2 majlis kahwin..

Alhamdulillah, smpai melaka malam td setelah mengharung 4 jam perjalanan dari Selayang ke Melaka. Ntah apa sebabnya jem mlm td, x ada jalan yg ditutup pun..
Dalam pukul 2 pagi baru sampai rumah, Alhmdllh, selamat semuanya :-) Pagi ni, dlm pukul 10, bermulalah operasi "cendol", he3. Sebenarnya operasi menjaga booth cendol di majlis kawen, he2. My father in law seorang polis pencen yang mengusahakn perniagaan cendol asli. Boleh tgk SINI
Jadi, bila time cuti, aku dan isteri akan turut meringankn tangan :-) Majlis pertama pg td dapat tempahan 400 mangkuk cendol, majlis kedua pun sama. Sebenar2nya lagi, aku ngan wife byk "tolong makan" dari tolong buat kerja :-P Majlis pertama dpt mkn nasi briani, majlis kedua dpt makan bihun sup, mee sup, nasi lemak ayam rempah dan putu piring. Alhmdllh, hari ni makan di"sponser" :-P
Maksudnya disini, tujuan diadakan majlis tersebut ialah untuk mengkhabarkn kpd org ramai bahawa si fulan telah berkahwin dgn si fulan. Dan Nabi tekankan untuk diutamakan fakir dan miskin menikmati hidangan yg disediakn. Berbeza dgn sebahagian "adat" yg wujud dlm masyarakat hari ni, majis kawen diadakn di dewan2 mewah serba berseri. Undangan hanyalah pada kawan karib sahabat handai yang ternama dan terkenal. Tanpa kad jemputan, "no entry". Maha dahsyat, menongkah sunnah. Dan kebanyakan pula bertemakan ala2 barat. Majlis kawen digambarkn sebagai satu "pesta" yg melambangkn kemewahan..mgkin sebb ni orang lambat kawen skrg, sbb bakal suami terpaksa bersusah payah mengumpul sejumlah besar wang yg akan dihabiskn dlm masa kurang sehari. Sehingga wujud "skim pinjaman perkahwinan" . 

Aku x kata majlis kawen aku baik, bagus. Tp aku cuba hidupkn apa yg Nabi pernah sebut sewaktu nabi hidup suatu ketika dahulu. Kita manusia, kita tak sempurna. Tp adalah dituntut utk kita saling mengingatkn :-) mungkin kita x dpt pahala buat perkara tu, tp kita dpt pahala ingatkn org buat perkara tu :-)

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"




Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat