Cermin gelap tangguh...

Waktu bersarapan pagi tadi, terbaca akhbar metro mengenai Ops Warta yang akan bermula hari ini. Ops Warta yang digembar-gemburkan selama ini pada asalnya adalah bertujuan untuk pemeriksaan kesalahan pengguna jalan raya dari sudut penggunaan cermin gelap dan spesifikasi nombor pendaftaran(no plat) yang tidak mematuhi peraturan JPJ.

Dalam berita tersebut juga ditekankan mengenai pemeriksaan cukai jalan(roadtax) yang tamat tempoh, pemandu tak berlesen, lesen memandu melepasi tarikh luput, pemandu yang tidak memperbaharui insuran serta pemandu yang telah dikeluarkan waran atas pelbagai kesalahan tarfik yang lain. Pemeriksaan cermin gelap ditangguhkan buat sementara waktu bagi menunggu keputusan kajian di peringkat atasan. Alhamdulillah, suara rakyat diambil peduli mengenai cermin gelap ni :-) Sememangnya patut untuk dipertimbangkan memandangkan cuaca dan iklim dunia yang makin panans membahang di ketika ini. Lagipun, undang-undang ini dah terlalu lama tak dikaji semula. Dulu x pe, tak sepanas sekarang :P

Tak lupa jugak, pemeriksaan pemakaian tali pinggang keledar juga akan dilaksanakan. Jadi, sentiasalah pakai tali pinggang keledar sewaktu memandu ye. "co-pilot" kat sebelah kiri pun kena pakai jugak ye :-) Tidak dapat dinafikan, tali pinggang keledar tu sangat2 penting untuk menjamin pengguna jalan raya. Jangan rasa diri kebal, walaupun tak semua undang2 ada kebaikan, tapi sememangnya undang2 dicipta untuk kebaikan :-)

Nak share ngan korang cara nak check saman kat MYEG. Sekadar perkongsian bagi sapa2 yang tak pernah tau :-) 
First, klik kat sini: www.myeg.com.my

Kalau belum register, klik kat penjuru atas kiri yang tertera "Register Free" dan follow sampai last step, simple je :-)
Second: Login kat ruang sebelah kanan atas tu.
Ni interface bila login dah berjaya:

Third: Klik kat logo PDRM kalau korang nak check saman dari PDRM. Kalau nak check saman dari JPJ, klik kat JPJ. Tuto ni nak tunjuk cara check di PDRM.
Masukkan IC Number dan masukkan Word Challenge. Klik "Check Summons". SELESAI :-)
Jangan terkezut kalau tetibe ada saman ye :-)

Untuk tahun ni, satu rekod kereta aku dah masuk dalam MYEG :P Kena saman kat Cameron Highland sebab parking kat line kuning :P Kawasan tu memang dah tak de tempat parking, boleh pulak ada polis trafik menyaman kat situ. Tu kawasan gerai jualan, macam2 ada. Memang kat situlah tapak pasar malam kat cameron tu. Kalau korang penah pegi, bawah Hotel Copthorne, jalan yang melingkar sket tu. Tempat bersejarah kali pertama disaman pada tahun 2014. 

Aku tau tu line kuning, tapi memang dah tak de parking...banyak giler kete parking kat situ. Semua orang kat situ faham. Tak de pun sesak2 teruk. Tak de pun hon2 bagai..Yang jadi depan mata aku, waktu polis trafik tu tengah tulis saman, lalu sebuah lori kat tepi dia dan hon kuat2. Terkejut brader polis tu. Dengan aku skali terkejut, tragis... Bayangkan hon lori cemane bunyinya, panjang pulak honnya. Brader Polis pandang lori tu dengan hujung mata sampai lori tu hilang. Dalam hati aku, kereta tak kena hon, tapi polis tarfik pulak yang kena hon..adoi...

Kalau ye pun marah, jangan la hon brader polis tu, dia wat keje dia. Mungkin majlis perbandaran cameron kena kaji semula kawasan tu, kena adakan parking yang mencukupi dan sesuai. Parking memang ada kat situ, tapi seyesly, dah sampai terkeluar dari lot parking, banyak sangat. Pertimbangkan parking untuk hari2 cuti. Tu kan kawasan peranginan :-)
OK, sama2 lah kita berhati2 di jalan raya dan "kurangkan" kesalahan di jalan raya. Aku yakin, semua pemandu kereta pernah dan akan buat salah di jalan raya :P lagi2 bab speeding dan kejar lampu hijau :P Satu statement yang agak sarkastik kalau seseorang pemandu cakap camni "saya tak pernah buat sebarang kesalahan di jalan raya".

Ingat, jalan raya tempat kita berkongsi. Jangan lebih ambil dan jangan lebih bagi, kene fair and square. Mengalah sedikit tak pe daripada terpaksa tanggung kos beriban2 :p Perkongsian terakhir, jangan memotong di lorong kiri, jangan memotong tanpa signal, jarakkan kenderaaan anda, disiplinkan diri untuk patuhi had laju setiap masa, bukan hanya bila jumpa camera AES :p Jangan berlumba di highway, kalau ngantuk singgah R&R.

Rancang perjalanan anda, isi minyak secukupnya. Boleh guna google map untuk pantau kesesakan lalu lintas. google map dan beli sistem navigasi ways, memang best jugak guna google map navigation system. Status kesesakan dalam google map adalah real time. On saje kat nset, x perlu on gps kat kereta :p  

Dan...hati2 dengan perangkap had laju a.k.a speed trap. Ramai abang2 polis dok nyorok di celah2 fylover dan celah2 pokok munge kat highway kalau sayangkan duet dalam poket korang :p

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat