Khutbah Jumaat hari ini...

Hari ini merupakan hari terakhir aku bercuti di rumah ayah dan ibuku di Selayang. Malam ni aku akan bertolak balik ke rumah mertuaku di Melaka bersama isteri. Jumaat tadi, aku solat kat masjid qaryah aku ni, Masjid Sungai Tua Baharu. Masjid tu dah makin best, aircond sampai ke bahagian luar, Alhamdulillah...
Lepas tahiyyatul masjid, aku terus duduk tunggu khutbah. Khutbah hari ni pasal "Institusi kekeluargaan". Tajuk dah best. Aku tekun mendengar walaupun ada gangguan kebisingan budak2 berborak dekat bahagian belakang. Ni keburukan pasang aircond kot, sebb semua ruang tertutup. Bila ada yang berborak, dengar terus dalam lubang telinga :p 

Khatib adalah imam kedua masjid tersebut. Sebaris demi sebaris khutbah khatib aku dengar dan hadam. Mula2 khatib cite pasal gejala yang berlaku sekarang, seks bebas, seks rambang, seks sejenis dan macam2 lagi. Sampai la cite pasal pembuangan bayi, pembunuhan bayi dan kerosakan institusi kekeluargaan yang berlaku pada hari ni. Khatib sebut satu hadis nabi yang mengatakan bahawa kahwin itu adalah sunnah, sesiapa yang tidak berkahwin tidak mengikut sunnah nabi. Dari gaya bahasa dan baris2 khutbah tersebut, keasalahan itu ditujukan kepada golongan muda-mudi(mengikut kefahaman aku) dan aku yakin benar itu maksud isi kandungan khutbah tersebut.

Waktu tengan solat jumaat tu, fikiran aku melayang memikirkan khutbah jumaat tadi (comform tak khusyuk dah la..) Kenapa tak ada solusi kepada masalah yang disebutkan tadi?...Kan elok kalau disebutkan juga penyelesaiannya... 


Aku rasa la, lagi best kalau khatib tambah penyelesaiannya. Cube tgk satu persatu. Masalah seks bebas. Puncanya, kurang didikan agama dan kerana anak muda "tidak mahu berkahwin". Kurang didikan agama tu kemungkinan besar adalah salah ibu dan bapanya. Tapi ada kemungkinan juga berpunca dari diri remaja itu sendiri, dan memang ada pun. "Anak muda tidak mahu berkahwin" dan melepaskan nafsu dengan cara seks bebas. Pernyataan ini tidak begitu tepat. Bukan kerana remaja itu tidak mahu berkahwin, tapi terlalu banyak perkara yang "menyusahkan" perkahwinan. Ini realiti. Sebagai contoh, hantaran yang tinggi. Ini adalah realiti yang tidak boleh disangkal. Kadang2, perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan bertahun-tahun kerana bajet hantaran tidak mencukupi. 

Aku bukan suka-suka cakap, tapi hasil research daripada kawan-kawan yang dah kawen, memang ini la antara punca terbesar. (dasat kan?) :P Tapi kita kena ingat, bila kita nak buat perkara yang baik, InsyaAllah, Allah akan bantu :-)  

Untuk pengetahuan semua, Masjid ni antara masjid yang aktif dengan pelbagai ceramah agama. Bermula dari kuliah subuh hinggalah ke kuliah maghrib. Dan ustaz2nya mantap2 belaka :-) Hari Ahad pukul 10 hingga 12 tengahari ada kuliah Dhuna mengenai tasauf. Dan untuk tahun ni juga ada kursus haji bersiri secara percuma :-)

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"


Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat