ABPBH 2014



Melayan isteri tengok abpbh, kalau tak teman nanti majok :p Alhamdulillah, dah habis dah :P 

Best tengok orang naik pentas amik hadiah. Berbaloi dengan usaha mereka dalam dunia seni negara. Lagi-lagi yang masih muda dalam industri ni, memang nampak lebih excited dari yang dah lama dan veteren. Berusaha dan berjaya sangat dituntut oleh Nabi Muhammad. Sampai Nabi Kata "man jadda wajada", maksudnya sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.

Bukan nak kata atau mengata atau yang seumpama dengannya...kalau perasan la, ada antara artis-artis yang ucap "Alhamdulillah" "syukur kepada Allah" "Segala puji bagi Allah" waktu mereka berucap selepas terima hadiah. Teringat kata-kata Uztaz Kazim Elias, "tiada kesyukuran atas perkara maksiat". Ustaz Kazim Huraikan bahawa adalah satu kesalahan seperti yang dilakukan oleh artis-artis apabila mengucapkan Alhamdulillah dan yang seumpama dengannya atas sebab mendapat anugerah hasil usaha mereka menyanyi dan berlakon. "hasil usaha" yang dimaksudkan oleh beliau ialah hasil usaha yang tidak berteraskan Islamik dan lebih kepada melalaikan dan perkara yang sia-sia.

Kadang-kadang kesian pun ada, nak marah pun ada..tapi "sunnah" gelagat manusia akhir zaman dah macam ni. Astagfirullah..lahaula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim. Moga Allah beri hidayah kepada meraka dan kita, amin.

Satu pemikiran yang agak skeptikal sekiranya ada yang mengatakan bahawa itu adalah periuk nasi para artis. Tidak menjadi isu sekiranya artis-srtis itu bukan Islam. Untuk rekod, kebanyakkan Rancangan TV berbayar dan TV percuma menyiarkan rancangan berunsur Islamik untuk memberi kesedaran agama kepada umat Islam. Disebutkan disini, Al-Kulliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam, Bismillah, Imam Muda, Pencetus Ummah, Tanyalah Ustaz, 3 Ustazah, Oasis, TV al-hijrah dan banyak lagi. Semuanya disiarkan dengan cara yang boleh dikatakan sebagai "catchy" dan menarik. Perlu lagikah ada alasan untuk tidak menonton? Tidak dinafikan, penyampaian kuliah agama secara konvensional seperti para ustaz yang veteran kurang disukai oleh pendengar. Mungkin glongan veteran yang hanya menjiwai penyampain sebegitu. Tak mengapalah, itu citarasa mereka. Bagi kita yang masih boleh dilabelkan sebagai "jiwa muda", kita ada personaliti agama yang boleh memenuhi kemahuan "kontemporari" jiwa kita. Umpamanya Ustaz Kazim, Ustaz Azhar, Ustaz Badlishah, Ustaz Asri dan lain-lain lagi. 
Satu alasan yang tidak munasabah sekiranya memberikan alasan "tidak sempat ke masjid" untuk tidak mendengar kuliah agama. Tidak menjadi kesalahan untuk menonton di ceramah atau rancangan agama di TV. Juga di corong radio, IKIM.fm. Nabi Muhammad pernah bersabda, maksudnya: "Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang mendengar ilmu(majlis ilmu), atau orang yang suka kepada orang-orang yang berilmu.."

Memang benar, mendengar kuliah agama di TV dan radio tidak sama dengan menghadiri dan duduk dalam kuliah agama tersebut. Tetapi sekurang-kurang kita menjadi orang ketiga yang disebutkan oleh Nabi, iaitu "orang yang mendengar ilmu". Kata orang2 tua, tiada rotan akar pun berguna. 

Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita dan perbaiki apa yang kureng. Sekali lagi diulang, tiada kesyukuran atas kemaksiatan. Hati2 dalam mengucapkan syukur. Sesutau yang kita dapat tidak semestinya Allah redha, mungkin Allah hanya izinkan :-)

p/s: Memberilah selagi kita masih hidup. Mengingatkan dan memberi peringtan juga satu pemberian. "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)
 

Kita membina hidup dengan apa yang yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri.

Pendapat