang bagus dan padat. Menceritakan mengenai konsep memberi dalam Islam atau sedekah atau derma. Cumanya macam terlalu lama seolah2 satu kuliah maghrib :p Mungkin kurang sesuai untuk dijadikan selingan dengan waktu yang sekadar itu.

Pernah dulu bertarawikh di Masjid Al-Azhar. Imamnya Ustaz Farid Ravi. Bacaan yang sangat bersemangat. Bacaan fatihahnya sahaja seolah2 seorang ketua perang di medan perang sedang memberikan arahan, MasyaAllah! Tazkirahnya pula hanya mengambil sela masa dalam 15 minit. Sangat santai tetapi bermanfaat...

Mungkin banyak kebaikan bagi sesetengah masjid2 yang mengambil para hafiz untuk menjadi imam solat tarawikh pada bulan Ramadhan. Kebiasaannya para hafiz yang diambil tu dari kalangan muda dan bersemangat. Semangat imam merangsang semangat makmum.

Kesimpulannya, sangat menyokong dan bersetuju sekiranya imam tarawikh mengalunkan bacaan yang bersemangat sewaktu mengimamkan tarawikh dan takzirah disampaikan dalam sela waktu yang pendek dan santai. 

Apa-apa pun, semuanya ada hikmah dan kebaikan. Hanya sekadar berkongsi rasa di hati.

p/s: kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.



Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat