Susah, apa nak buat?

Susah, apa nak buat?
Sedang menunggu isteri "tasmi'" dengan ustazah dia. Duduk bersandar di balkoni Surau As-Syakirin, Taman Baiduri, Cheras. Pagi tadi isteri dah pesan, tak perlu teman pegi tasmi', tapi aku tak sampai hati nak bagi dia pergi sorang-sorang, selalu ada risau di hati kalau dia pergi sorang-sorang, takut orang langgar kete la, takut dia tertidur waktu drive la, takut dia tak pandai isi minyak la...hehehe :p

Teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz satu ketika dulu. Kisah mengenai Imam Ahmad bin Hanbal, salah seorang daripada imam mazhab empat yang masyhur. Dikatakan juga bahawa beliau adalah orang yang dikurniakan Allah dengan ingatan yang sangat kuat sehingga dihikayatkan beliau menghafaz 1 juta hadis. Tidak hairanlah seperti yang kita lihat sekarang, kitab "Musnad Imam Ahmad" berjilid2 banyaknya.

Dihikayatkan daripada hikayat-hikayat yang sohih bahawa Imam Ahmad sering mengingatkan orang ramai khususnya pada mereka yang menghadiri kuliahnya untuk sentiasa beristighfar, lebih2 lagi ketika menghadapi kesusahan atau ujian dari Allah. Pernah ada orang bertanya kepada Imam Ahmad "wahai tuan guru, rezekiku sempit, selalu tidak cukup, apa harus aku lakukan", "wahai tuan guru, anakku degil dan nakal, apa yang ahrus aku lakukan?", "wahai tuab guru, isteriku degil, apa yang harus aku lakukan?", "wahai tuan guru, suamiku selalu memarahiku, apa yang perlu aku lakukan?", "wahai tuan guru, perniagaanku tidak maju, apa yang harus aku lakukan?"...Jawab Iman Ahmad, "beristighfarlah"...
Kisah Imam Ahmad ini telah tersebar ke seluruh pelusuk dan ceruk tempat pada waktu itu. Dikisahkan pada suatu masa, Imam Ahmad telah pergi ke suatu tempat yang agak jauh untuk menyampaikan dakwahnya. Dalam perjalanan pulang, beliau telah menempuh waktu musim sejuk yang agak sukar. Keadaan telah memaksanya untuk berhenti berehat di sebuah masjid. Persinggahannya itu diniatkan untuk berehat sebentar menghilangkan penat memandangkan perjalanan ke destinasinya masih lagi jauh. Beliau melangkah masuk ke dalam masjid lalu solat dua rakaat. Seusai memberi salam, beliau merebahkan badan ke lantai masjid, terasa sungguh lega..
Tiba-tiba, datang penjaga masjid tersebut dan terus memarahi Imam Ahmad. Katanya "engkau tidak boleh tidur di dalam masjid ini, ini tempat ibadat!". Maklumlah, di zaman tersebut masih tidak ada TV, radio dan internat seperti zaman sekarang. Walaupun nama Imam Ahmad masyhur, tetapi ramai yang tidak mengenali wajahnya. Jawab Imam Ahmad "Izinkan aku tidur sebentar untuk menghilangkan lelah. Aku dalam perjalan pulang ke kampung halamanku yang masih jauh". Penjaga masjid itu tidak menghiraukan permintaan Imam Ahmad dan menyuruhnya beredar dari masjid. Imam Ahmad akur dan berlalu keluar. Beliau duduk di serambi masjid. Tatkala melihat perbuatan Imam Ahmad, penjaga masjid tadi seraya berkata "Di sini pun tak boleh tidur, ini masih lagi kawasan masjid!". Dengan penuh hampa Imam Ahmad berlalu pun melangkah pergi. Dalam kehampaan, beliau disapa oleh seorang tua, "Wahai orang muda, datanglah berehat di rumahku, rumahku agak panas kerana aku seorang pembuat roti". Seperti menyorong bantal kepada orang yang mengantuk, Imam Ahmad mengikuti orang tua itu ke rumahnya...
Ketika sedang berehat, mata Imam Ahmad memerhati gerak geri orang tua tadi yang sedang menguli tepung untuk dibuat roti. Beliau memerhati dan mengamati gerak geri orang tua tersebut. Setelah berkali-kali memerhari, maka Imam Ahmad pun bertanya "wahai orang tua, apa yang kau ucapkan setiap kali engkau menguli tepung tadi?" Jawab orang tua tersebut "aku beristighfar". Imam Ahmad berasa takjub. Terus dilemparkan soalan kedua "Apa yang engkau dapat dengan amalan istighfar engkau ini wahai orang tua?" Jawabnya "Semenjak aku mengamalkan istighfar ini, Allah akan terus memakbulkan keinginanku tanpa sempat aku mengangkat tangan dan berdoa memohonnya". Tanya Imam Ahmad lagi dengan penuh rasa takjub "Wahai orang tua, ada tak apa-apa keinginan engkau yang Allah masih belum kabulkan?" Jawab orang tua "Hanya satu sahaja yang Allah masih belum kabulkan dan aku tetap menunggu" Tanya Imam Ahmad " Apakah keinginanmu itu?" Jawab orang tua " Aku ingin sangat bertemu dengan seseorang yang sudah lama aku kenal namanya, hanya wajahnya sahaja yang tidak ku kenali. Untuk pergi bertemu dengannya adalah mustahil bagiku kerana umurku sudah meningkat tua dan tenagaku kurang" Imam Ahmad terus memanjatkan beribu-beribu kesyukuran kepada Allah di dalam hatinya. Hari ini Allah menunjukkan suatu bukti amalan istighfar padanya. Hatinya terus menerus memanjatkan kesyukuran. Kata Imam Ahmad "Wahai orang tua, akulah Imam Ahmad" Orang tua itu terkejut dan terus memeluk Imam Ahmad.

Begitulah antara kelebihan istighfar seperti yang di gambarkan oleh Imam Ahmad. Tiba2 aku terdengar nama aku dipanggil. Tercari-cari..rupanya isteri aku dah selesai tasmi'. Ok, time to balik rumah :-) Timing yang tepat :p

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"





Read More

Demi Cadbury...

Demi Cadbury...
Kalau padang dari satu dimensi lain, cadbury memang telah berjaya membawa brand dan produknya ke serata dunia. Satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Cumanya, baru-baru ni, ada cadbury yang dihasilkan di Malaysia dan tertepek logo HALAL JAKIM telah disahkan mengandungi DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan. Seperti biasalah, perkara ni terus menjadi viral di laman sosial dan sehinggalah pihak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan perkara tersebut, amat mengecewakan...

Apa yang menariknya, orang-orang kita sangat sensetif dengan perkara "babi" ini. Serius sungguh sensetifnya. Tapi dalam bab lain, macam tinggal solat, tak pegi solat jumaat, tak jaga aurat, tak pulak "dibanteras" macam membanteras isu babi ni..hmm..

aku nak kongsikan seswatu yang di share dari sebuah blog. Agak menarik...boleh dikategorikan sebagai orang yang "pandai-pandai", bukan pandai. Tgk SS dibawah:




 
http://www.networkedblogs.com/Xby4R



Persoalan pertama, nak salahkan siapa? Mak ayah dia? abang dia? kakak dia? cikgu2 dia?...Nauzubillahimin zalik..

Kalau ye pun nak pertahankan feberet dia pada coklat cadbury, janganlah sampai "mambantai" hukum. Tak salah nak bercakap tentang hukum, tapi jangan buat hukum sendiri. Dik oi, boleh jatuh kafir kalau hang kata benda yang Allah kata haram tu halal. Beringat sebelum berkata. Allah dah ajar kita, kalau tak tahu, bertanyalah pada orang yang tahu, bukannya buat-buat tahu. Kalau kita bukan "ahli" dalam sesuatu perkara, jangan buat2 tahu.

Pernah satu ketika dulu, seorang selebriti tv yang mempunyai sebuah kedai kek. Dia diminta oleh wartawan media untuk memberi komen tengtang HUDUD. Lalu dia memberikan "komen" sebagai seorang yang tidak berpengetahuan mengenai HUDUD. Apa yang terjadi, pelanggan telah memboikot kedai keknya dan dia terpaksa meminta maaf secara terbuka di media. 

Allah, kalau Dia nak bagi balasan kepada seseorang, tak ada sesiapa yang boleh halang DIa. Ingatlah, kita ini Allah yang cipta, Dia engineer yang cipta manusia, Dia lebih tahu apa yang terbaik kepada kita. Kalau kita di dunia, Kereta BMW, engineer dari negara German yang cipta. Jadi, cara nak pandu dan guna semua fungsi dalam kereta tu kenalah ikut "manual" yang engineer German sediakan. Sama juga macam kita manusia, Allah cipta manusia, dan Allah dah sediakan "manual" untuk kita. Manual tu adalah AL-QURAN. Jadi, why should kita tak ikut?? 

Kalau kita beli kereta baru, sungguh2 kita baca manual kereta tu. Sangat berhati2 dan sangat menjaga kereta baru tersebut. Jaga servis, jaga balancing, basuh selalu, polish body dan tayar dan mcam2 lagi. Begitu juga Allah, Allah dah sediakan manual untuk kita jaga tubuh badan dan fikiran pinjaman Allah ini dengan sebaiknya. Tapi ramai yang tak nak ikut, nak buat peraturan dan undang-undang sendiri jugak...

Berbalik kepada coklat cadbury tadi, kenapa jadi sebegitu teruk kata-katanya? Mungkin cara didikan dari ibu dan bapanya kurang betul. Kebanyakan ibu bapa pada zaman sekarang lebih mementingkan akademik daripada agama. Hasilnya, anak tersebut hanya bijak dan pandai dalam akademik, tetapi jahil di dalam agama, tapi buat-buat pandai dalam agama. Walhal, Rasulullah dan pesan, lebihkan akhiratmu tanpa melupakan dunia. Tapi kita, lebihkan dunia dan tak fikir akhirat. Benarlah, Rasulullah pernah berpesan. "umatku di akhir zaman akan ditimpa dengan sejenis penyakit, iaitu AL-WAHNU. Lalu sahabat bertanya, apakah AL-WAHNU itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab "AL-WAHNU itu ialah cintakan dunia dan takutkan mati"

Aku takut, aku risau. Aku bimbang negaraku di masa akan datang tidak dipimpin oleh orang yang layak memimpin. Kerana masa depan sesuatu bangsa dan negara itu di nilai pada pemuda dan pemudinya di masa kini. Ya Allah..ampunkanlah kami ya Allah...

p/s: "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri"


Read More

Semak status HALAL secara Online dan SMS

Semak status HALAL secara Online dan SMS
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, isu makanan HALAL dan HARAM terus mencengkam kehidupan umat Islam. Keadaan ini berlaku kerana Umat Islam Malaysia tak mampu menyediakan kemudahan yang cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti makan proses, bahan makanan sehinggalah kedai makan.






















Pengusaha Muslim bukan tak ada tetapi agak lambat bergerak mengikut peredaran masa lihat sahaja kedai makan orang Melayu ada yang tak berubah sejak berpuluh tahun sedangkan kedai makan MAMAK dah lama upgrade ala Bistro manakala kedai kopi CINA dah naik taraf jadi KOPITIAM. Kita umat Islam hanya pandai marah JAKIM atau marah pengusaha Kopitiam apabila dapat tahu Kopitiam tertentu tak ada sijil HALAL JAKIM. Kan KOPITIAM tu untuk orang Cina jadi kalau ada yang minta sijil HALAL JAKIM tu kira bonuslah untuk orang Islam.

Kita mesti rajin memeriksa status HALAL dan HARAM dengan berbagai kemudahan semakan ONLINE dan SMS yang ada dan jangan harap KERAJAAN nak suap depan mata sahaja.

Semakan status HALAL online.
1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM
3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM
4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM
 
Semakan status HALAL SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:

Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.

Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.

Semoga perkongsian sedikit maklumat oleh membantu umat Islam Malaysia. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.

http://denaihati.com/semak-status-halal-secara-online-dan-sms

Read More

Preve oh preve...

Preve oh preve...
10 bulan lepas aku mula memandu kereta global pertama Malaysia ni. Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga dapat drive kereta global buatan tempatan ni. Dari segi design kereta ni, memang aku suka. Bagi aku design preve ni lebih menyerlah dari kereta proton yang lain. Dimensi body pon lebih lebar dan besar.Kalau ada yang pernah testdrive, bunyi hempasan pintu dia dah macam kete mewah. Multi function digital screen sangat memuaskan. Follow me home light antara function yang tak pernah ada pada mana-mana kereta proton. Cuma lampu tu guna mentol konvensional T20, terlalu terang. aku tukar dengan LED T20, comei sket nampak :-) Dome light pun dah tukar LED warna putih. Trunk pun LED warna putih jugak :p Yang best jugak, lampu depan dan belakang ada LED stripe :-)

Sebenarnya...apa yang aku nak cite ialah "keterlepasan pandang" engineer proton atau bahagian QC proton. Mungkin mereka tak perasan atau tak tahu langsung(mungkin kot). 7 bulan pertama, disc brake tayar depan sebelah kanan disahkan bengkok oleh Pusat Servis Proton. Dari hari mula amik dari showroom lagi dah prasan, bila brek, bunyi macam langgar zebra line. Ingatkan sebb brek baru, rupanya brek bengkok :p 5 Bulan sebelum tu, enjin terkena demam "jerking". Bawak gi pusat servis proton, katanya kene remap@reflash ECU. Tapi lepas reflash masih sama jugak. Last2, try guna petua kengkawan yang dah pakai preve, tukar carbon air filter dan guna Iridium spark plug. Alhamdulillah, berkurang jerking tu. 

Bulan ke 9, head light bulb sebelah kiri blow. Masa pegi pusat servis proton, alasan yang diberikan ialah "bulb ni wear and tera part" tiada waranti. Jadi, kena la keluarkan Rm19.90 untuk sebijik mentol tu. Sabarlah duhai hati...

Bulan ke 10, ni yang latest. Yang ni aku amik gambar, sebb aku D.I.Y je. Tak larat dah nak tunggu pomen at servis center proton :p Satu petang, aku buka bonet belakang nak kuarkan barang. Masa lengan kiri bersentuh dengan bahagian bonet sebelah kiri, ad rasa macam basah2. Pelik jugak. Barang2 dalam bonet tu tak de pula yang berair. Jadi aku bukak la carpet yang menutup bahagain lampu belakang, terkejut aku, ada air bertakung! Terus aku lap, takot terkena wayar2 yang ada kat situ.
Anak panah merah tu la tempat air bertakung. Lama aku cuba cari mana datang air tu. Pelik. Pastu terasa nak buat eskperimen. Petang esoknya hujan. Aku check dan memang sah ada air, comform air tu adalah air hujan. Lusanya pun hujan lagi, check lagi, sah ada air lagi. Last2, kuar idea untuk doublekan getah hitam tu.Yang hitam tu macam span sket. Dengan penuh susah payah akhirnya seketol set lampu tu berjaya dikeluarkan :p Ada satu pencangkuk yang memang kita tak perasan kalau first time cuba buka :p
Tadaaa!! ni la rupa sebelah luar setelah dibuka. Nampak tak kekotoran yang hitam2 tu? Air meresap dari situ ler dan masuk ke dalam. My first theory, span hitam tu tak dipasang ketat atau mungkin ada lekukan pada body kereta yang menyebabkan air dapat masuk.
Ni la rupa sebelah dalam. Simple je kan? macam sekeping besi je kan :P Nak buka lampu ni je da amik masa 40 minit. Maklumla, buat dengan penuh lemah lembut, sebab first time bukak :P
Set lampu belakang sebelah kanan preve :-) Nampak tak lapisan warna hitam tu? tu la span hitam yang aku maksudkan tadi. Next step, mengukur dan menggunting foam supaya sama bentuk dengan span hitam tu. Cumanya span aku warna biru :p tak jumpe warna hitam.
Jejengggg! Next...aku gunting dengan penuh cermat bagai menatang minyak yang dah melimpah sket2 :p
Siap! Aku cuba pasang balik, dah ok dah, dah skru dah semua. Tetibe kene buat "pembedahan" kecil sebab tak fit. hadoi :P Pastu pasang balik, Alhamdulillah...fit and nice :-)
Alhamdulillah wasyukru lillah...siap walaupun "pembedahan" tadi tak bape kemas. Nak cepat sebab dah pukul 7 petang, nak maghrib dah :p Lepas tu eksperimen diteruskan, 3 kali hujan, tiada takungan air atau kesan basah atau lembab. Terima kasih Ya Allah... :-)

p/s: Sekadar nak kongsi, bagi aku, benda yang tak ada kene mengena dengan waranti ni, aku cadangkan kita wat sendiri. Masalah yang slalu aku hadapi dengan pust servis proton ialah...kelambatan menunggu giliran! :p
Semoga bermanfaat."kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)
 

Read More

ABPBH 2014

ABPBH 2014


Melayan isteri tengok abpbh, kalau tak teman nanti majok :p Alhamdulillah, dah habis dah :P 

Best tengok orang naik pentas amik hadiah. Berbaloi dengan usaha mereka dalam dunia seni negara. Lagi-lagi yang masih muda dalam industri ni, memang nampak lebih excited dari yang dah lama dan veteren. Berusaha dan berjaya sangat dituntut oleh Nabi Muhammad. Sampai Nabi Kata "man jadda wajada", maksudnya sesiapa yang berusaha dia akan berjaya.

Bukan nak kata atau mengata atau yang seumpama dengannya...kalau perasan la, ada antara artis-artis yang ucap "Alhamdulillah" "syukur kepada Allah" "Segala puji bagi Allah" waktu mereka berucap selepas terima hadiah. Teringat kata-kata Uztaz Kazim Elias, "tiada kesyukuran atas perkara maksiat". Ustaz Kazim Huraikan bahawa adalah satu kesalahan seperti yang dilakukan oleh artis-artis apabila mengucapkan Alhamdulillah dan yang seumpama dengannya atas sebab mendapat anugerah hasil usaha mereka menyanyi dan berlakon. "hasil usaha" yang dimaksudkan oleh beliau ialah hasil usaha yang tidak berteraskan Islamik dan lebih kepada melalaikan dan perkara yang sia-sia.

Kadang-kadang kesian pun ada, nak marah pun ada..tapi "sunnah" gelagat manusia akhir zaman dah macam ni. Astagfirullah..lahaula wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim. Moga Allah beri hidayah kepada meraka dan kita, amin.

Satu pemikiran yang agak skeptikal sekiranya ada yang mengatakan bahawa itu adalah periuk nasi para artis. Tidak menjadi isu sekiranya artis-srtis itu bukan Islam. Untuk rekod, kebanyakkan Rancangan TV berbayar dan TV percuma menyiarkan rancangan berunsur Islamik untuk memberi kesedaran agama kepada umat Islam. Disebutkan disini, Al-Kulliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam, Bismillah, Imam Muda, Pencetus Ummah, Tanyalah Ustaz, 3 Ustazah, Oasis, TV al-hijrah dan banyak lagi. Semuanya disiarkan dengan cara yang boleh dikatakan sebagai "catchy" dan menarik. Perlu lagikah ada alasan untuk tidak menonton? Tidak dinafikan, penyampaian kuliah agama secara konvensional seperti para ustaz yang veteran kurang disukai oleh pendengar. Mungkin glongan veteran yang hanya menjiwai penyampain sebegitu. Tak mengapalah, itu citarasa mereka. Bagi kita yang masih boleh dilabelkan sebagai "jiwa muda", kita ada personaliti agama yang boleh memenuhi kemahuan "kontemporari" jiwa kita. Umpamanya Ustaz Kazim, Ustaz Azhar, Ustaz Badlishah, Ustaz Asri dan lain-lain lagi. 
Satu alasan yang tidak munasabah sekiranya memberikan alasan "tidak sempat ke masjid" untuk tidak mendengar kuliah agama. Tidak menjadi kesalahan untuk menonton di ceramah atau rancangan agama di TV. Juga di corong radio, IKIM.fm. Nabi Muhammad pernah bersabda, maksudnya: "Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang menuntut ilmu, atau orang mendengar ilmu(majlis ilmu), atau orang yang suka kepada orang-orang yang berilmu.."

Memang benar, mendengar kuliah agama di TV dan radio tidak sama dengan menghadiri dan duduk dalam kuliah agama tersebut. Tetapi sekurang-kurang kita menjadi orang ketiga yang disebutkan oleh Nabi, iaitu "orang yang mendengar ilmu". Kata orang2 tua, tiada rotan akar pun berguna. 

Jadi, sama-samalah kita muhasabah diri kita dan perbaiki apa yang kureng. Sekali lagi diulang, tiada kesyukuran atas kemaksiatan. Hati2 dalam mengucapkan syukur. Sesutau yang kita dapat tidak semestinya Allah redha, mungkin Allah hanya izinkan :-)

p/s: Memberilah selagi kita masih hidup. Mengingatkan dan memberi peringtan juga satu pemberian. "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)
 
Read More

Apa tu DOMAIN?

Apa tu DOMAIN?
Mungkin dulu orang akan pelik kalau dengar istilah "domain name" atau "nama domain", tapi sekarang boleh dikatakan bahawa istilah ini sudah diketahui oleh majoriti masyarakat kita. Dulu-dulu kita slalu dengar orang kata "dot com" dan "dot com dot mai". Dua istilah ini merujuk kepada [.com] dan [.com.my]. 

Domain name ialah sesuatu perkataan sebelum "extension". Juga femes dengan panggilan "URL". Contoh nama domian ialah:
LAKARANMINDA: nama domain
.COM: extension


Read More

Ubuntu: Open Source Operating System (OS)

Ubuntu: Open Source Operating System (OS)
Pernah dengar Ubuntu? Pernah guna Ubuntu OS? Hari ni saya nak kongsi sket pasal Ubuntu ni. Secara mudahnya, Ubuntu ni hampir nak sama macam Windows. Dalam dunia Windows, banyak variasi yang dah kita jumpa. Contoh Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows 2000, Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan terkini Windows 8. Ini adalah variasi yang biasa kita jumpa. Banyk lagi windows yang tak berapa popular didengari tapi popular digunakan, contohnya Windows Embedded yang digunakan pada mesin ATM. Mungkin kita tgk skrin kat mesin ATM tu simple je, tapi sebenarnya menggunakan Windows :-) Kalau korang dapat tak mesin ATM yang rosak, mungkin orang dapat tgk logo Windows kat skrin mesin ATM tu :-)
 
Ok, berbalik pada Ubuntu, apa yang membezakannya dengan Windows ialah tahap "keterbukaannya" atau dalam dunia internet disebut "Open Source". Open Source secara amnya bermaksud:
Dengan kata lain, kod sumber kepada perisian ini bebas untuk diubah dan digunakan oleh sesiapa dan untuk pelbagai tujuan. Berbeza dengan Windows, kebanyakkan produknya "dilesenkan". Sebab tu la setiap kali kita nak install Windows, kena masukkan "serial number". Dan serial number tu pula perlu dibeli. Kebiasaannya serial number dibekalkan sewaktu kita membeli sesuatu perisian. Ubuntu disebarkan secara percuma di web rasminya www.ubuntu.com
 
Ubuntu Operating System (OS) tersebut berkapasiti kurang 1GB dan didatangkan dalam 2 versi, 32 bit dan 64 bit. Juga disediakan versi 64 bit untuk Macintosh. Versi Ubuntu terkini sewaktu artikel ini ditaip ialah 14.04 LTS (Long Term Support). LTS untuk versi ini akan diteruskan sehingga April 2019. Ubuntu boleh diupdate melalui console update yang telah terbina di dalamnya, Update Manager:
 

Perlu difahami bahawa software di dalam Ubuntu adalah berlainan dengan Windows. Seperti office yang menggunakan Open Office. Open Office mempunyai fungsi yang agak berlainan sedikit dengan Microsoft Office keluaran Windows. Sedikit masa diperlukan untuk membiasakan kita menggunakannya.

















Pernah menjadi isu di media internet suatu ketika dulu, seseorang yang berkepentingan dalam Ubuntu mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan terus membangunkan dan mempromosikan Ubuntu sebagai Open Source Operating System untuk memboikot monopoli Windows terhadap Pasaran OS. Katanya lagi, perisian adalah sesuatu yang perlu dirasai oleh semua orang secara percuma. 

Mengikut perkembangan Ubuntu sehingga sekarang, Ubuntu boleh dikatakan berjaya dengan misi dan visinya itu. Sehingga sekarang, dapat dilihat Ubuntu telah berjaya membawa perisian mereka sehingga menjadi perisian telefon pintar seperti android.


















Ubuntu juga telah melebarkan sayapnya dengan membangunkan perisian yang dibenamkan atau embedded di dalam Tablet dan Juga TV. Perkembangan ini dilihat sebagai suatu perkembangan yang positif dan dijangkakan dapat menyaingi perisian Android yang diaplikasikan terhadap peranti mudah alih.

Akhirnya, ingatlah "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)

Read More

Bismillahirrahmanirrahim...

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puji bagi Allah pemilik sekelian alam. Segala syukur hanya untuknya di langit dan di bumi. Tiada yang wujud di dunia ini melainkan  dengan izinNya. Tiada apa yang berlaku di langit dan di bumi melainkan dengan izinNya. Qada dan qadar itu pasti berlaku dan setiap yang berlaku itu terkandung hikmah yang tersurat atau yang tersirat. 

Alhamdulillah, diberi ruang dan kesempatan untuk mewujudkan blog yang serba "simple' ini setelah 3 hari mencari template yang sesuai, begitu juga dengan nama yang terpilih ini, Alhamdulillah. 

Tiada harapan untuk mencari populariti, hanya ingin berkongsi apa yang difikiran dan di hati. Teringat kata-kata seorang dai'e, Ustaz Abdullah Azam, "bila kita dah tahu, kita kene bagi orang lain tahu jugak, tu la agama".

Dengan hanya memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda Syariah & undang-undang sebenarnya tidak membawa apa-apa erti kalau tidak dikongsi dan dipraktikkan. Dan yang lebih indah adalah apabila dikongsi bersama. Kata orang putih "sharing is caring" Tapi dalam agama kita, bila kita belajar, kita kena ajar orang lain jugak. Sebab tu Nabi Muhammad lantik sahabat-sahabatnya yang sudah "garduated" belajar dengannya untuk mengajar orang lain. Ada juga yang dihantar ke sekitar Mekah dan Madinah untuk meyebarkan lagi ilmu dan ajaran Islam. Sehinggalah orang Islam menzahirkan manifestasi pengamalan ilmu meraka dengan kejayaan menakluk sepertiga dunia, MasyaAllah. Dan umat Islam pada hari ni terus menerus mengimbau sejarah agung tersebut...cumanya...kita sedikit lupa untuk melakar kembali sejarah tersebut untuk dijadikan sejarah pada masa akan datang. 

Jangan pula kita lupa bahawa apa yang berlaku adalah Sunnatullah dan mempunyai kitaran pusingannya yang tersendiri. Hidup ibarat roda, terkadang di atas terkadang di bawah, tidak akan selalu terbang di atas dan tidak akan selalu terdampar di bawah.

Menelusuri perjalanan hidup para anbia dan mursalin, dapat diperhatikan bahawa manusia tidak akan pernah lekang daripada melakukan sebarang kesalahan. Bezanya dengan kita, kesilapan para nabi dan rasul tidak sampai martabat maksiat kepada Allah seperti kesalahan yang kita lakukan. Kesalahan mereka adalah demi untuk mengajar dan memberi pengajaran kepada umatnya. Itulah antara tujuan Allah memilih nabi dan rasul dari kalangan manusia. Allah tidak memilih nabi dan rasul dari kalangan malaikat. Allah nak manusia berfikir, mengkaji, menganalisa dan barulah membuat pentafsiran.     


Dengan satu niat yang jelas dan nyata, saya ingin berkongsi segala sesuatu yang bermanafaat yang saya yakin akan terjadi kerana Allah sentiasa mentarbiyah hambaNya dengan penuh berhikmah. Ya Allah, redhailah perkongsian ini dan rahmatilah sang penulis dan pembacanya..amin ya Rabbal A'lamin.

p/s: Teringat kata-kata Dr. Asri "kita hidup dengan apa yang kita dapat, tapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri" :-)
Read More