Bismillahirrahmanirrahim...

Segala puji bagi Allah pemilik sekelian alam. Segala syukur hanya untuknya di langit dan di bumi. Tiada yang wujud di dunia ini melainkan  dengan izinNya. Tiada apa yang berlaku di langit dan di bumi melainkan dengan izinNya. Qada dan qadar itu pasti berlaku dan setiap yang berlaku itu terkandung hikmah yang tersurat atau yang tersirat. 

Alhamdulillah, diberi ruang dan kesempatan untuk mewujudkan blog yang serba "simple' ini setelah 3 hari mencari template yang sesuai, begitu juga dengan nama yang terpilih ini, Alhamdulillah. 

Tiada harapan untuk mencari populariti, hanya ingin berkongsi apa yang difikiran dan di hati. Teringat kata-kata seorang dai'e, Ustaz Abdullah Azam, "bila kita dah tahu, kita kene bagi orang lain tahu jugak, tu la agama".

Dengan hanya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Syariah & undang-undang sebenarnya tidak membawa apa-apa erti kalau tidak dikongsi dan dipraktikkan. Dan yang lebih indah adalah apabila dikongsi bersama. Kata orang putih "sharing is caring" Tapi dalam agama kita, bila kita belajar, kita kena ajar orang lain jugak. Sebab tu Nabi Muhammad lantik sahabat-sahabatnya yang sudah "garduated" belajar dengannya untuk mengajar orang lain. Ada juga yang dihantar ke sekitar Mekah dan Madinah untuk meyebarkan lagi ilmu dan ajaran Islam. Sehinggalah orang Islam menzahirkan manifestasi pengamalan ilmu meraka dengan kejayaan menakluk sepertiga dunia, MasyaAllah. Dan umat Islam pada hari ni terus menerus mengimbau sejarah agung tersebut...cumanya...kita sedikit lupa untuk melakar kembali sejarah tersebut untuk dijadikan sejarah pada masa akan datang. 

Jangan pula kita lupa bahawa apa yang berlaku adalah Sunnatullah dan mempunyai kitaran pusingannya yang tersendiri. Hidup ibarat roda, terkadang di atas terkadang di bawah, tidak akan selalu terbang di atas dan tidak akan selalu terdampar di bawah.

Menelusuri perjalanan hidup para anbia dan mursalin, dapat diperhatikan bahawa manusia tidak akan pernah lekang daripada melakukan sebarang kesalahan. Bezanya dengan kita, kesilapan para nabi dan rasul tidak sampai martabat maksiat kepada Allah seperti kesalahan yang kita lakukan. Kesalahan mereka adalah demi untuk mengajar dan memberi pengajaran kepada umatnya. Itulah antara tujuan Allah memilih nabi dan rasul dari kalangan manusia. Allah tidak memilih nabi dan rasul dari kalangan malaikat. Allah nak manusia berfikir, mengkaji, menganalisa dan barulah membuat pentafsiran.     


Dengan satu niat yang jelas dan nyata, saya ingin berkongsi segala sesuatu yang bermanafaat yang saya yakin akan terjadi kerana Allah sentiasa mentarbiyah hambaNya dengan penuh berhikmah. Ya Allah, redhailah perkongsian ini dan rahmatilah sang penulis dan pembacanya..amin ya Rabbal A'lamin.

p/s: Teringat kata-kata Dr. Asri "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat