#Ramadhan Pertama

#Ramadhan Pertama
Pagi pertama Ramadhan, repair paip buang air aircond. Malam tadi baru perasan yang paip tu tak berfungsi dengan baik. Air tak keluar dengan baik, sebaliknya bertakung dalam paip. Solusinya, buat paip baru yang menghala terus ke bawah. Sebelum ni, cina yang pasang paip tu buat paip panjang dan ada kedudukan yang mendatar. Masalahnya, paip yang mendatar tu condong lebih ke unit aircond, bukan ke luar. Alhamdulillah, semuanya selesai :-)

Hari ni 1 Ramadhan, nak share perkara yang amat penting dalam hidup kita sebagai seorang Islam. Perkara yang dimaksudkan ialah SIFAT 20. Sifat yang dinisbahkan kepada Allah Taala. Ada 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil bagi Allah. Pernah menjadi kontroversi pada satu ketika dahulu apabila ada seorang ustaz yang mengatakan bahawa sifat 20 ni adalah bid'ah kerana Nabi Muhammad tak pernah ajar kepada sahabat-sahabatnya. Kata beliau, Allah ada banyak sifat kesempurnaan seperti yang disebut di dalam Al-Quran. Asma Ulhusna juga adalah gambaran sifat-sifat Allah. Katanya lagi, baca sahaja Al-Quran kita pasti akan menjumpai sifat-sifat wajib bagi Allah. 

Sifat 20 ini juga telah dituduh sebagai rekaan ahli-ahli feqah. Oleh yang demikian, sifat 20 ini dianggap sebagai tidak boleh diterima pakai. Bgai mereka, Allah Maha Kaya dengan sifat-sifatnya yag terpuji. Jadi, tidak boleh hanya dihadkan kepada 20 sifat sahaja...

Sahabat-sahabat semua, mengikut teori sejarah, sememangnya sifat 20 ini adalah "ciptaan" ahli-ahli feqah, memang benar. Tetapi, siapakah yang menciptanya? Untuk apakah dicipta sifat 20 ini? Sifat 20 ini tekah dicipta oleh seorang tokoh Usuluddin, Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Tujuan dicipta sifat 20 ini adalah untuk memudahkan golongan "awam" Islam untuk lebih memahami agama Islam dan mengenal Allah Taala. Memang benar, di dalam Al-Quran banyak disebutkan sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna, tetapi, sifat 20 ini adalah ringkasan atau rumusan kepada semua sifat Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Ini kerana,tidak semua orang yang memahami Al-Quran secara keseluruhnnya jika dibandigkan dengan golongan yang sememangnya mempelajari dan mentadabbur Al-Quran. Lihat sahaja pada hari ini, bukan semua orang yang mengambil jurusan syariah atau agama, justeru bagaimanakah mereka akan dapat memahami Al-Quran sekiranya tidak mengusai Bahasa Arab dengan baik? 

Inilah antara sebab mengapa ahli Usuluddin mencipta sifat 20, tujuan utamanya adalah untuk memudahkan golongan awam Islam untuk lebih mengenali Allah dan agama Islam. Persoalan yang wujud, perlukah kita mengenal Allah? Tidak cukupkah sekadar kita tahu yang kita beragama Islam, ikut segala perintah Allah, tinggalkan segala larangan Allah dan sentiasa melakukan kebaikan? Bukankah Allah berjanji akan memberikan pahala kepada orang yang berbuat kabikan dan kebajikan? Tanyakan kembali, apa yang meyebabkan kita mencintai seseorang?....

Read More

Ahlan ya Ramadhan

Ahlan ya Ramadhan
Alhamdulillah...Allah izinkan bertemu dengan RamadhanNya sekali lagi..Alhamdulillah. Selesai solat tarawikh, selesai tadarus. Esok bermulanya episod baru untuk Ramadhan kali ini. Aku berharap agar Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Aku takut tak berkesempatan untuk menjalani Ramadhan dengan sempurna walau sekali dalam hidup aku. Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Ya Allah, berilah bimbingan dan kekuatan kepadaku dan juga seluruh umat Islam untuk mengharungi cabaran dan dugaan RamadhanMu...
Kata Allah, di bulan Ramadhan, pahala setiap amalan akan kuberikan mengikut rahmatku. Bermakna, pahala amalan kita akan diberikan oleh Allah lebih dari bulan2 yang lain. Di bulan Ramadhan, pahalanya berganda2. Sehinggakan tidur kita pun dikira sebagai ibadat dengan dikira setiap hela nafas keluar dan masuk. Maha suci Allah..Allahuakbar..Allah Maha besar...

p/s: Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri :-)

Read More

MYNIC Promotion

MYNIC Promotion
Assalamualaikum dan Salam Sya'ban. Sedikit perkongsian, dapat e-mail dari MYNIC mengenai satu tawaran combo pendaftaran .com.my dan .my. Tawaran ini sah untuk tempoh 4 tahun dengan fi tahunan RM35. Kalau kebiasaannya, fi untuk domain .my ialah RM100 dan untuk .com.my RM80. Cube tengok banner kat bawah ni :-)
Boleh tengok tawaran penuh di http://www.mynic.my
Tapi...ada syarat untuk pendaftaran di bawah tawaran combo ni. Syaratnya, nama domain yang hendak didaftarkan itu mestilah telah didaftarakan dengan domain extension .com. Kalau tak de domain .com, kena daftar dulu la yerk :P Tengok term&condition kat bawah ni :-)
Kalau korang berminat bolehlah daftar :-) Untuk pendaftaran hanya perlukan Kad Pengenalan.

p/s: Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri :-)
Read More

Bersyukur vs bersabar

Bersyukur vs bersabar
Kata seorang sarjana, syukur itu lebih tinggi martabatnya dari sabar. Kerana apa? Sebab, ramai manusia yang menerima nikmat, tetapi jarang yang bersyukur atas nikmat tersebut. Tapi kalau insan tersepit di dalam sesuatu masalah, mereka akan kata "nak buat apa, sabar je la..". Sepatutnya dalam apa jua keadaan, kita kena bersyukur"
Ni antara ungkapan yang aku teringat waktu tengah tunggu isteri aku ngajar ngaji :-) Ungkapan ni aku dapat kat satu video di youtube. Disampaikan dengan cara yang penuh menggamit jiwa aku (bagi aku la). Boleh tengok kat video bawah ni. Manalah tau korang pun tergamit skali :p


Dulu ustaz ni popular dengan kontroversi yang menggelarkan dirinya sebagai wahabi. Tapi Alhamdulillah, beliau berubah :-) Secara peribadi, aku suka ceramah atau tazkirah dia yang berbentuk motivasi. Gaya bahasa dan intonasi suara sangat menarik perhatian aku. kalau korang search kat youtube, memang banyak tazkirah dia pasal motivasi Islamik. Beliau seorang pakar sanad(periwayatan) hadis dan qisah. Banyak sejarah yang aku dapat dari tazkirah dia, sejarah yang jarang didengari. Yang bestnya, setiap cerita dia mesti ada sumber dan rujukan.
Beliau jugak ada menulis buku motivasi Islamik. Antara buku yang aku suka, buku terbaru yang baru dikeluarkan bertajuk "aku Ingin kembara lagi". Ada di pasaran sekarang.

Buku ni mengenai catatan perjalannya di bumi oxford sewaktu dilantik menjadi felow, di OCIS, Oxford. Aku amik masa 3 hari untuk habiskan buku ni :p Banyak kisah menarik yang beliau kongsikan di dalam buku tersebut. Persoalan2 yang mungkin "remeh" bagi kita, tetapi dikupas dan dihidangkan kepada pembaca dalam bentuk ilmiah yang santai. Ada persoalan cinta, ketuhanan, agama, makanan, pergaulan dan lain2 lagi. Antara tajuknya:


.: Murtad dan bandar Oxford
.: Bolehkah bukan muslim selamat dari api neraka
.: Dosa siapakah atas kejahilan manusia
.: Antara Islam dan Negara Islam
.: Persoalan tentang roh
.: Takjub terhadap penciptaan masa
.: Apabila agama menghakis tuhan
.: Adakah terlarang cinta sebelum kahwin?
.: Apa yang saya lalui tentang yahudi
.: Lain budaya, lain fatwanya
.: Seks sogsang dalam dunia yang rencam
.: Antara ratu dan rakyat
.: Daku ingin kembara lagi 

Harga buku ni RM17.00 untuk semenanjung dan RM20.00 untuk Sabah dan Sarawak. Kalau minat membaca, boleh cuba dapatkan buku ni :-)

p/s: Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri :-)
Read More

Cermin gelap tangguh...

Cermin gelap tangguh...
Waktu bersarapan pagi tadi, terbaca akhbar metro mengenai Ops Warta yang akan bermula hari ini. Ops Warta yang digembar-gemburkan selama ini pada asalnya adalah bertujuan untuk pemeriksaan kesalahan pengguna jalan raya dari sudut penggunaan cermin gelap dan spesifikasi nombor pendaftaran(no plat) yang tidak mematuhi peraturan JPJ.

Dalam berita tersebut juga ditekankan mengenai pemeriksaan cukai jalan(roadtax) yang tamat tempoh, pemandu tak berlesen, lesen memandu melepasi tarikh luput, pemandu yang tidak memperbaharui insuran serta pemandu yang telah dikeluarkan waran atas pelbagai kesalahan tarfik yang lain. Pemeriksaan cermin gelap ditangguhkan buat sementara waktu bagi menunggu keputusan kajian di peringkat atasan. Alhamdulillah, suara rakyat diambil peduli mengenai cermin gelap ni :-) Sememangnya patut untuk dipertimbangkan memandangkan cuaca dan iklim dunia yang makin panans membahang di ketika ini. Lagipun, undang-undang ini dah terlalu lama tak dikaji semula. Dulu x pe, tak sepanas sekarang :P

Tak lupa jugak, pemeriksaan pemakaian tali pinggang keledar juga akan dilaksanakan. Jadi, sentiasalah pakai tali pinggang keledar sewaktu memandu ye. "co-pilot" kat sebelah kiri pun kena pakai jugak ye :-) Tidak dapat dinafikan, tali pinggang keledar tu sangat2 penting untuk menjamin pengguna jalan raya. Jangan rasa diri kebal, walaupun tak semua undang2 ada kebaikan, tapi sememangnya undang2 dicipta untuk kebaikan :-)

Nak share ngan korang cara nak check saman kat MYEG. Sekadar perkongsian bagi sapa2 yang tak pernah tau :-) 
First, klik kat sini: www.myeg.com.my

Kalau belum register, klik kat penjuru atas kiri yang tertera "Register Free" dan follow sampai last step, simple je :-)
Second: Login kat ruang sebelah kanan atas tu.
Ni interface bila login dah berjaya:

Third: Klik kat logo PDRM kalau korang nak check saman dari PDRM. Kalau nak check saman dari JPJ, klik kat JPJ. Tuto ni nak tunjuk cara check di PDRM.
Masukkan IC Number dan masukkan Word Challenge. Klik "Check Summons". SELESAI :-)
Jangan terkezut kalau tetibe ada saman ye :-)

Untuk tahun ni, satu rekod kereta aku dah masuk dalam MYEG :P Kena saman kat Cameron Highland sebab parking kat line kuning :P Kawasan tu memang dah tak de tempat parking, boleh pulak ada polis trafik menyaman kat situ. Tu kawasan gerai jualan, macam2 ada. Memang kat situlah tapak pasar malam kat cameron tu. Kalau korang penah pegi, bawah Hotel Copthorne, jalan yang melingkar sket tu. Tempat bersejarah kali pertama disaman pada tahun 2014. 

Aku tau tu line kuning, tapi memang dah tak de parking...banyak giler kete parking kat situ. Semua orang kat situ faham. Tak de pun sesak2 teruk. Tak de pun hon2 bagai..Yang jadi depan mata aku, waktu polis trafik tu tengah tulis saman, lalu sebuah lori kat tepi dia dan hon kuat2. Terkejut brader polis tu. Dengan aku skali terkejut, tragis... Bayangkan hon lori cemane bunyinya, panjang pulak honnya. Brader Polis pandang lori tu dengan hujung mata sampai lori tu hilang. Dalam hati aku, kereta tak kena hon, tapi polis tarfik pulak yang kena hon..adoi...

Kalau ye pun marah, jangan la hon brader polis tu, dia wat keje dia. Mungkin majlis perbandaran cameron kena kaji semula kawasan tu, kena adakan parking yang mencukupi dan sesuai. Parking memang ada kat situ, tapi seyesly, dah sampai terkeluar dari lot parking, banyak sangat. Pertimbangkan parking untuk hari2 cuti. Tu kan kawasan peranginan :-)
OK, sama2 lah kita berhati2 di jalan raya dan "kurangkan" kesalahan di jalan raya. Aku yakin, semua pemandu kereta pernah dan akan buat salah di jalan raya :P lagi2 bab speeding dan kejar lampu hijau :P Satu statement yang agak sarkastik kalau seseorang pemandu cakap camni "saya tak pernah buat sebarang kesalahan di jalan raya".

Ingat, jalan raya tempat kita berkongsi. Jangan lebih ambil dan jangan lebih bagi, kene fair and square. Mengalah sedikit tak pe daripada terpaksa tanggung kos beriban2 :p Perkongsian terakhir, jangan memotong di lorong kiri, jangan memotong tanpa signal, jarakkan kenderaaan anda, disiplinkan diri untuk patuhi had laju setiap masa, bukan hanya bila jumpa camera AES :p Jangan berlumba di highway, kalau ngantuk singgah R&R.

Rancang perjalanan anda, isi minyak secukupnya. Boleh guna google map untuk pantau kesesakan lalu lintas. google map dan beli sistem navigasi ways, memang best jugak guna google map navigation system. Status kesesakan dalam google map adalah real time. On saje kat nset, x perlu on gps kat kereta :p  

Dan...hati2 dengan perangkap had laju a.k.a speed trap. Ramai abang2 polis dok nyorok di celah2 fylover dan celah2 pokok munge kat highway kalau sayangkan duet dalam poket korang :p

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"
Read More

Paten Kereta OpenSource?

Paten Kereta OpenSource?
Kalau korang baca pasal Open Souce Operating System kat SINI, korang mesti dah boleh agak ape tu Patent Open Source. Terkejut baca kat laman web automotif no.1 Malaysia, Paul Tan, sebuah syarikat gergasi yang secara rela hati membenarkan paten kereta elektrik mereka digunakan oleh sesiapa sahaja termasuklah pengeluar kereta di serata dunia. Syarikat Tesla Motor yang berpangkalan di USA mencetuskan idea ini atas kesedaran untuk mewujudkan kereta teknologi hijua mesra alam bagi mengurangkan pencemaran udara yang dihasilkan oleh kereta gasolin pada waktu sekarang.

Kata CEO Tesla, Elon Musk: "Kami tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menggunkan paten kereta elektrik kami bagi tujuan kebaikan". Cuba kita fikir, kenapa sebuah syarikat yang besar buat perkara sebegini? dan mereka tak risaukan pasal kerugian...Padahal, kalau mereka tak kongsi paten ni, mereka boleh hasilkan keuntungan yang lebih banyak dan hasil cipta mereka terus terjaga. 
Jawapan daripada Tesla: "Kepimpinan dalam teknologi tidak diterjemahkan melalui paten yang dihasilkan, tetapi lebih kepada keupayaan sesuatu syarikat untuk menarik dan memotivasikan jurutera-jurutera yang berbakat di serata dunia. Kami percaya dengan menggunapakai falsafah sumber terbuka ini akan menghasilkan pengukuhan terhadap paten kami" 

Pada masa sekarang, Tesla merupakan pembekal utama motor elektrik dan teknologi bateri kepada 2 pengeluar kereta dunia, iaitu Toyota dan Daimler. Juga memegang 10% saham di dalam pembangunan pembuatan kereta elektrik.

Dasyat tak? Rasa2nya, Proton dan Perodua akan cuba guna paten ni tak? Agak2nya, dapat tak kita rasa kereta elektrik buatan nasional jenama negara... :-)

Sumber:
http://paultan.org/2014/06/13/tesla-motors-patents-anyone-can-use/






p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)




Read More

Millionaire dari blogger...

Millionaire dari blogger...
Puas rasanya dapat duduk berehat setelah seharian berjalan :) Masih di Pulau Pinang, menghabiskan cuti yang berbaki :) Kali ni aku nak share ngan sahabat2 di luar sana mengenai sebuah syarikat yang berstatus "Millionaire" yang bermula dengan blog@blogger. Entiti tersebut ialah:
Kadang2 kita pun tak sangka, orang yang bukan dari bidang IT dapat berjaya dengan jayanya dalam IT. Benarlah kata Nabi "sesiapa yang berusaha, dia akan mendapat hasil dari usahanya"

Entiti ini dimiliki oleh Brian Clark di bawah nama CopyBlogger Media. Syarikat ini merupakan syarikat induk kepada  beberapa perhidmatan online lain iaitu Studio Press, Scribe, Synthesis, Premise dan banyak lagi. Korang boleh cari kat Google. Sekiranya korang menggunakan Wordpress, korang mesti tau pasal "Genesis", sejenis framework yang dibangunkan oleh StudioPress khas untuk kegunaan template WordPress :-)

Yang menariknya, Brian bukanlah seorang pakar IT, tetapi beliau merupakan seorang pengamal undang-undang. Baginya, kerjaya sebagai seorang pendakwa raya tidak serasi dengan hidupnya dan beliau memilih untuk menulis.


Kalau korang search kat google, memang banyak pasal copyblogger ni. Taip je nama Brian Clark, berderet result keluar :) Ni salah satu result yang keluar:

Dan ini adalah rupa pemilik CopyBlogger Media :-)
Laman web rasmi copyblogger boleh diakses di sini : www.copyblogger.com

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"




Read More

Cbox untuk blogger

Cbox untuk blogger
Baru lepas ber"blogwalking" sambil meninggalkan jejak2..he2 :p Seperkara yang aku prasan, ada ramai blogger yang gune cbox utk chat pada blog, tapi setting width tak serasi dengan frame blog. Jadi, aku nk wat tutorial ringkas camner nak setting width pada script cbox utk serasikan dengan frame blog. Yang aku maksudkan dengan tak serasi adalah macam ni:
Dan akan di setting untuk jadi macam ni:




Ok, secara surfacenya, cbox ni adalah servis yang disediakan oleh web cbox.ws Free servisnya. Ada juga yang berbayar. Ikut kemampuan korang la. Boleh klik kat web tu dan register for free.Cara nak daftar tu sempoi je, korang follow je arahan yang web tu bagi sampai lebam(selesai) :p 

Cara nak setting, meh nak share. Mudah saja. Korang mesti dah letak script cbox kat dalam widget blog korang kan? jadi...bukak balik widget tu. Cuba baca kod-kod tu. Koda asal yang diberikan akan berupa cenggini:


Tengok pada highlight merah tu, tu adalahh pixel asal daripada cbox untuk script cbox anda. Korang perlu tukarkan saiz tersebut supaya serasi mengikut saiz frame blog tempat korang akan letakkan cbox tu nanti. Dalam tutorial ni, frame blog aku adalah 300pixel width. Jadi, aku kena tukar jadi cenggini:


SIap! Jangan lupa klik SAVE :-) Kalau korang tak tahu saiz frame blog korang, guna kaedah cuba2. Mula2 tukarkan jadi 210, pastu save. Tengok fit ke tak. Kalau tak fit lagi, besarkan skit, jadi 220, pastu save. Tengok fit kr tak. Begitulah seterusnya sampai fit ye... :-)

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"




Read More

Lajukan blog anda!

Lajukan blog anda!
Untuk kategori Tekno kali ni, nak kongsikan pasal cara nak lajukan blog atau "speed up" blog. Maksud laju di sini ialah kelajuan masa untuk "loading" blog kita :-) Memandangkan blogger@blogspot dimiliki oleh Pakcik Google, maka tips asal boleh dirujuk di SINI

1. Post@Artikel

Bilangan post@Artikel pada muka depan blog korang akan memberi kesan kepada "load time" atau masa muat blog korang. Semakin banyak post korang pada muka hadapan atau "home page", maka semakin panjanglah masa yang diambil untuk memuatkannya. Jumlah post yang sebaiknya ialah 10 post atau kurang dari 10. Ketetapan ini boleh ditukar secara mudah pada tab LAYOUT dan klik EDIT pada BLOG POST.


2. Pautan@Link dan JavaScript


Untuk kelajuan yang optimum, dicadangkan untuk menggunakan Widget dan JavScript/HTML dari Google/Blogger. Sekiranya korang menggunakan JavaScript/HTML dari "pihak ketiga", korang perlu meletakkannya di bahagian bawah blog korang untuk memastikan load time blog menjadi pantas. Sekiranya korang menggunakan JavaScript/HTML pada sidebar, letakkan pada bahagian bawah side bar.

3. Media dan Gambar

Sememangnya gambar dan media seperti video dan flash amat penting untuk membuatkan artikel korang lebih menarik. Tetapi perlu diingat bahawa sekiranya terlalu banyak gambar dan media, maka masa yang diambil untuk memuatkan@load blog semakin panjang. Walalubagaimanapun, ada 3 kaedah yang boleh digunakan untuk melajukan load time blog korang yang mengandungi media dan gambar:

i. Kurangkan atau kecilkan saiz gambar. Kalau korang perasan, dalam Adobe Photoshop, ada fungsi optimakan gambar bagi penggunaan web & peranti pada menu FILE > SAVE FOR WEB & DEVICES.

ii. Sekiranya korang menggunakan gambar dari pautan web lain, dicadangkan untuk korang uploadkan gambar tersebut ke Picasa Web Album melalui Blogger post editor. Ini akan membolehkan gambar korang dimuat dengan lebih pantas!

iii. Kalau korang ada gambar dalam jumlah yang banyak, contohnya gambar pergi berkelah ke, bercuti ke, honeymoon ke...uploadkan gambar2 korang ke Picasa Web Album dan buat link@pautan ke album tersebut. Ini akan mengelakkan blog korang terpaksa load gambar yang banyak pada sesuatu page dan melambatkan lagi load time page tersebut.

4. Fail CSS

Sekiranya korang ada menambahletakkan fail CSS dalam template blog korang, pastikan CSS tersebut diletakkan pada bahagian paling atas ye. Apa itu CSS? Boleh tgk SINI

5. Test Speed

Last skali, cuba test loading speed blog korang kat Stopwwatch
Masukkan URL blog korang pada kotak warna biru dan klik pada "Start StopWatch". Nanti korang boleh tgk berapa lama masa yang diambil untuk load blog korang. Kalau rasa macam panjang je masa load tu, try guna tips2 di atas utk lajukan balik blog korang ye :-)



p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"



Read More

2 majlis kahwin..

2 majlis kahwin..
Alhamdulillah, smpai melaka malam td setelah mengharung 4 jam perjalanan dari Selayang ke Melaka. Ntah apa sebabnya jem mlm td, x ada jalan yg ditutup pun..
Dalam pukul 2 pagi baru sampai rumah, Alhmdllh, selamat semuanya :-) Pagi ni, dlm pukul 10, bermulalah operasi "cendol", he3. Sebenarnya operasi menjaga booth cendol di majlis kawen, he2. My father in law seorang polis pencen yang mengusahakn perniagaan cendol asli. Boleh tgk SINI
Jadi, bila time cuti, aku dan isteri akan turut meringankn tangan :-) Majlis pertama pg td dapat tempahan 400 mangkuk cendol, majlis kedua pun sama. Sebenar2nya lagi, aku ngan wife byk "tolong makan" dari tolong buat kerja :-P Majlis pertama dpt mkn nasi briani, majlis kedua dpt makan bihun sup, mee sup, nasi lemak ayam rempah dan putu piring. Alhmdllh, hari ni makan di"sponser" :-P
Maksudnya disini, tujuan diadakan majlis tersebut ialah untuk mengkhabarkn kpd org ramai bahawa si fulan telah berkahwin dgn si fulan. Dan Nabi tekankan untuk diutamakan fakir dan miskin menikmati hidangan yg disediakn. Berbeza dgn sebahagian "adat" yg wujud dlm masyarakat hari ni, majis kawen diadakn di dewan2 mewah serba berseri. Undangan hanyalah pada kawan karib sahabat handai yang ternama dan terkenal. Tanpa kad jemputan, "no entry". Maha dahsyat, menongkah sunnah. Dan kebanyakan pula bertemakan ala2 barat. Majlis kawen digambarkn sebagai satu "pesta" yg melambangkn kemewahan..mgkin sebb ni orang lambat kawen skrg, sbb bakal suami terpaksa bersusah payah mengumpul sejumlah besar wang yg akan dihabiskn dlm masa kurang sehari. Sehingga wujud "skim pinjaman perkahwinan" . 

Aku x kata majlis kawen aku baik, bagus. Tp aku cuba hidupkn apa yg Nabi pernah sebut sewaktu nabi hidup suatu ketika dahulu. Kita manusia, kita tak sempurna. Tp adalah dituntut utk kita saling mengingatkn :-) mungkin kita x dpt pahala buat perkara tu, tp kita dpt pahala ingatkn org buat perkara tu :-)

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"



Read More

Khutbah Jumaat hari ini...

Khutbah Jumaat hari ini...
Hari ini merupakan hari terakhir aku bercuti di rumah ayah dan ibuku di Selayang. Malam ni aku akan bertolak balik ke rumah mertuaku di Melaka bersama isteri. Jumaat tadi, aku solat kat masjid qaryah aku ni, Masjid Sungai Tua Baharu. Masjid tu dah makin best, aircond sampai ke bahagian luar, Alhamdulillah...
Lepas tahiyyatul masjid, aku terus duduk tunggu khutbah. Khutbah hari ni pasal "Institusi kekeluargaan". Tajuk dah best. Aku tekun mendengar walaupun ada gangguan kebisingan budak2 berborak dekat bahagian belakang. Ni keburukan pasang aircond kot, sebb semua ruang tertutup. Bila ada yang berborak, dengar terus dalam lubang telinga :p 

Khatib adalah imam kedua masjid tersebut. Sebaris demi sebaris khutbah khatib aku dengar dan hadam. Mula2 khatib cite pasal gejala yang berlaku sekarang, seks bebas, seks rambang, seks sejenis dan macam2 lagi. Sampai la cite pasal pembuangan bayi, pembunuhan bayi dan kerosakan institusi kekeluargaan yang berlaku pada hari ni. Khatib sebut satu hadis nabi yang mengatakan bahawa kahwin itu adalah sunnah, sesiapa yang tidak berkahwin tidak mengikut sunnah nabi. Dari gaya bahasa dan baris2 khutbah tersebut, keasalahan itu ditujukan kepada golongan muda-mudi(mengikut kefahaman aku) dan aku yakin benar itu maksud isi kandungan khutbah tersebut.

Waktu tengan solat jumaat tu, fikiran aku melayang memikirkan khutbah jumaat tadi (comform tak khusyuk dah la..) Kenapa tak ada solusi kepada masalah yang disebutkan tadi?...Kan elok kalau disebutkan juga penyelesaiannya... 


Aku rasa la, lagi best kalau khatib tambah penyelesaiannya. Cube tgk satu persatu. Masalah seks bebas. Puncanya, kurang didikan agama dan kerana anak muda "tidak mahu berkahwin". Kurang didikan agama tu kemungkinan besar adalah salah ibu dan bapanya. Tapi ada kemungkinan juga berpunca dari diri remaja itu sendiri, dan memang ada pun. "Anak muda tidak mahu berkahwin" dan melepaskan nafsu dengan cara seks bebas. Pernyataan ini tidak begitu tepat. Bukan kerana remaja itu tidak mahu berkahwin, tapi terlalu banyak perkara yang "menyusahkan" perkahwinan. Ini realiti. Sebagai contoh, hantaran yang tinggi. Ini adalah realiti yang tidak boleh disangkal. Kadang2, perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan bertahun-tahun kerana bajet hantaran tidak mencukupi. 

Aku bukan suka-suka cakap, tapi hasil research daripada kawan-kawan yang dah kawen, memang ini la antara punca terbesar. (dasat kan?) :P Tapi kita kena ingat, bila kita nak buat perkara yang baik, InsyaAllah, Allah akan bantu :-)  

Untuk pengetahuan semua, Masjid ni antara masjid yang aktif dengan pelbagai ceramah agama. Bermula dari kuliah subuh hinggalah ke kuliah maghrib. Dan ustaz2nya mantap2 belaka :-) Hari Ahad pukul 10 hingga 12 tengahari ada kuliah Dhuna mengenai tasauf. Dan untuk tahun ni juga ada kursus haji bersiri secara percuma :-)

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"

Read More

Zarina Abdul Majid

Zarina Abdul Majid
Setiap wanita mengidamkan rumah tangga yang bahagia, tiada yang lebih bermakna melainkan satu ikatan suci dilangsungkan tanda kasih melayari bahtera hidup suami isteri.

Begitulah hati kecil pengantin perempuan tersenyum pada majlis perkahwinannya namun suasana damai dan harapan membina istana kasih pada hari itu berkecai dan disentak kerana namanya Zarinah binti Abdul Majid menjadi sasaran siasatan penguatkuasa Jais (Jabatan Agama Islam Selangor).


Ada apa pada nama? 

Nama Zarinah berada pada tempat yang salah dan pada masa yang salah di sisi JAIS kerana Zarinah yang namanya Islam tetapi melangsungkan perkahwinan secara agama dan adat Hindu dengan suaminya seorang penganut Hindu.

Siapa Zarinah binti Abdul Majid

Zarinah Abdul Majid di 'binti'kan kepada bapanya Abdul Majid. Nama asal bapanya S Mahendran yang berkahwin pada 1980 dengan ibu Zarinah bernama S Vasandamma. Kemudian bapanya memeluk Islam dengan memakai nama Abdul Majid sedangkan ibunya kekal pada agama asal, namun pada 1990, Abdul Majid menghilangkan diri meninggalkan keluarganya tetapi sempat menukar status anak-anaknya termasuk Zarinah dalam kad pengenalan mereka.

Setelah ditinggalkan bapanya, Zarinah membesar dengan nama Islam namun kekal mengamalkan agama Hindu bersama ibunya. Mereka tidak menyangka ia akan menjadi masalah besar pada satu hari yang diidamkan oleh setiap wanita, iaitu hari perkahwinan Zarinah.

Siapakah yang patut disalahkan dalam kes ini. Adakah Jais, Zarinah atau bapanya? Atau undang-undang? Dan dalam semua ini, bagaimana pula Islam dikaitkan?

Islam bukan yang disangkakan


Kes Zarinah perlu diberi keadilan dan perkara pertama yang perlu diperjelaskan ialah keislaman bapanya. Sebagaimana saya bergembira seseorang memilih Islam, saya juga bersedih kerana Islam agama saya diburukkan persepsinya oleh umatnya sendiri.

Islam tidak mengizinkan sama sekali kezaliman berlaku apatah lagi kepada anak dan isterinya. Walaupun anak-anak bawah umur perlu berada pada agama ibu atau ayahnya yang beragama Islam namun ia mesti dilakukan dengan penuh rahmat dan kasih sayang sehingga tidak menafikan hak dan kasih sayang ibu atau ayahnya yang belum memeluk Islam.

Begitu juga jika salah seorang pasangan memeluk Islam maka perkahwinannya dibatalkan jika salah seorang tetap kekal pada agama asalnya dan hendaklah dipisahkan. Itu hukumnya namun pelaksanaannya tidak mewajarkan ketidakadilan daripada sudut kasih sayang anak, ibu dan hak isteri atau suami yang dipisahkan.

Lebih utama ialah hak ibu atau bapanya yang masuk Islam mestilah mendidik anaknya dengan cara Islam yang betul tanpa menafikan kasih pada mana-mana ibu atau bapanya yang bukan Islam.

Menukarkan status anaknya kepada Islam dalam kad pengenalan kemudian meninggalkan mereka tanpa didikan yang sempurna adalah perbuatan yang tidak wajar dan ia bukanlah daripada ajaran Islam.

Di mana anda Abdul Majid?

Dalam kes Abdul Majid kita tiada maklumat bagaimana dia melakukannya tetapi yang pasti ia melakukan sesuatu yang tidak pernah diajar oleh Islam, iaitu membiarkan keluarganya tanpa pembelaan malah dengan mewariskan masalah besar kepada anaknya.

Jelasnya, Zarinah mendakwa bapanya terus menghilang dan masalahnya juga ialah pendaftaran perkahwinannya tidak dapat dilakukan dengan cara sivil kerana Zarinah seorang Muslimah secara rasmi tetapi seorang Hindu daripada segi amalannya.

Dilema perundangan

Mimpi ngeri Zarinah boleh juga dirujuk kepada undang-undang yang sedia ada dan ia terbukti selama ini Zarinah berusaha menyelesaikan masalah namanya dalam kad pengenalan namun gagal kerana ia membabitkan dua pihak yang masing-masing tidak mahu mengambil tanggungjawab iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Mahkamah Syariah.

JPN tidak mahu menukar namanya sehingga Mahkamah Syariah mengisytiharkan dirinya keluar Islam. Walaupun demikian sebagai rekod, ada satu kes Mahkamah Syariah berpihak kepada plaintif yang memohon keluar daripada agama Islam iaitu, kes Siti Fatimah Abdullah atau nama asalnya Tan Ean Huang lwn Maipp (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) pada 2008.

Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mendapati plaintif tidak mengamalkan Islam sejak ditinggalkan suaminya seorang Muslim dari Iran. Fatimah Tan memeluk Islam pada 1998 dan berkahwin sebagai seorang Islam pada 2004.

Asas penghakiman dibuat kerana beliau tidak lagi mengamalkan Islam, namun Mahkamah menolak tuntutan plaintif untuk mengarahkan namanya ditukar kerana ia bukan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Peguam Ahmad Jailani Abdul Ghani mencatat satu sejarah buat pertama kalinya permohonan murtad diizinkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah. Adapun kes melibatkan seorang yang sudah mati iaitu kes Nyonya Tahir yang selama hidupnya 80 tahun sebelum meninggal dunia tidak mengamalkan Islam, diisytiharkan Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2006 sebagai keluar Islam.

Dilemanya ialah dalam keadaan seorang Muslim dibiarkan tanpa pembelaan oleh orang yang bertanggungjawab lalu hidup dengan amalan agama lain, siapakah yang harus dipersalahkan?

Dalam kes Zarinah, di manakah bapanya? Sanggupkah bapanya melihat anaknya menderita terperangkap dalam dilema undang-undang apabila hilang begitu sahaja? Apa halnya keadaan Zarinah yang sejak 20 tahun lampau tidak pernah mengamalkan Islam dan hanya kenal agama Hindu dalam hidup dewasanya, lalu tiba-tiba muncul penguatkuasa agama Islam menghalang perkahwinannya hanya kerana namanya?

Di mana JAIS selama Zarinah membesar cuba menyelamatkan agama Islamnya seperti tertera dalam kad pengenalannya?

Nasib Zarinah


Zarinah perlu diberi pembelaan, Islam adalah agama rahmat pembela kepada yang mahukan keadilan tanpa mengira kulit, warna mahupun agamanya. Jalan terbaik adalah menyatakan apakah sikap Islam pada bapa yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anak yang ditukarkan status agamanya kepada Islam.

Sebelum anaknya Zarinah didakwa kerana berkahwin dengan cara yang salah berpandukan pada nama Islamnya, bapanya Abdul Majid perlu tampil ke hadapan untuk menjawab mengapa dia gagal membentuk anaknya sebagai seorang Muslim setelah menukarkan status anaknya tetapi sebaliknya mengabaikan mereka pula.

Kedua, Zarinah mesti mendapat pembelaan di Mahkamah Syariah dengan memohon menetapkan status agama Islamnya berpandukan kepada ia sudah tidak beramal dengan Islam lagi. Zarinah memerlukan satu jawapan dalam kerangka perundangan yang ada untuk menentukan masa depannya.

Jika tidak, undang-undang negara ini akan dilihat menzalimi hak seorang rakyatnya menentukan masa depan depannya termasuk mendirikan rumah tangga dan menjadi rakyat yang setia kepada negara ini.

Ketiga, isu murtad mesti dibezakan antara yang asal Islam dan yang memeluk Islam kerana berkahwin atau namanya dan status agamanya ditukar menjadi Islam sedangkan dia beramal dengan agama lain.

Pilihan terbaik untuk menerima Islam ialah dengan pilihan sendiri atas kesedaran sendiri dan kerana keyakinan sendiri sebab Islam terbina atas 'tiada paksaan'. Memelihara kaedah agung Islam ini lebih utama daripada menjaga sensitiviti atau sentimen kerana Islam tidak terbina atas menyiksa mana-mana pihak tetapi Islam wajib memberi keadilan dengan kaedah dan prinsip yang ditetapkan.

Persoalan dalam artikel ini amat penting dilihat dengan sikap terbuka kerana ramai lagi 'Zarinah' di luar sana yang memerlukan jawapan.  – 5 Jun, 2014.


http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kisah-zarinah-abdul-majid-dr-mujahid-yusof-rawa

Read More

Aircond..

Aircond..
Alhamdulillah, siap sebijik ekon dipasang kat bilik study rumah ibu dan ayahku :-) Ekon yang terpilih ialah Panasonic Inverter 1.5HP. Cukup untuk menyejukkan bilik study yang agak besar. Petang semalam gi survey, hari ni pasang. 
Ni lah rupenye cik ekon tersebut. Cuma cina tu pasang senget beberapa darjah, hampeh betol :p Harga RM1880. Wiring dari main suiz kat depan rumah terus ke ekon nih, charge RM180. Apa2 pun, syukur Alhamdulillah.. :-)

Read More