Lajukan blog anda!

Untuk kategori Tekno kali ni, nak kongsikan pasal cara nak lajukan blog atau "speed up" blog. Maksud laju di sini ialah kelajuan masa untuk "loading" blog kita :-) Memandangkan blogger@blogspot dimiliki oleh Pakcik Google, maka tips asal boleh dirujuk di SINI

1. Post@Artikel

Bilangan post@Artikel pada muka depan blog korang akan memberi kesan kepada "load time" atau masa muat blog korang. Semakin banyak post korang pada muka hadapan atau "home page", maka semakin panjanglah masa yang diambil untuk memuatkannya. Jumlah post yang sebaiknya ialah 10 post atau kurang dari 10. Ketetapan ini boleh ditukar secara mudah pada tab LAYOUT dan klik EDIT pada BLOG POST.


2. Pautan@Link dan JavaScript


Untuk kelajuan yang optimum, dicadangkan untuk menggunakan Widget dan JavScript/HTML dari Google/Blogger. Sekiranya korang menggunakan JavaScript/HTML dari "pihak ketiga", korang perlu meletakkannya di bahagian bawah blog korang untuk memastikan load time blog menjadi pantas. Sekiranya korang menggunakan JavaScript/HTML pada sidebar, letakkan pada bahagian bawah side bar.

3. Media dan Gambar

Sememangnya gambar dan media seperti video dan flash amat penting untuk membuatkan artikel korang lebih menarik. Tetapi perlu diingat bahawa sekiranya terlalu banyak gambar dan media, maka masa yang diambil untuk memuatkan@load blog semakin panjang. Walalubagaimanapun, ada 3 kaedah yang boleh digunakan untuk melajukan load time blog korang yang mengandungi media dan gambar:

i. Kurangkan atau kecilkan saiz gambar. Kalau korang perasan, dalam Adobe Photoshop, ada fungsi optimakan gambar bagi penggunaan web & peranti pada menu FILE > SAVE FOR WEB & DEVICES.

ii. Sekiranya korang menggunakan gambar dari pautan web lain, dicadangkan untuk korang uploadkan gambar tersebut ke Picasa Web Album melalui Blogger post editor. Ini akan membolehkan gambar korang dimuat dengan lebih pantas!

iii. Kalau korang ada gambar dalam jumlah yang banyak, contohnya gambar pergi berkelah ke, bercuti ke, honeymoon ke...uploadkan gambar2 korang ke Picasa Web Album dan buat link@pautan ke album tersebut. Ini akan mengelakkan blog korang terpaksa load gambar yang banyak pada sesuatu page dan melambatkan lagi load time page tersebut.

4. Fail CSS

Sekiranya korang ada menambahletakkan fail CSS dalam template blog korang, pastikan CSS tersebut diletakkan pada bahagian paling atas ye. Apa itu CSS? Boleh tgk SINI

5. Test Speed

Last skali, cuba test loading speed blog korang kat Stopwwatch
Masukkan URL blog korang pada kotak warna biru dan klik pada "Start StopWatch". Nanti korang boleh tgk berapa lama masa yang diambil untuk load blog korang. Kalau rasa macam panjang je masa load tu, try guna tips2 di atas utk lajukan balik blog korang ye :-)



p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"




Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat