3 jenis niat

Salam Ramadhan. Pagi tadi aku tgk Motivasi pagi di TV3 lepas sahur. Sesuatu yang menaraik perhatian aku ialah motivator tu cerita tentang niat yang di terima Allah. Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali, ada 3 jenis niat yang diterima oleh Allah. 

Pertama, niat untuk mendapat pahala dan ganjaran syurga. Contohnya bila buat sesuatu seperti melakukan ibadat, seseorang tu berniat agar ibadat dia diterima Allah dan Allah akan berikan ganjaran pahala serta ganjaran syurga di akhirat nanti. Rasanya ramai yang berniat sebegini, termasuklah juga aku :P

Kedua, niat kerana ingin mengelakkan maksiat kerana takutkan azab dan seksaaan Allah Taala. Contohnya apabila seseorang berkahwin kerana mengelakkan dosa hati yang sering lalai dengan sms cinta dengan kekeasihnya. Maka niat seperti ini juga diterima oleh Allah.

Ketiga, niat semata-mata kerana Allah Taala. Ini adalah peringkat tertinggi niat seorang hamba Allah. Segala apa yang dilalukan olehnya hanya diniatkan semata-mata kerana Allah Taala. Ibadatnya kerana Allah, Makannya kerana Allah, berkerjanya kerana Allah, berkahwinnya kerana Allah, sedekahnya kerana Allah, hidup dan matinya kerana Allah Taala.

Inilah 3 niat yang dimaksudkan tadi dan merurupakan niat memungkinkan Allah menerima amalannya. Sama-sama kita muhasabah kembali niat kita. Esok kita akan menjalani puasa untuk siri 10 yang pertama Ramadhan. Semoga niat amalan dan pekerjaan kita diterima oleh Allah Taala..amin..


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat