Nasihat yang menggetar

Nasihat yang menggetar
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk diri ini bertemu dengan seseorang yang dikenali dengan panggilan "baba". Orang yang amat aku kagumi ketabahan dan keilmuannya. Walaupun "style" hidupnya tidak mengikut arus kemodenan metropolitan, tetapi butir-butir ilmunya merentasi kemodenan yang sering menyeret kealpaan bersama.

Diberi peluang pada satu pagi untuk bersemuka dan berbicara. Tidak ada isu "berat" yang kami bualkan. Mengenai Ramadhan, kerja, kehidupan dan lain-lain isu santai. Aku akui, banyak mutiara ilmu yang keluar dari bibirnya menjadi azimat hidup aku sekarang. Terima kasih ya Allah. 

Sedang kami bualkan mengenai Ramdhan, tiba-tiba timbul isu penerimaan Allah terhadap hambaNya. Aku dengar sepatah demi sepatah bunga-bunga nasihat dari baba. Seperkara membuatkan aku terpana seketika..

"Wan, kamu tahu tak apa pentingnya doa?"

Dengan spontan dan selamba aku jawan macam biasa "doa tu senjata mukmin"
"Pernah dengar hadis nabi kata kalau sapa tak doa lepas solat tandanya dia sombong dengan Allah?" 

"Pernah, femes hadis tu baba"

"Kalau orang yang tak berdoa, macam mana wan?"

"Tu maknanya dia sombong dengan Allah"

"Kamu faham sifat Qudrah dan Iradah Allah?"

"Qudrah berkuasa, Iradah berkehendak, kan?"

"Ye la...apa maksudnya..."

Nampak gayanya baba macam nak menguji kefahaman aku. Aku cuba melajukan kepantasan otak berfikir.

"Maknanya, setiap yang berlaku adalah atas kehendak dan kuasa Allah Taala. Semunya atas kuasa dan kehendak Allah. Zahirnya perbuatan manusia, tetapi hakikat perbuatan itu adalah dengan kehendak Allah"

"Ok, kalau seseorang tu tak berdoa selepas solat, itu kehendak dia atau kehendak Allah?"

"Macam tadi la baba, zahirnya dari manusia, tapi hakikatnya dari Allah"

"Jadi, maksudnya Allah gerakkan hatinya untuk tidak berdoa, camtu?"

"Hakikatnya camtu la baba"

Baba seolah cuba bersilat kata, bertikam makna. Aku terus cuba mentafsir hasrat dan kehendak baba.

"Betul tu jawapan kamu..."

Lega rasanya bila di"iya"kan. Baba meneruskan bicara.. "Kata ahli sufi, dalam kitab al-hikam, orang yang tidak berdoa selepas solat bermakna Allah sudah membencinya. Sebab itulah Allah tidak gerakkan hatinya atau Allah beratkan hatinya untuk berdoa kepadaNya"

Aku tergamam. Secara automatik minda memuhasabh diri ini. Rasanya ada ketika aku sendiri terasa berat untuk berdoa selepas solat. Adakah Allah menbenci aku? Astagfirullahal'azim..ampunkan aku ya Allah. Ketar dijiwa terasa bila mendengar kata-kata baba tadi. 

Dengan tak semena terpacul pertanya spontan.." kalau Allah benci kita, apa kita nak buat baba?"

Baba tersenyum...agak lama..mungkin baba telah membaca fikiran dan hati aku. Ah, malu rasanya. Tapi aku lupa, aku "kurang" malu dengan Allah selama ini. Astagfirullah..

" Kita manusia tidak terlepas dari dosa. Kalau kita buat salah dengan manusia kita kena pujuk untuk maafkan kita. Begitu tamsilannya dengan Allah. "Pujuk" Allah dengan bertaubat. Allah itu maha pengampun dan penyayang. Keampunannya mengatasi kemarahannya. Hanya manusia yang TIDAK mahu memohon keampunannya"

Panjang mutiara kata dari baba. Baba menyambung lagi...

"Allah ciptakan kita, Allah tak berkehendak kepada kita. Segala apa yang Allah wajibkan ke atas kita adalah untuk diganjarkan kepada kita juga di akhirat nanti. Tapi bila kita tak meminta, maka Allah pun tak nak memberi. Tetapi perlu diingat, Allah dah berikan "hint" kepada kita di dalam Al-Quran dan Hadis. Itulah tanda kasih sayang Allah. Allah berikan "hint" kerana Allah mahu memberikan pahala kepada kita. Tapi bila kita yang tidak meminta setelah "hint" diberikan, maka itu adalah salah kita"

Sekali lagi minda memuhasabah diri. Rasanya kurang kerap aku buat solat taubat. Istighfar 70 kali sehari pun tidak istiqamah. Rasa berdosa menyelubungi diri...
" Ada satu hadis di dalam sohih bukhari. Hadis yang menceritakan bagaimana kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya. Diriwayatkan oleh Nabi bahawa di akhirat nanti ada seorang hamba Allah yang mati di dalam iman tetapi dosanya mengatasi amalan kebaikannya. Lalu Allah masukkan dia ke dalam neraka. Sewaktu di dalam neraka dia telah melihat keindahan syurga. Hatinya terpikat dengan keindahan tersebut. Lalu dia memohon kepada Allah "Ya Allah, palingkanlah wajahku ke syurga. Aku amat senang melihat syurga walaupun aku di dalam neraka". Allah dengan penuh kasih sayang dan rahmat telah mengqabulkan permohonannya. Maka Allah palingkan wajahnya ke syurga. Setelah sekian lama memandang syurga, hatinya terasa ingin mengetahui lebih tentang syurga. Maka dia membuat permohonan lagi kepada Allah. "Ya Allah, letakkanlah diriku diluar syurga. Aku hanya ingin duduk berhampiran syurga. Aku sedar aku masih lagi ahli neraka dan tidak layak untuk masuk kedalam syurga". Allah dengan penuh rahmat telah mengqabulkan doanya. Setelah sekian lama, hamba tadi memohon lagi "Ya Allah, izinkan sebelah kakiku dimasukkan ke dalam syurga. Aku ingin benar merasakan sedikit dari nikmat syurgaMu ya Allah". Rahmat Allah maha hebat, Allah telah mengqabulkan permintaannya buat kesekian kalinya..."

Aku mendengar dengan penuh khusyuk. Tajam mataku ke arah baba..

" Kamu tahu apa permintaan terakhir dia wan?"

"Tak tahu, sebab tak pernah dengar hadis ni"

"Akhir sekali dia minta Allah masukkan dia ke dalam syurga dan Allah qabulkan" Kata baba sambil tersenyum.

Terasa puas mendengar kisah tersebut. Tiba-tiba baba menambah..

"Tapi kena ingat, syaratnya wajib mati dalam iman" Aku mengangguk perlahan-lahan. Sayu-sayu kedengaran suara azan zohor menusuk telinga. Ruang bilik yang berhawa dingin itu menyukarkan laungan azan dari masjid menyelinap masuk. Kami bergegas menyiapkan diri untuk solat. 

Dalam hati aku, masih terngiang-ngiang kata-kata baba "orang yang tak berdoa lepas solat tu maknanya Allah benci kepadanya". Gerun, takut, risau..Ya Allah, janganlah kau membenci aku..ampunkan aku Ya Allah...

Read More

Tips Lailatul Qadar

Tips Lailatul Qadar

Tips yang sangat berguna untuk 10 malam terkahir Ramadhan - Oleh Sheikh Tawfique Chowdhury. Dapat dari group whatsapp daripada rakan-rakan. Versi asalnya berbahasa inggeris. Diterjemahkan di sini untuk rujukan bersama. Moga bermanfaat untuk kita menghidupkan malam-malam Ramadhan tahun ini yang masih berbaki, insyaAllah...

1. Jangan biarkan prestasi puasa dan ibadah anda yang telah berlalu memberi kesan negatif kepada 10 malam Ramadhan terakhir anda. Anda masih mempunyai peluang. Saat-saat pengampunan  dari Allah boleh menjelma pada bila-bila masa di hari-hari yang mendatang. Bangunlah untuk mendapatkan yang terbaik pada Ramadhan kali ini. Mulakan dengan niat yang positif dan ikhlas.

2. Hari ini, mulakan dengan meluangkan sedikit masa untuk membaca tafsir Surah Al-Qadr untuk benar-benar memahami apa yang sebenar-benarnya yang akan berlaku pada malam tersebut. Anda akan merasakan kehebatannya dan lebih bersemangat untuk memburunya.
3. Jangan tunggu malam ke 27 untuk memohon segalanya. 10 malam terkahir sepatutnya menjadi target anda. Berjaga pada setiap malam! Adakah anda mahu terlepas Lailatul Qadar walaupun telah diberi peluang?

4. Hafal dan lazimkan memohon doa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W:" Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul-‘afwa fa’fu ‘anni" (Ya Allah, Engakau Maha Pengampun dan suka mengampunkan, maka ampunkanlah aku)

5. Sediakan senarai doa ringkas. Ingat, lailatul qadar merupakan saat yang sangat istimewa bagi seorang "hamba" yang Allah hanya berikan setahun sekali, malam taqdir! Senaraikan permintaan anda yang anda harapkan di dunia, pada agama, keluarga, dan juga di akhirat nanti. Jangan lupa doakan juga semua saudara seislam kita di serata dunia yang sedang menderita!

6. Tidur ringkas di siang hari sekiranya berpeluang. Pastikan perut anda ringan, jangan makan terlalu banyak dan tidur sebaik sahaja selepas solat isyak, jangan bertangguh! Selepas tidur ringkas, bangun dan segarkan diri. Bersedia untuk beribadat!

7. Kejutkan ahli keluarga anda! Rasulullah membangunkan isteri-isterinya untuk memburu malam lailatul qadar. Jangan dilupakan anak-anak anda. Kalau mereka boleh bersengkang mata untuk bermain game dan menonton, maka tidak mustahil untuk mereka bersengkang mata kerana ibadah, sekurang-kurangnya beberapa ketika pada setiap malam. Berikan aktiviti kepada mereka untuk mereka menjiwai "pemburuan" lailatul qadar.

8. Pakai pakaian yang memberikan semangat kerana pakaian memberi kesan kepada psikologi anda. Pakai pakaian yang terbaik, semburkan wangian dan rasakan tenaganya!

9. Pilih tempat yang bersesuaian, sama ada di masjid atau di rumah. Tempat yang boleh memberikan ketenangan kepada jiwa anda. Sediakan Al-Quran, Sejadah, dan air di tempat tersebut supaya anda tidak teralih perhatian untuk mendapatkan keperluan tersebut sewaktu beribadah.

10. Ini bukanlah malam untuk tweet gambar atau update status FB mengatakan betapa anda sangat teruja melakukan ibadah memburu lailatul qadar! Biarkan ia menjadi rahsia di antara anda dan juga Al-Afuww!

11. Kalau anda rasa mengantuk, lakukan ibadat lain untuk menghilangkan rasa menagntuk tersebut. Contohnya kalau mengantuk ketika sedang membaca Quran, anda boleh bangun dan lakukan solat sunat. Ubah kedudukan anda apabila mengantuk datang bertandang.

12. Sabar adalah kunci kepada lailatul qadar. 10 hari terakhir ini mungkin memenatkan anda. Anda mungkin bekerja atau masih belajar. Ini adalah masa untuk menanggung segala kesusahan demi lailatul qadar, teruskan bersabar. Fikirkan bahwa Allah telah memberi peluang untuk anda memburu lailatul qadar yang mungkin tidak akan datang lagi dalam hidup anda. Kalau anda dapat mengetahui bahawa ini adalah Ramadhan terakhir anda dan ini peluang untuk anda merayu syurga Allah, sanggupkan anda mengorbankan segalanya demi untuk mendapatkan lailatul qadar?

13. Perkara yang paling penting: Kekalkan husnu zon (bersangka baik dengan Allah) sepanjang masa. Apabila anda memohon, ingatlah bahawa anda memohon kepada Raja yang Maha Pemurah. Apabila anda mengharapkan yang terbaik, maka Allah akan berikan yang terbaik. Jangan bersangka buruk dan tidak yakin. Percayakan Allah, menangislah di hadapannya, buangkan semua keraguan, hapuskan segala halangan, dan jangan berfikiran negatif yang boleh menjauhkan anda dari tuhan yang Al-Rahman dan Al-Rahim!
Allahumma ballighna laylatal qadar...amin ya rabb...

Read More

Tukar bukan Lepas

Tukar bukan Lepas
Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Apa khabar puasa kita hari ini? Apa khabar tarawikh kita setakat hari ini? Tepuk dada tanyalah iman.. :-)
Hari ni nak share sket mengenai pengalaman seorang ustaz yang juga bergelar motivator tentang kisah "tanggungjawab seorang ayah". Kisahnya sempoi dan santai..adaptasi kisah perbualan di antara dia dan sahabatnya...

"Ah, tak habis-habis juga.."
"Memang takkan habis.."
"Sampai bila?"
"Sampai bila-bila.."
"Ye ke ni?"
"Iye, itulah tanggungjawab seorang ayah dan bapa," tingkah saya.

"Ingatkan bila dia sudah bersuami, lepas tanggungjawab saya"
"Kurang tepat tu..bukan lepas tangan, cuma tukar tangan. Dari tangan ayah ke tangan suami"
"Itulah tanggungjawab. Kita perlu menanggung, kita akan disoal dan terpaksa pula menjawabnya"
"Maksudnya?"
"Anak kita adalah tanggungan kita. Tegasnya, amanah Allah. Kita wajib memnuhi semua keperluannya."
"Saya rasa semua telah dibereskan, sejak kecil hingga dia telah bersuami sekarang."

"Maaf saya bertanya, apa yang awak faham tentang keperluan seorang anak?"
"Kenapa awak tanyakan itu?"
"Sebab, jika kita faham semua keperluan seorang anak barulahkita boleh menjawab apakah keperluan itu telah dipenuhi atau sebaliknya. Dan setelah itu barulah boleh kita menjawab sama ada tanggungjawab itu sudah selesai atau tidak."
Dia diam. Mungkin berfikir.

"Apa keperluan seorang anak?"
"Keperluan fizikal dan material. Makanan minuman, pakaian, perlindungan."
"Itu sudah. Saya sudah penuhi."
Saya mengangguk. Dia seorang ahli perniagaan yang berjaya. Sudah sewajarnya.
"Keperluan akal. Maksudnya ilmu. Ilmu akademik dan ilmu agama."
"Itu sudah. DIa berijazah. Ilmu agama? Sejak kecil dia telahs aya bekalkan ilmu Fardhu Ain. Khatam Quran di sekolah rendah lagi."

"Keperluan perasaan..."
"Ha? Keperluan perasaan? ni pertama kali saya dengar..." Balasnya terus terang.
"Keperluan perasaan ialah hak anak untuk didengar kata-katanya. Hak anak untuk dibelai melalui kata-kata. Mendapat pujian, dorongan, rangsangan, teguran, simpati, empati dan..."
"Tunggu. Tunggu! Semua ini membuat saya keliru. Keperluan perasaan, tolong jelaskan."
"Hak untuk didengar. Maksudnya, ibu bapa mesti menjadi pendengar yang baik kepada anak-anaknya. Kita dengar cerita, rintihan, keluhan, suka dan duka hatinya. Itu keperluan yang sangat penting. Malah, kata pakar psikologi, manusia memerlukan kata-katanya didengar sama seperti tubuhnya perlukan makanan."
Menyingkap kembali kisah Siti Fatimah puteri Rasulullah. Pernah satu ketika Fatimah pergi berjumpa bapanya, Rasulullah. Lalu mengadukan halnya yang seringkali keletihan dalam menguruskan urusan rumah tangganya. Adu Fatimah, kerja rumahnya banyak dan sering tidak cukup waktu untuk menyelesaikannya. Menggiling tepung, membasuh baju suami, menjaga makan minum suami, mengemas rumah dan lain-lain..

"Wahai puteriku, kalau engkau mahu, aku boleh membuatkan penggiling tepung menggiling dengan sendirinya." Kata Rasulullah.
"Tetapi wahai puteriku, ketahuilah bahawa segala usaha dan penat lelahmu menyelesaikan segala kerja rumah dan menjaga suamimu amat besar pahalanya di sisi Allah Taala" Tambah baginda lagi.
Begitulah tauladan Rasulullah dalam memenuhi keperluan perasaan anaknya walaupun Fatimah telahpun berumah tangga pada ketika itu.

"Begitu ya. Rasa bersalah pula," keluhnya. Mukanya tiba-tiba redup.
"Mengapa, tiba-tiba bersedih?"
"Semalan, anak perempuan saya datang,. Mengeluh tentang kepenatannya mengurus hal rumah dan anaknya. Minta nasihat, adakah dia perlu dapatkan khidmat pembantu rumah. Dan selepas tu minta pula tolong kalau-kalau saya ada contact nak dapatkan pembantu rumah yang baik."
"Respon awak bagaimana?"
"Saya kata, dia kan dah ada suami? Rundinglah dengan suami. Kenapa masih mengadu kepada saya? Kalau masalah kewangan, boleh saya tolong. Ni, mereka mampu. Hanya nak datang mengadu...ha, pening saya. Bukan awak tak tahu saya sejak akhir-akhir ini tak berapa sihat."
"Itulah keperluan perasaan seroang anak. Lain rasanya, bila anak-anak luahkan masalah depan suami berbanding seorang ayah."
"Ya, ya. Sekarang baru saya rasa"

"Itulah keperluan perasaan. Ada lagi satu keperluan yang jauh lebih penting."
"Ada lagi?" Dia terkejut agaknya.
"Keperluan hati, keperluan rohani." jawab saya seakan berbisik.
"Macam mana tu?"
"Keperluan hati ialah keperluan mendapat didikan. Anak-anak perlukan pendidik dan pemimpin dalam hidup mereka. Ilmu boleh dipelajari, perasaan boleh dibelai tetapi hati perlu dididik dan dipimpin."

"Macam mana nak mendidik anak?"
Tanpa sedar dia menyoal solan yang amat basic. Seolah-olah orang yang belum mempunyai anak, sedangkan dia sebenarnya sudah bercucu. Namun dalam hati, saya sendiri sebenarnya dihujani pertanyaan yang sama.

"Kita ibu bapa perlu menjadi contoh atau teladan sepanjang kehidupan anak-anak. Didikan yang berkesan melalui teladan. Kita cuba sedaya upaya menjadi insan soleh untuk memimpin mereka menjadi soleh dan solehah. Agar dengan itu mereka boleh mencontohi solat, puasa, kegigihan, kejujuran, ketelusan, amanah dan lain-lain sifat mahmudah kita."
"Wah, itu berat. Benar-benar berat."
"sekarang, secara tidak langsung kita dah boleh menjawab adakah tanggungjawab kita sudah selesai apabila anak perempuan sudah bersuami?"
"Cukup! Saya mengaku, betul, ni terus terang... saya belum selesai lagi tanggungjawab sebagai ayah. Keperluan perasaan, keperluan hatinya belum lagi saya penuhi."
"Awak, saya dan semua ibu bapa tidak akan dapat menyelesaiknnya..."
"Maksud awak?"
"Tanggungjawab itu bukan untuk diselesaikan tetapi untuk dilaksanakan. Tidak ada dateline. Tetapi ai tugas sepanjang hayat. Ia tanggungjawab yang tidak akan selesai-selesai... it's a journey not a destiny!"

"Tapi saya selalu dengar, ada ibu bapa yang kata 'anak saya dan lepas'. Apa maksudnya tu?"
"Entah, awak yang selalu dengar agak-agak apa maksudnya?" kilas saya kembali.
"Tak pasti pula. Tapi setahu saya, maksud 'dah lepas' tu ada dua. Pertama, dah lepas pengajian dan telah bekerja. Jadi anak tersebut sudh ada sumber pendapatan sendiri, tak payah lagi ditanggung oleh ibu bapanya."
"Satu lagi?"
"Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah lepas tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka."

"Saya rasa istilah lepas tangan tu tidak berapa tepat..."
"Kenapa?"
"Ia menggambarkan seolah-olah kita tidak bertanggungjawab. Macam kita memandu kereta, tiba-tiba kita lepas stereng. Buruk padahnya."
"Jadi, istilah apa yang tepat?"
"Tukar tangan. Kita bertukar tangan dengan menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan kita. Umpama memandu kereta, sebelum anak kita kahwin, kita jadi driver. Tapi bila anak dah kahwin, kita jadi co-driver...menantu lelaki kita pula jadi driver."
"Haha, cantik perumpaan awak tu."

"Awak dah tahu apa tugas co-driver tu?"
"Dia tak boleh alpa. Memang dia agak rehat sedikit tetapi bukan rehat sepenuhnya. Dia mesti sentiasa menemani driver dan sedia untuk membantu bila-bila diperlukan. Ibu bapa yang baik sentiasa menjadi penasihat, pakar rujuk, kaunselor, pendamai dan mentor untuk anak-anak, menantu, cucu dan cicitnya, selagi hayat dikandung badan."
"Wah, itu rupanya maksud tukar tangan... bukan lepas tangan!"
 
Adaptasi - Nota Hati Seorang Lelaki : Ustaz Pahrol Mohd Juoi


Read More

3 jenis niat

3 jenis niat
Salam Ramadhan. Pagi tadi aku tgk Motivasi pagi di TV3 lepas sahur. Sesuatu yang menaraik perhatian aku ialah motivator tu cerita tentang niat yang di terima Allah. Memetik kata-kata Imam Al-Ghazali, ada 3 jenis niat yang diterima oleh Allah. 

Pertama, niat untuk mendapat pahala dan ganjaran syurga. Contohnya bila buat sesuatu seperti melakukan ibadat, seseorang tu berniat agar ibadat dia diterima Allah dan Allah akan berikan ganjaran pahala serta ganjaran syurga di akhirat nanti. Rasanya ramai yang berniat sebegini, termasuklah juga aku :P

Kedua, niat kerana ingin mengelakkan maksiat kerana takutkan azab dan seksaaan Allah Taala. Contohnya apabila seseorang berkahwin kerana mengelakkan dosa hati yang sering lalai dengan sms cinta dengan kekeasihnya. Maka niat seperti ini juga diterima oleh Allah.

Ketiga, niat semata-mata kerana Allah Taala. Ini adalah peringkat tertinggi niat seorang hamba Allah. Segala apa yang dilalukan olehnya hanya diniatkan semata-mata kerana Allah Taala. Ibadatnya kerana Allah, Makannya kerana Allah, berkerjanya kerana Allah, berkahwinnya kerana Allah, sedekahnya kerana Allah, hidup dan matinya kerana Allah Taala.

Inilah 3 niat yang dimaksudkan tadi dan merurupakan niat memungkinkan Allah menerima amalannya. Sama-sama kita muhasabah kembali niat kita. Esok kita akan menjalani puasa untuk siri 10 yang pertama Ramadhan. Semoga niat amalan dan pekerjaan kita diterima oleh Allah Taala..amin..

Read More

FelixiaYeap@Rania

FelixiaYeap@Rania
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik segala hidayah di langit dan di bumi. Semalam, seorang model berbangsa cina telah memeluk Islam dengan kerelaan hatinya. Benarlah, hidayah itu milik Allah. Kalau Allah nak beri hidayah, tiada siapa yang boleh menghalangnya. Nama baru yang dipilihnya ialah Rania.

Banyak laman web dan blog yang menceritakan kisah pengislaman Rania dan di dalam blognya juga diceritakan pengalamnnya sendiri menghadapi liku2 sebelum mengucap 2 kalimah syahadah. Blog rasmi Rania. Mengingkap kembali sejarah Rasulullah sewaktu hayat baginda, seseorang yang amat baginda sayangi dan banyak membantu perjuangan Islam telah mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah. Atas rasa sayang kepada Abu Talib, baginda sentiasa memohon kepada Allah agar mengamunkan dosa-dosa Abu Talib. Sepanjang hayat Abu Talib, walaupun dia tidak mengikut agama Nabi Muhammad, tetapi dia sangat mengasihi anak saudaranya itu. 

Maka turunlah firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi. Tetapi Allah jua lah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang di kehendaki Nya. Dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang2 yang layak mendapat hidayah petunjuk itu”. (Al-Qasas: Ayat 55)

Selepas turunnya wahyu itu, baginda tidak lagi berdoa kepada Abu Talib. Sebab itulah tugas kita sebagai orang Islam adalah menyampaikan dakwah. Tidak boleh kita memaksa seseorang atau sesuatu kaum untuk menerima dakwah kita. Kata Allah serulah kepada jalan Allah dengan hikmah dan lemah lembut. Hidayah itu milik Allah...
Semoga pengislaman Rania akan memberi lebih kekuatan kepada perjuangan Islam di muka bumi Allah ini, amin...

Read More

Sahabat lama!

Sahabat lama!
Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Al-kisah, lepas jumaat tadi, aku duduk lama sket lepas semua orang mula beransur keluar. Selang satu tempat di sebelah kanan aku ada sorang mamat berbaju kemeja kotak2. Sejak dari mula masuk masjid tu aku tak sempat nak tengok muka dia. Last2, lepas semua orang keluar, tetibe mamat tu pusing ke arah aku. "wan!". Terkejut beruk aku. Ingat sape, rupe2nye abrar! Ni sahabat lama masa kat SAMER dulu. Waktu form 2 hingga form 5. Pastu sama2 di SAMTKKB di tingkatan 6 STAM.


Lepas bertanya khabar sepatah dua, kami berpisah. Abrar ada kerja nak diselesaikan di Kajang. Dia bergiat dalam bidang production sekarang ni katanya. Rumah kat Cheras Perdana. Sempat jugak dia snap pic aku, katanya nak wat caller profile picture :P Dia cakap batch kitorang ada group whastapp. Dengan serta merta pic tadi dia upload kat group whatsaap, hampeh! 

Sampai je kat umah aku check handphone sebb pegi masjid tadi tak bawak handphone. Memang semat sangat, pic aku tadi dah ada kat dalam group tu. Malu sendiri aku :p Aku cuba skroll group member, baca conversation kat dalam group tu...rupanya ramai kawan2 sebatch aku yang dah kawen, Alhamdulillah :-) 

Pertemuan seketika dengan Abrar kat masjid Bandar Mahkota Cheras buat aku terimbau kembali zaman sekolah dulu2. Pergh, memori sey!! Aku doakan agar semunya sekses selalu dan dalam redha Allah, amin ya rabbal alamin...


Read More

Imam Tarawikh

Imam Tarawikh
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan. Alhamdulillah, dah masuk hari ke lima kita berpuasa. Harapannya agar menifestasi cinta Ramadhan kita akan diqabulkan oleh Allah Taala, amin...

Saja nak share seswatu mengenai imam tarawikh :-) Tadi solat tarawikh di surau dekat dengan rumah. Kebetulan pula malam Jumaat, maka diadakan tahlil ringkas sebelum bermulanya tarawikh. Sempat jugak menjeling, ada makmum yang dah tersengguk2 waktu tahlil :p Setelah selesai tahlil terus bersemangat untuk solat tarawikh. Apa yang agak melemahkan semangat ialah bila dengar suara imam yang serak dan garau. Agak berumur imamnya...


Malam sebelumnya, imam sangat mantap dan cerdas, sangat bersemangat. Lepas 4 rakaat tarawikh ada tazkirah ringkas. Ringkasnya itu mengambil masa 45 minit :p Tazkirah yang bagus dan padat. Menceritakan mengenai konsep memberi dalam Islam atau sedekah atau derma. Cumanya macam terlalu lama seolah2 satu kuliah maghrib :p Mungkin kurang sesuai untuk dijadikan selingan dengan waktu yang sekadar itu.

Pernah dulu bertarawikh di Masjid Al-Azhar. Imamnya Ustaz Farid Ravi. Bacaan yang sangat bersemangat. Bacaan fatihahnya sahaja seolah2 seorang ketua perang di medan perang sedang memberikan arahan, MasyaAllah! Tazkirahnya pula hanya mengambil sela masa dalam 15 minit. Sangat santai tetapi bermanfaat...

Mungkin banyak kebaikan bagi sesetengah masjid2 yang mengambil para hafiz untuk menjadi imam solat tarawikh pada bulan Ramadhan. Kebiasaannya para hafiz yang diambil tu dari kalangan muda dan bersemangat. Semangat imam merangsang semangat makmum.

Kesimpulannya, sangat menyokong dan bersetuju sekiranya imam tarawikh mengalunkan bacaan yang bersemangat sewaktu mengimamkan tarawikh dan takzirah disampaikan dalam sela waktu yang pendek dan santai. 

Apa-apa pun, semuanya ada hikmah dan kebaikan. Hanya sekadar berkongsi rasa di hati.

p/s: kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.


Read More

Kereta terbiar@Dubai

Kereta terbiar@Dubai
Saja nak share sebelum masuk tido...Terjumpa gambar2 ni kat sebuah forum. Menarik pulak lepas tengok. Cube korang tengok gambar2 kat bawah ni. Ni koleksi kereta2 yang ditinggalkan di Dubai. Maksudnya, ditinggalkan oleh pemiliknya :p 

Kaya tak orang2 Dubai? Kalau dah kereta2 mewah camni derang boleh tinggalkan, agak2 kaya atau kala gile? atau orang kaya yang gila..:p 

Jangan lupa niat puasa untuk esok hari sebelum tido :-)

p/s: kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.


Read More

Dah solat tarawikh?

Dah solat tarawikh?
Assalamualikum dan salam Ramadhan. Alhamdulillah, kita dah masuk hari kedua Ramadhan. Dah rasa solat tarawikh tahun ni? Nak kongsikan kaifiat penuh solat tarawikh yang dikeluarkan oleh JAKIM. Manalah tahu ada kawan-kawan yang nak solat tarawikh di rumah :P Kadang-kadang bila waktu balik kampung, mak ayah suruh kita jadi imam tarawikh di rumah. Kata mereka, lebih feeling berimamkan anak sendiri di rumah. Jadi, kalau sape2 yang tak pernah kena lagi, buatlah persediaan, taku2 terkena :-) 

Secara surfacenya, tarawikh ni mudah saja. Hanya ada beberapa doa-doa pendek yang perlu kita hafaz untuk nampak "pro" dengan tidak merujuk kepada buku panduan tarawikh atau nota kecil :p Jangan sampai riak pulak dah la ye..

Ni e-book panduan solat tarawikh yang disediakan oleh JAKIM. Boleh dapatkan di sini, Panduan Solat Tarawikh JAKIM. Semoga Ramadhan kita pada kali ni lebih baik dari tahun2 dahalu, amin ya rabbal 'alamin... 

p/s: kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.


Read More