#Ramadhan Pertama

Pagi pertama Ramadhan, repair paip buang air aircond. Malam tadi baru perasan yang paip tu tak berfungsi dengan baik. Air tak keluar dengan baik, sebaliknya bertakung dalam paip. Solusinya, buat paip baru yang menghala terus ke bawah. Sebelum ni, cina yang pasang paip tu buat paip panjang dan ada kedudukan yang mendatar. Masalahnya, paip yang mendatar tu condong lebih ke unit aircond, bukan ke luar. Alhamdulillah, semuanya selesai :-)

Hari ni 1 Ramadhan, nak share perkara yang amat penting dalam hidup kita sebagai seorang Islam. Perkara yang dimaksudkan ialah SIFAT 20. Sifat yang dinisbahkan kepada Allah Taala. Ada 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil bagi Allah. Pernah menjadi kontroversi pada satu ketika dahulu apabila ada seorang ustaz yang mengatakan bahawa sifat 20 ni adalah bid'ah kerana Nabi Muhammad tak pernah ajar kepada sahabat-sahabatnya. Kata beliau, Allah ada banyak sifat kesempurnaan seperti yang disebut di dalam Al-Quran. Asma Ulhusna juga adalah gambaran sifat-sifat Allah. Katanya lagi, baca sahaja Al-Quran kita pasti akan menjumpai sifat-sifat wajib bagi Allah. 

Sifat 20 ini juga telah dituduh sebagai rekaan ahli-ahli feqah. Oleh yang demikian, sifat 20 ini dianggap sebagai tidak boleh diterima pakai. Bgai mereka, Allah Maha Kaya dengan sifat-sifatnya yag terpuji. Jadi, tidak boleh hanya dihadkan kepada 20 sifat sahaja...

Sahabat-sahabat semua, mengikut teori sejarah, sememangnya sifat 20 ini adalah "ciptaan" ahli-ahli feqah, memang benar. Tetapi, siapakah yang menciptanya? Untuk apakah dicipta sifat 20 ini? Sifat 20 ini tekah dicipta oleh seorang tokoh Usuluddin, Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Tujuan dicipta sifat 20 ini adalah untuk memudahkan golongan "awam" Islam untuk lebih memahami agama Islam dan mengenal Allah Taala. Memang benar, di dalam Al-Quran banyak disebutkan sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna, tetapi, sifat 20 ini adalah ringkasan atau rumusan kepada semua sifat Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Ini kerana,tidak semua orang yang memahami Al-Quran secara keseluruhnnya jika dibandigkan dengan golongan yang sememangnya mempelajari dan mentadabbur Al-Quran. Lihat sahaja pada hari ini, bukan semua orang yang mengambil jurusan syariah atau agama, justeru bagaimanakah mereka akan dapat memahami Al-Quran sekiranya tidak mengusai Bahasa Arab dengan baik? 

Inilah antara sebab mengapa ahli Usuluddin mencipta sifat 20, tujuan utamanya adalah untuk memudahkan golongan awam Islam untuk lebih mengenali Allah dan agama Islam. Persoalan yang wujud, perlukah kita mengenal Allah? Tidak cukupkah sekadar kita tahu yang kita beragama Islam, ikut segala perintah Allah, tinggalkan segala larangan Allah dan sentiasa melakukan kebaikan? Bukankah Allah berjanji akan memberikan pahala kepada orang yang berbuat kabikan dan kebajikan? Tanyakan kembali, apa yang meyebabkan kita mencintai seseorang?....


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat