Kata seorang sarjana, syukur itu lebih tinggi martabatnya dari sabar.
Kerana apa? Sebab, ramai manusia yang menerima nikmat, tetapi jarang yang bersyukur atas nikmat tersebut. Tapi kalau insan tersepit di dalam sesuatu masalah, mereka akan kata
"nak buat apa, sabar je la..". Sepatutnya dalam apa jua keadaan, kita
kena bersyukur"
Ni antara ungkapan yang aku teringat waktu tengah tunggu isteri aku ngajar
ngaji :-) Ungkapan ni aku dapat kat satu video di youtube. Disampaikan dengan
cara yang penuh menggamit jiwa aku (bagi aku la). Boleh tengok kat video bawah ni. Manalah tau
korang pun tergamit skali :p
Dulu ustaz ni popular dengan kontroversi yang menggelarkan dirinya sebagai
wahabi. Tapi Alhamdulillah, beliau berubah :-) Secara peribadi, aku suka
ceramah atau tazkirah dia yang berbentuk motivasi. Gaya bahasa dan intonasi
suara sangat menarik perhatian aku. kalau korang search kat youtube,
memang banyak tazkirah dia pasal motivasi Islamik. Beliau seorang pakar sanad(periwayatan) hadis
dan qisah. Banyak sejarah yang aku dapat dari tazkirah dia, sejarah yang jarang
didengari. Yang bestnya, setiap cerita dia mesti ada sumber dan rujukan.
Beliau jugak ada menulis buku motivasi Islamik. Antara buku yang aku suka, buku terbaru yang baru dikeluarkan bertajuk "aku Ingin kembara
lagi". Ada di pasaran sekarang.
Buku ni mengenai catatan perjalannya di bumi oxford sewaktu dilantik
menjadi felow, di OCIS, Oxford. Aku amik masa 3 hari untuk habiskan buku ni :p Banyak kisah menarik yang beliau kongsikan di
dalam buku tersebut. Persoalan2 yang mungkin "remeh" bagi kita,
tetapi dikupas dan dihidangkan kepada pembaca dalam bentuk ilmiah yang santai.
Ada persoalan cinta, ketuhanan, agama, makanan, pergaulan dan lain2 lagi. Antara tajuknya:
.: Bolehkah bukan muslim selamat dari api neraka
.: Dosa siapakah atas kejahilan manusia
.: Antara Islam dan Negara Islam
.: Persoalan tentang roh
.: Takjub terhadap penciptaan masa
.: Apabila agama menghakis tuhan
.: Adakah terlarang cinta sebelum kahwin?
.: Apa yang saya lalui tentang yahudi
.: Lain budaya, lain fatwanya
.: Seks sogsang dalam dunia yang rencam
.: Antara ratu dan rakyat
.: Daku ingin kembara lagi
.: Bolehkah bukan muslim selamat dari api neraka
.: Dosa siapakah atas kejahilan manusia
.: Antara Islam dan Negara Islam
.: Persoalan tentang roh
.: Takjub terhadap penciptaan masa
.: Apabila agama menghakis tuhan
.: Adakah terlarang cinta sebelum kahwin?
.: Apa yang saya lalui tentang yahudi
.: Lain budaya, lain fatwanya
.: Seks sogsang dalam dunia yang rencam
.: Antara ratu dan rakyat
.: Daku ingin kembara lagi
Harga buku ni RM17.00 untuk semenanjung dan RM20.00 untuk Sabah dan Sarawak. Kalau minat membaca, boleh cuba dapatkan buku ni :-)
p/s: Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri :-)