Paten Kereta OpenSource?

Kalau korang baca pasal Open Souce Operating System kat SINI, korang mesti dah boleh agak ape tu Patent Open Source. Terkejut baca kat laman web automotif no.1 Malaysia, Paul Tan, sebuah syarikat gergasi yang secara rela hati membenarkan paten kereta elektrik mereka digunakan oleh sesiapa sahaja termasuklah pengeluar kereta di serata dunia. Syarikat Tesla Motor yang berpangkalan di USA mencetuskan idea ini atas kesedaran untuk mewujudkan kereta teknologi hijua mesra alam bagi mengurangkan pencemaran udara yang dihasilkan oleh kereta gasolin pada waktu sekarang.

Kata CEO Tesla, Elon Musk: "Kami tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menggunkan paten kereta elektrik kami bagi tujuan kebaikan". Cuba kita fikir, kenapa sebuah syarikat yang besar buat perkara sebegini? dan mereka tak risaukan pasal kerugian...Padahal, kalau mereka tak kongsi paten ni, mereka boleh hasilkan keuntungan yang lebih banyak dan hasil cipta mereka terus terjaga. 
Jawapan daripada Tesla: "Kepimpinan dalam teknologi tidak diterjemahkan melalui paten yang dihasilkan, tetapi lebih kepada keupayaan sesuatu syarikat untuk menarik dan memotivasikan jurutera-jurutera yang berbakat di serata dunia. Kami percaya dengan menggunapakai falsafah sumber terbuka ini akan menghasilkan pengukuhan terhadap paten kami" 

Pada masa sekarang, Tesla merupakan pembekal utama motor elektrik dan teknologi bateri kepada 2 pengeluar kereta dunia, iaitu Toyota dan Daimler. Juga memegang 10% saham di dalam pembangunan pembuatan kereta elektrik.

Dasyat tak? Rasa2nya, Proton dan Perodua akan cuba guna paten ni tak? Agak2nya, dapat tak kita rasa kereta elektrik buatan nasional jenama negara... :-)

Sumber:
http://paultan.org/2014/06/13/tesla-motors-patents-anyone-can-use/






p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)





Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat