Graduated!

Graduated!

Malam ini sungguh syahdu...dingin lembut malam gelap, mungkin kerana musim tengkujuh barangkali. Aku sendirian melayan facebook setelah 'lenguh' biji mata dok buat web tadi. Mylovelywife dah lama diulit mimpi, almaklumla..dah pukul 2:27 pagi!

Terjumpa gambar ni masa dok scrol facebook tadi:

Ni gambar masa konvo di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), 10.09.2013. Aku dan isteri dalam jurusan yang sama, Ijazah Syariah & Undang-undang. Jadi, kami graduate pun sama-sama :-)

Satu aku nak kongsikan, peristiwa yang berlaku sewaktu hari konvokesyen. Aku bukan jenis yg suka ingat sangat event-event cenggini. Tapi kali ni memang aku ingat sampai bila-bila! Kami beli baju sama-sama untuk konvo, bertemakan warna coklat pekat. Memang smart, he2 :P Persiapan juga boleh dikatakan rapi, first time konvo la katakan :P Masa di Mesir dulu tak sempat nak konvo :p

Tapi sebelum tu, aku nak cite sket pasal liku-liku perjalanan Ijazah aku. Aku masuk KUIS tahun 2008. Masa tu syarat untuk dapat Dekan@Dean List CGPA 3.5. Dengan semangat yang tinggi dan keazaman yang padu, aku target aku nak dapat dekan pada akhir semester nanti! Aku nak tebus ketidakberjayaan aku sewaktu di bumi Anbia dulu. Masa berlalu dan terus berlalu. Sunnah alam, langit tidak selalunya cerah...masa sem 3, CGPA aku drop, tinggal cukup2 nak puas hati, 3.10. Seyesly aku frust jugak time tu :-( 

I do the math, dalam perkiraan aku, aku masih boleh cover pointer tu untuk dapat dekan masa last sem nanti, 3.5! Aku pulun habis-habisan. Tup2, masa sem 7, kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa mana-mana pelajar yang dapat keputusan Ijazah Kelas Pertama akan dikecualikan daripada membayar PTPTN. Lagi la aku bersemangat! Tapi dengan tiba-tiba jugak, KUIS dengan sangat sengal bengal menaikkan Dean List kepada 3.75! (sengal bengal tu penanda wacana je ye :p) Yang paling menyenakkan perot, kenaikan itu juga berkuat kuasa pada semua student secara serentak!! 

Allah saja yang tahu betapa harapan dan perkiraaan aku selama ini utnuk target 3.5 menemui jalan berbatu yang tak berturap dan berlopak-lopak. Hidup tetap diteruskan...aku cuba hingga titisan dakwat pen terkahir waktu exam last sem...sungguh-sungguh aku usahakan...

Sebelum result nk keluar, aku ada cakap dengan mylovelywife "kalau abg tak dapat dekan 3.75 ke atas, abg tak nak konvo". Merajuk juga la mylovelywife...hehe :p Akhirnya keputusan keluar...3.60..Alhamdulillah, walaupun tak dekan. Aku senyum...dan terus senyum...kita hanyalah Hamba..Allah lebih mengetahui segala hikmah yang tersirat..

Berbalik pada cite kat atas tadi, masa pagi hari konvokesyen, sampai je kat KUIS, sambil jalan kaki nak menuju ke Pust Konvensyen KUIS (PKK), baru tersedar yang tali leher tak bawak. Kelam kabut tepon kengkawan cari tali leher. Tapi tak de jugak. Mylovely wife dan muncung dah, get ready to merajuk :p Aku minta mylovelywife masuk dalam perbarisan dulu. Aku terus ke asrama, cari sape2 yang ada tali leher, nak pinjam. Sangat sedih, tak ade!!

Aku tarik sebuah kerusi di bawah kanopi di luar PKK untuk duduk. Merenung skirn LCD 50 inci yang menayangkan upacara penganugerahan sijil kepada pelajar yang layak. Lama aku tatap..tunggu giliran mylovelywife naik pentas :-) Akhirnya selesai. Tengah dok tersengguk-sengguk, tetibe ada orang lempar baju konvo atas peha, terkezut i! Rupanya...mylovelywife dah majok tahap gaban..so..dengan penuh gentleman aku pujuk la..he2

Kitorang pusing-pusing satu KUIS sambil bergambar kenangan. Salah satunya gambar yang kat atas ni la :p Alhamdulillah...mukanya kembali ceria, hihihi :p

Sesuatu yang agak buat aku rasa bersalah sampai skrang, walaupun aku tak bape nak amik tahu, disebabkan aku tak naik pentas, giliran sebutan nama jadi tak betol. Orang lain yang dipanggil, orang lain yang naik. Hanya kerana missed aku tak naik. Kengkawan, aku mintak maaf kalau sungguh salah aku. Bukan aku minta, tapi aku kecewa sket..hehehe :p Patotnya check la sape yg ada dalam barisan dulu kan...urusetia oh urusetia...adoyai...

Ok, sampai di sini saja..hanya imbauan yang tak bape best utk diimbau :p Tido time. Eh, korang tau tak, Nabi suka sangat dengan solat witir. Sehinggakan Nabi kata, kalau malas sangat pun, buatlah satu rakaat untuk menutup tirai malam. Assalamualaikum ;-)
Read More

Anugerah Nasyid IKIMfm

Anugerah Nasyid IKIMfm

Waktu tengah drive pagi tadi, terdengar iklan promo kat radio Ikim pasal Anugerah Nasyid IKIMfm. Kali ni, anugerah tersebut akan di adakan di PICC, Putrajaya pada 10 Januari 2015. Alhamdulillah, industri nasyid tanah air masih terbela sebagai sebuah hiburan alternatif Islamik.
Majlis pelancaran Anugerah Nasyid IKIMfm *Besaq sungguh watermark dia :p




Berita penuh yang di copy paste dari web rasmi Anugerah Nasyid IKIMfm:


Kuala Lumpur, 15 Oktober – Sepuluh tahun lalu nama Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) meniti di bibir peminat industri nasyid tanah air atas kejayaannya menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm yang secara tidak langsung telah melonjakkan nama stesen itu di kalangan peminat lagu-lagu nasyid di negara ini.

Kali ini IKIMfm sekali lagi bakal menganjurkan acara yang sama dengan nama baru Anugerah Nasyid IKIMfm (ANI) yang dijangka berlangsung di Pusat Konvesyen Putrajaya (PICC) pada hari Sabtu 10 Januari 2015 bermula seawal 9 malam.

ani-14-article-imgPenganjuran anugerah itu dilihat sebagai satu usaha IKIMfm memberi ruang kepada penggiat industri nasyid membuktikan kemampuan mereka dalam mencipta, menulis dan menonjolkan bakat dalam persembahan lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan. Pengarah Pusat Media, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad berkata penganjuran kali ini diharapkan akan dapat memartabatkan industri nasyid tanahair yang akhir-akhir ini dilihat sedikit suram.

“Kami mendapat reaksi positif di kalangan artis dan peminat nasyid susulan dari cadangan awal penganjuran program ini memandangkan IKIMfmlah satu-satunya radio bercirikan dakwah Islam yang beroperasi 24 jam. Jika IKIMfm tidak menjuarai mengiktiraf penggiat industri nasyid ini, mungkin tiada pihak yang akan melakukannya”, kata Nik Roskiman. Acara berprestij ini akan disiarkan  secara langsung di stesen televisyen al-Hijrah, tvikim (http://tvikim.my) dan radio IKIMfm sendiri bermula jam 8.45 malam, insya Allah.

 Pada Sidang Media semalam, sebanyak 30 buah lagu telah terpilih untuk disenarai pendek ke peringkat saringan yang akan dinilai oleh Juri Profesional untuk memilih 10 lagu-lagu terbaik dibawa ke malam kemuncak, Malam Anugerah pada 10 Januari itu nanti. Lagu-lagu tersebut ialah:

Pemilihan 30 lagu-lagu ini adalah berdasarkan kedudukan mereka dalam rancangan Carta IKIMfm yang bersiaran setiap Ahad jam 10 pagi hingga 12 tengahari yang diterbitkan oleh Dj Mohd. Erwan Johari.

Menurut Dr. Nik Roskiman selaku Penasihat ANI, Malam Anugerah ini turut mendapat penajaan dan kerjasama dari pelbagai pihak seperti PICC, Tv alHijrah, Nasyeed.com dan ramai lagi. Kepada pihak yang ingin menaja samada berbentuk kewangan mahupun barangan bolehlah menghubungi En Azronnizam, (013-374 4113).

Maklumat lanjut boleh diperolehi di SINI

p/s: Cuba dengar lagu 'Dalam Sujud Cintaku'...syahdu..

p/s: Kita hidup dengan apa yang kita dapat, tetapi kita membina kehidupan dengan apa yang kita beri ;-)
Read More

Kita di akhir zaman?

Kita di akhir zaman?
J
umaat lepas, di Masjid Bandar Tun Hussien Onn. Disebabkan ada kerja yang masih belum disiapkan, aku terpaksa Solat Jumaat di sana. Selalunya di Masjid Bandar Mahkota Cheras. Hari yang tidak panas dan tidak mendung..sepoi-sepoi saja udaranya...


Selepas berwudhu', aku solat tahiyyatul masjid dan terus duduk iktikaf. Dalam lebih kurang 10 minit, azan berkumandang..seusai solat qobliah, aku kembali bersila beriktikaf. Sejurus selepas azan kedua, kahtib memulakan bicara. Tidak nampak kelibat khatib kerana aku duduk di bahagian anjung masjid, sengaja tidak masuk ke dewan solat utama. Angin yang bertiup terasa lembut menyapa pipi. Aku tarik nafas panjang-panjang setiap kali angin menyapa.."Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah"..Aku kembali memasang telinga, khutbah wajib didengar.

Isu kali ini mengenai peristiwa yang terjadi 3,4 hari lepas. Kes pondan@nyah yang membawa perbicaraannya ke Mahkamah Rayuan dan menang terhadap perbicaraannya atas alasan hak asasi manusia. Nauzubillah. Boleh google untuk tahu keseluruhan kes.


Kata khatib, alangkah malunya kita apabila undang-undang negara kita yang berlandakan "kesopanan dan kesusilaan" telah dipersendakan oleh mereka yang bergelar pondan atas alasan kebebasan hak asasi manusia.

Apa yang lebih malang dan memalukan, hakim yang membuat keputusan juga ada yang terdiri dari bangsa Melayu! Mungkin mereka ada alasan tersendiri mengenai landasan keputusan mereka, tetapi perlu difikirkan hati dan perasaan umat Islam di negara ini. Mungkin hal ini kecil, tetapi ingatlah, lubang kecil pada gigi, kalau dibiarkan, akan menjadi sakit dan menyebabkan gigi tersebut terpaksa ditampal atau dicabut!

Khatib juga mengingatkan peristiwa bagaimana Allah menghancurkan Kaum Nabi Lut di atas perbuatan mereka yang menyalahi tabii. Betapa dahsyatnya dan canggihnya azab Allah pada ketika itu. Sesuatu yang masih belum pernah berulang di zaman sekarang. Lalu, mahukah kita dengan azab yang sebegitu?! Nauzubillahi min zaalik...

Tertarik dengan satu ayat khatib, "Patutkan kita biarkan kejantanan undang-undang kita dihenyak oleh mak nyah@pondan? Bolehkan kita terima bahawa manusia yang keliru dengan identiti dirinya mempermainkan dan memutarbelitkan undang-undang?
Masih ingatkan kita dengan kes Lina Joy? Bagaimana suatu ketika dahulu nama "Islam" telah dipermainkan? tak tahu? ok, google...

Sahabat-sahabat diluar sana, sememangnya penguatkuasaan undang-undang Islam di Malaysia masih lagi dalam ruang lingkup yang sangat terhad. Meskipun ada negeri-negeri tertuntu yang telah mengkanunkan enakmen jenayah syariah negeri masing-masing, namun penguatkuasaannya masih lagi ditahap yang sangat kritikal. Contoh termudah di negeri selangor, berpakaian tidak menutup aurat dan tidak sopan bagi orang Islam boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelik kan? Tiada sebarang penguatkuasaan kan?

Satu yang aku nak share :
Persoalannya, mengapa Mahkamah Rayuan TIDAK MENGHORMATI hak enakmen ini?!

Kata Saidina Umar: "Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, kalau kita mencari kemulian selain Islam, maka tunggulah balasan dari Allah!"
Read More

Very nice story :-)

Very nice story :-)
Sudah 30 minit berlalu. Termenung di tangga masjid. Lepas solat Asar. Menongkat dagu dengan tangan. Bayangan itu kembali...mengulang dan terus berulang...

Dalam hati terasa pedih. Rasa sakit ditinggalkan orang yang disayangi masih terasa bisa menghiris hati. Tak berkurang lagi. 

Aku tunduk sugul. Cuba untuk tidak memikirkan hati lara. Dah sebulan pola pemikiran berputar atas paksi masalah yang sama. Enggan mereda.

“Assalamualaikum.”

Aku menoleh ke arah suara yang menyapa. Menjawab salamnya. Seorang pakcik tua. Dalam lingkungan hampir 60. Agakanku.

“Lama termenung? Pakcik lepas solat tadi duduk bersandar hilangkan penat. Tertengok kamu ini dari tadi lagi tak berganjak-ganjak dari tangga ni.

Kalau tak keberatan, boleh pakcik tanya. Ada masalah ke?”

Berkerut sekejap kening aku. Nak cerita ke tak nak ni? Hati rasa seperti nak meluahkan segalanya keluar. Banyak sangat benda terpendam di dalam. Sampai rasa sakit dalam dada. Sesak. Ah. Tewas juga pada desakan. Hati terdesak mahu mengadu. 

“Bakal isteri saya diambil orang. Bertunang dengan orang lain.”

Aku menceritakan dengan panjang lebar segala yang terjadi. Hinggalah aku diberhentikan kerja kerana prestasi kerja yang merosot disebabkan soal hati. Sungguh aku tidak berdaya melawan halangan keluarga. Tidak berdaya menahan hati manusia dari berubah. Apatah lagi mahu merempuh takdir Ilahi. Itu sudah pasti mustahil.

“Innalillahi wainna ilaihi raaji’un. Jangan bersedih, nak. Biasalah ni. Inilah yang dipanggil pengalaman dalam kehidupan. Bukankah ini yang akan mematangkan diri kamu? Kamu dah pernah rasai peritnya halangan dari keluarga. Sedihnya rasa dikecewa. Letihnya harga berpenat lelah berkorban siang dan malam untuk mengumpul duit nikah. Kamu dah berusaha sedaya yang kamu mampu. 


Jangan pernah merasa rugi. Seorang pelajar berusaha sedaya namun dia gagal mendapatkan result yang terbaik, adakah guru akan menyalahkannya lagi setelah melihat penat lelahnya selama ini? Tidak. Sekurang-kurangnya, dia dah berusaha. Manusia tidak nampak usaha kamu, namun Dia nampak. Dia menilai dengan adil di saat manusia hanya pandai mengkritik dan mahu tengok hasil. Allah sendiri menilai ikhlasnya usaha walaupun hasil kita tidak pernah sempurna.

Kita merancang. Namun, Allah telah lama merancang. Kita mahu tentukan bahagia, namun bahagia bukan di tangan kita. Tapi Dia.”

Terasa lega sedikit mendengar kata-kata orang tua ni. 

“Adakah kamu tak dapat melupakan, sebab dia cantik menarik?”

Aku tersentak. Terkena di batang hidung. Mengangguk perlahan.

“Katalah yang cantik itu ibarat kereta Ferrari. Yang tidak cantik pula ibarat kereta kancil. Memang, orang akan tengok kereta yang mahal tu. Jadi perhatian. Sampai nak bergambar. Sampai kamu rasa riak dan takbur. Kereta kecil tadi, siapa nak tengok? Tapi, adakah kamu rasa selamat seandainya kamu parking kereta mahal itu di mana-mana? Fikiran kamu akan risau. Fikir nanti kena curi. Nanti kena calar. Nanti kena apa-apa. Last-last sekali, bawa keluar sekali-sekala. Nak jalan jauh pun fikir berkali-kali. Maintenance pun tinggi. Tapi, kereta kancil tu pula? Tenang saja. Sebaliknya. Jalan jauh pun jimat. Nak pergi mana-mana pun senang hati. Boleh guna dan bermanfaat bawa keluarga. Mana yang kamu suka, cantik tapi merisaukan. Atau yang menenangkan?”

Pakcik itu tersenyum dalam menuturkan kata.

Fikiranku sedikit terbuka. 

“Ada banyak hikmahnya yang kamu tak nampak.”

Aku mendongak melihat wajahnya.

“Apa hikmahnya? Yang saya nampak, saya yang bersalah. Saya yang terlepas. Saya yang rugi. Last-last orang kebas calon sendiri.”

Pakcik itu masih tersenyum.

“Hikmahnya, hari ini kamu berada di rumah Allah. Nampak tak?”

Angin lembut menyapa kami. Ekor-ekor rambutku disapa angin. Terasa nyaman.

Aku terdiam lama. 

Betul. 

Dah berapa lama aku tinggalkan masjid. Aku jarang ke masjid. Aku jarang menghadap Allah. Bila jadi macam ni, aku akhirnya kembali meratap di rumah-Nya.

“Tapi…saya tak dapat hilangkan kesedihan ini. Saya tak mampu melupakan dia..Tak mampu.”
Pakcik tua itu berfikir seketika.

“Lupakanlah dia sebagaimana kamu lupakan Allah dulu. 

Mari bekerja dengan pakcik. Pakcik perlukan pembantu. Sambil-sambil kerja, nanti pakcik ajarkan rahsia merawat hati itu.”

Aku berkerut kening sekali lagi. Tiba-tiba saja orang tua ni. Aku pun memang dah jadi penganggur sekarang.

“Kerja apa?”

Pakcik menunjukkan pada sebuah van yang penuh dengan tembikai. 

“Ikut pakcik jual tembikai. Edarkan ke pasar-pasar. Gaji hari ikut sales. Kalau sales tinggi, banyaklah gaji. Nak?”

Aku terdiam sejenak. Tak dapat fikir.

“Betul ni pakcik boleh ajarkan cara rawat hati?”

Aku bertanya meminta kepastian.

“Insya-Allah. Kita sama-sama minta dengan Allah.”

Dia tidak menjanjikan suatu kepastian. Tapi, dalam kata-katanya ada keyakinan. Pada Tuhan.

“Baiklah. Bila kita boleh mula kerja?”

“Lepas Subuh esok.”

Dalam kesedihan, aku cuba mengukir senyum. Hati masih sakit. Tapi, ada lega sikit. Moga Allah ganti dengan hati yang baru.

Hari ni masuk hari ketiga aku bekerja dengan pakcik tu. Dia okay. Sporting. Tak cerewet. Banyak ilmu dan petua meniaga dia ajarkan padaku. Secara umumnya, aku tak tertekan bekerja dengannya. Selesa. Kerja dari awal Subuh sampai ke petang. Berhenti sebelum Asar. Bila malam minggu tiba, kami akan buka gerai meniaga.

Namun, hati masih celaru. Tatkala si dia yang sudah jadi milik orang masih menghubungi, hati terus jadi sendu. Termenung masa kerja tak dapat dielakkan.

“Bak sini henfon kamu.”

Pakcik tu menghulurkan tangannya. Minta.

“Untuk apa?”

Pakcik itu terus mencapai henfon dari tanganku. Matikan fon dan simpan dalam begnya.

“Bila kamu sudah mulakan hijrah hati, tak perlu lagi saling menghubungi. Hidup baru tidak boleh lagi ada dia. Sikit pun tak boleh ada. Biarlah putus, tak bersambung lagi. Kalau terus begini, sampai bila hati tu nak sembuh? Bukankah kamu amanahkan pada pakcik untuk rawat hati?”

Aku mengangguk. Hati berat. 

“Mari pakcik ajarkan satu doa anjuran Nabi s.a.w. Doanya berbunyi, ‘Allahumma inni a’uzubika min dhiiqi dunya wa min dhiiqi yaumal qiyamah.’ Maksudnya, “Ya Allah, jauhkanlah aku dari kesempitan hidup dunia dan kesempitan hari kiamat.”

“Ramai orang merasa dunia ini sempit walaupun hartanya banyak. Ramai orang merasa hatinya sesak walaupun dia punya segalanya yang dia mahu. Ramai orang rasa dia dah jumpa yang terbaik, tapi sebenarnya ramai lagi yang lebih terbaik. Ramai lagi perempuan lain selain dia. Sebab apa jadi gitu? Sebab Allah tidak bertakhta di hati. Cuba letak Allah di hati, pasti dunia ini rasa luas sekali. Hati jadi lapang. Fikiran lebih terbuka.”

Menitis air mata aku mendengar untaian kata pakcik itu. Dia menepuk-nepuk bahu aku.

“Dah. Kita sambung kerja. Kamu naik ke belakang van, campakkan dengan cermat tembikai tu semua pada pakcik. Pakcik sambut di bawah. Sambil passkan tu, sambil zikir, ‘Astaghfirullahaladzim’. Hati berat kerana dosa masih berkumpul di situ. Clearkan dengan istighfar.”

Aku cuma mengikut segala arahan pakcik. Dalam keterpaksaan. Aku betul-betul nak hati aku tenang kembali.

Hampir 2 minggu berlalu. 

Sambil berniaga, sambil merawat hati. Hanya dengan zikir mudah dan doa ringkas yang diajarkan pakcik tu. 

Tapi, kadangkala kenangan lalu menguasai ingatan juga. Macam-macam datang mengganggu fikiran. Persoalan, ‘dia masih sayang aku ke?’, ‘masih ada harapan ke?’, ‘dia tak jadi kahwin, cari aku balik macam mana?’. Benda-benda ini semua akhirnya buat aku sedikit demi sedikit menjadi down.

Pakcik tua itu seakan menyedari semangatku sedikit merudum. Lalu, dia datang menghampiriku.

“Pakcik faham, bukan mudah nak melupakan. Bukan senang nak singkirkan rasa cinta dalam hati pada seseorang. Allah dan masa-Nya akan menyembuhkan. Mari pakcik ajarkan terapi hati seterusnya. Part ni paling penting. Dengar baik-baik.”

Aku mendengar bait-bait kata pakcik itu dengan serius.

“Terapi ini pakcik namakan ‘Terapi Hati Gaya Al-Quran dengan Surah Al-Insyirah.’ “ 

Pakcik tu tersenyum lebar. Bersungguh-sungguh riak wajahnya. 

“Surah Al-Syarh atau Al-Insyirah ada 8 ayat. Al-Syarh itu sendiri bermakna ‘kelapangan’. Mufassir al-Quran mengatakan surah ini adalah kelanjutan dari Surah al-Dhuha, berkat penjelasan dari kedua-dua surah ini akhirnya hati Nabi Muhammad s.a.w. menjadi tenang, penuh keyakinan dan terangkat beban dari hatinya.

Pakcik bukan nak mentafsirkan semula ayat al-Quran ni. Tak, tak. Jangan salah faham. Pakcik bukan ahlinya. Pakcik cuma nak kita sama-sama ambil intipati dan pengajaran dari ayat-ayat tu sahaja. Pakcik nak cakap kefahaman orang kampung pakcik saja. Boleh?”

Aku mengangguk-angguk sambil mengelap buah tembikai.

“Ayat pertama, ‘Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?’ Cuba kita fikir, sebelum diuji bukankah hati kita senang-lenang dan lapang? Misalnya kita tidak diuji dengan ujian berat selama hidup ni, tiba-tiba diuji dengan satu dua ujian saja, kita rasa down. Rasa dunia dah berakhir. Kita lupa Allah pernah beri peluang waktu senang? Baru teringat, kita jarang bersyukur nikmat yang Allah beri selama ni. Pada Nabi, Allah isi hatinya dengan iman dan hidayah petunjuk. Itulah yang melapangkan hati. Kita pun diberi iman dan hidayah Islam. Tak terasa lapangkah hati?

Ayat-ayat seterusnya dari surah itu sememangnya ditujukan pada Nabi s.a.w. khasnya. Tapi, Al-Quran ini untuk panduan kita semua. Ayat ke-2 misalnya, ‘Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.’ Bukan saja beban pada Nabi, tapi masalah-masalah yang menimpa kita selama ini, siapa yang hilangkannya dari hidup kita kalau bukan Allah? Hari ini, pakcik dan kamu masih bernafas. Masih mampu makan dan minum dengan baik. Banyak masalah yang menimpa kita sepanjang kehidupan, tapi setelah masa berlalu, kita sendiri pun kadang-kadang dah lupa kita pernah ada masalah sewaktu dulu.

Ayat 5 dan 6 pula, ‘Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.’ Nah, Allah sendiri dah tegaskan. Dua kali ulang. Ujian sukar macam mana pun, ada bersamanya hikmah dan pertolongan Allah. Sedih macam mana teruk sekalipun, akhirnya akan ada gembira. Diuji dahsyat sampai mati sekalipun, namun andai seseorang itu sabar, di akhirat dia dapat Syurga. Bukankan itu berita gembira?”
Pakcik berhenti sebentar bertazkirah. Bila melihat aku sudah mengalirkan air mata. Tak tahu kenapa mudah benar aku menangis.

Dia memeluk aku. Faham dengan jelas. Yang tua lebih dulu rasa pahit maungnya. Sambil memeluk diriku, dia menyambung ringkas,

“Ayat ke-7 menyuruh kita jangan putus asa beramal soleh. Ayat terakhir sekali paling penting, ‘dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.’ 

Segala sedih hari ini. Haraplah pada Allah untuk mengubatinya.

Segala duka hari ini. Haraplah pada Allah leraikannya. 

Segala sayang yang masih ada dalam hati hari ini. Haraplah pada Allah untuk menghilangkannya. 

Segala dosa-dosa lepas. Haraplah pada Allah menghapuskan kesemuanya.”
Aku terus menangis teresak-esak dalam pelukan pakcik tua. Seakan mahu terluah segalanya dari dasar hati tika itu.

Sebulan berlalu. 

Dengan berbekalkan ilmu terapi hati pakcik, aku cuba amalkan membaca Surah Al-Insyirah di setiap solatku, setiap kali aku hampir termenung, setiap kali aku rasa sedih mahu datang lagi. Baca dan fahami. Berulang kali muhasabah diri.

Pakcik tua itu banyak mengajarku erti hidup Muslim. Berniaga dan solat tidak berpisah. Bila masuk waktu, segera bersolat. Tinggalkan perniagaan. Pernah kami tinggalkan saja buah-buah tembikai itu dan pergi solat tanpa dijaga sesiapa, pakcik cuma katakan kalau orang nak ambil, ambil sajalah. Apa yang kita rugi? Tembikai itu dari Allah. Niat sedekah. Dah rezeki dia. Dia mencuri, itu antara dia dengan Allah. Dengan solat yang konsisten, hati parah berkurang sedikit. Solat, Al-Quran dan zikir. Terapi hati terbaik.

Aku ada beritahu pakcik tu, gaji aku tu separuhnya simpankanlah untuk aku. Hajatnya nak buat tambang umrah. Pakcik tanya kenapa umrah pula. Kenapa tak guna untuk nikah? Aku cuma jawab, hati terasa rindu nak ke sana. Dia senyum dan hormat permintaanku.

Bulan kedua, pakcik tu arahkan aku hantarkan tembikai ke sebuah rumah. Katanya, sedara mara. Sekali seminggu aku diminta hantar ke sana. 

Aku memilih tembikai yang terbaik, bawa ke rumah itu. Sampai di rumah, aku bagi salam. Tak berjawab, tapi ada bunyi wanita batuk-batuk di dalam. Suara macam makcik-makcik. Aku tak tergamak nak ganggu. Lalu, aku tuliskan satu nota dan letakkan dalam plastik tembikai. Nota pertama bertulis, “Moga makcik lekas sembuh. Amin. Oh, ya. Boleh tak doakan hati saya tenang? Doa para ibu biasanya mustajab. Terima kasih. – Dari, Encik Watermelon.” 

“Makcik, saya letak tembikai ni di luar pintu. Saya balik dulu!”

Minggu seterusnya, aku hantar lagi. Aku bagi salam dan ketuk pintu. Tak berjawab. Mungkin makcik tidur agaknya. Aku tinggalkan nota lagi.“Saya dah pilihkan tembikai yang paling manis untuk makcik. Harap makcik dirahmati Allah. Doakan hati saya tenang sentiasa ya, makcik. – Dari, Encik Watermelon.” 

Ku laungkan seperti biasa supaya makcik tahu tembikainya sampai.

Begitulah seterusnya, setiap minggu. Selama dua bulan. Ku tinggalkan nota. Kadang-kadang, aku coretkan cebisan doa yang ku hafal dari pakcik atas nota tu.
**

Empat bulan berlalu.

“Alhamdulillah! Duit gaji kamu dah cukup untuk pergi umrah. Pakcik pun nak pergi juga.”

Aku seronok mendengar khabaran tersebut. Excited. Tak pernah-pernah dapat peluang macam ni. Hatiku sudah di Mekah. Tak sabar-sabar nak tengok Kaabah. Nak lawat makam Nabi s.a.w.

Sampailah hari yang ditetapkan. Kami berangkat ke Mekah bersama-sama.

Sampai saja di Mekah, aku menangis semahunya. Syukur yang amat sangat. Allah akhirnya jemput aku jadi tetamu-Nya. Aku ikut pakcik mengerjakan umrah dengan jemaah muslimin yang lain sampai selesai. 

Tibalah hari untuk berangkat pulang.

“Pakcik nak tanya kamu sesuatu. Boleh?”

Aku senyum. 

“Apa dia?”

“Kamu nak nikah tak dengan anak pakcik?”

Aku berkerut kening.

“Ha? Saya tak tahu pun pakcik ada anak selama ni?”

Pakcik tergelak. 

“La, selama ini kamu pergi hantar tembikai ke rumah pakcik tu, kamu tak kenal anak pakcik?”

Aku bingung kejap. Menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Seingat saya, saya hantar ke rumah seorang makcik. Kan?”

Pakcik menggeleng-gelengkan kepala.

“Taklah. Tu rumah pakcik. Kamu pernah tengok ke rupa ‘makcik’ tu?”

Aku menggelengkan kepala.

Pakcik tu kemudiannya memanggil anak perempuannya. Selama umrah, kami terpisah dengan jemaah muslimat. Aku tak ambil port pun. Aku datang nak buat umrah, bukan nak tengok awek.
Aku gementar sedikit.

Seketika, datang seorang gadis. Dengan senyuman manis ke sisi ayahandanya. Cantik menawan. Aku cepat-cepat tundukkan pandangan. Baru lepas beribadah, dah nak tengok awek. Aduh, tak baik begitu.

“Assalamualaikum, Encik Watermelon.

‘Makcik’ ni dah doakan hati kamu tenang setenang-tenangnya. Moga Allah berikan ketenangan hati dalam menjalani hari-hari mendatang. Amiiin.”

Aduh. Malunya aku semalu-malunya. Ingatkan makcik, rupanya cik!

Pakcik tu bertanyakan aku sekali lagi,

“Macam mana, nak?”

Aku terkesima.

“Tapi, pakcik…saya kan bukan lelaki yang baik. Pakcik tahu saya macam mana. Pakcik tahu cerita lepas saya…Pakcik tahu hati saya terluka teruk..”

Anaknya mencelah lembut. Seraya tersenyum.

“Saya tahu awak baik orangnya. Awak tak masuk rumah yang ada wanita di dalam walaupun ‘makcik’. Awak buat baik dengan orang tua, titipkan kata-kata semangat dan doa pada ‘makcik’ ni. Awak hormat kedudukan ‘makcik’ setara ibu awak sendiri. Minta ‘makcik’ doakan dengan doa para ibu. Semua tembikai yang awak pilih, terbaik. Manis. Pandai awak. 

Ayah saya dah cerita segala effort awak untuk merawat hati sendiri. Awak dah cuba sedaya upaya mengatasinya. Saya kagum. Kalau saya, dah lama saya down susah nak bangkit semula. Awak percayakan ayah saya walaupun ayah saya bukan seorang ustaz atau alim ulama. Sanggup kerja sederhana memerah keringat. Tak baik lagi ke macam tu?

Ha, jangan panggil saya ‘makcik’ lagi pasni ya. Panggil Cik Isteri ke..Cik Jodoh ke..”

Aku tersipu-sipu malu. Merah telinga. 

Pakcik raih tanganku. 

“Kita akad kejap lagi ya…”

Aku hampir menitiskan air mata. Teringat balik kata-kata Allah dalam Surah Al-Insyirah. Betullah dalam kesusahan adanya kemudahan. Letak harapan penuh pada Dia sembuhkan segala duka lara. Kita sangka kita dah pilih yang terbaik, menangis menyesal kerana terlepas yang terbaik. Namun, terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi Allah. Dia lebih tahu siapa untukmu.

Dia Pencipta Hati.
Pastilah Dia paling pakar mengubati.

Fuh~
Pergilah segala kesedihan hati.

p/s: ni salah satu lagi cerita dari FB Muhammad Rusydi :-)
Read More

Spesifikasi PCC bocor!

Spesifikasi PCC bocor!
Ini adalah informasi yang paling dinantikan oleh kita semua. Foto fakta ringkas spesifikasi Proton Compact Car (PCC) telah dimuatnaik ke laman web keretamoto.com. Pelbagai ciri-ciri menarik dan canggih bakal dimuatkan dalam kereta kompak terbaru Proton ini.


Seperti mana yang kita ketahui, PCC akan dijana oleh enjin NFE yang merupakan varian terbaru daripada keluarga enjin CAMPRO. 2 versi enjin NFE bersesaran 1.3 liter dan 1.6 liter bakal menjadi nadi utama PCC. Untuk versi produksi enjin NFE bakal dikenali sebagai VVT kerana ia dilengkapi dengan teknologi tersebut, selain ciri lain seperti Smart Alternator dan Maniverter (Manifold & Catalytic Converter). Secara kasarnya boleh la dikatakan enjin NFE ini adalah versi CFE tanpa pengecas turbo.

Kali ini Proton memilih BOSCH untuk membekalkan ECU/EMS untuk enjin NFE, sebelum ini komponen tersebut dibekalkan oleh Continental. Difahamkan pihak BOSCH telah mengenal pasti kelemahan ECU sebelum ini dan telah menaiktarafnya supaya lebih baik.  Enjin NFE akan dipadankan dengan  pilihan transmisi  manual 5-kelajuan (MT+)  dari Getrag dan transmisi CVT2+ dari Punch Motive. Buat pertama kalinya, Proton memperkenalkan EPS (Electronic Power Steering) dalam produk keluarannya dan PCC adalah model tersebut.

Sistem pengendalian Proton atau lebih dikenali sebagai Proton Ride & Handling, masih menjadi taruhan utama. PCC bakal mempunyai sistem pengendalian yang lebih mantap dengan topang McPherson ditala dengan lebih jitu selain penggunaan Torsion Beam untuk gandar belakang untuk memastikan kereta kompak ini mempunyai ruang yang lebih luas. PCC juga akan dilengkapi pelbagai ciri-ciri keselamatan yang kebiasaannya hanya dijumpai pada model berharga lebih mahal, antaranya seperti enam beg udara, ABS, EBD, TCS, ESC, HBA dan HHA.

Selain ciri-ciri tersebut, Proton masih mengekalkan penggunaan struktur badan RESS (Reinforced Safety Structure) yang menggunakan besi yang dibentuk dengan teknologi Hot Press Forming. Terbukti kekuatan struktur besi yang menggunakan teknologi tersebut dengan penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk model Preve dan Suprima S yang lebih awal menggunakannya. Untuk menambahkan lagi ciri keselamatan PCC ia dilengkapi dengan  tali pinggang keledar 3 titik, ISOFIX dan top theter. Tidak hairan kalau PCC juga bakal mencapai penarafan 5 bintang ASEAN NCAP kerana ujian telah dilakukan baru-baru ini di makmal MIROS.

PCC bakal menjadi model kedua dilengkapi dengan lampu LED siang (DRL) selepas Suprima S. Ia juga dilengkapi sistem kunci pintar, sensor undur dengan kamera dan tingkap kuasa anti-perangkap (untuk pemandu sahaja). Selain itu ciri-ciri elektronik pintar seperti peringatan servis, sistem navigasi mutimedia dan ABCM (Advanced Body Control Module) akan digunapakai pada model ini untuk mengurangkan penggunaan wayar dalam kereta yang secara tidak langsung menjadikan PCC lebih ringan.

Jadi kesimpulannya PCC yang bakal bersaing dalam segmen B dengan beberapa pencabar yang hebat seperti Perodua Myvi, Suzuki Swift, Ford Fiesta, Volkswagen Polo, Honda Jazz dan Peugeot 208 akan menjadi perhatian selepas ini. Dikhabarkan anggaran harganya adalah sekitar RM40,000 sehingga RM60,000 mampu menggugat ketuanan Perodua Myvi yang telah lama mendominasi jualan hatchback kompak segmen B di Malaysia. Bagi saya biarlah PCC mendapat sambutan hangat di pasaran luar kerana ia adalah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Proton dari kepompong “Jaguh Kampung!”

Sumber dari blog ini.

Read More

Luahan Engineer PROTON

Luahan Engineer PROTON
Assalamualaikum. Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation. Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-tengah R&D PROTON.
“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain juga.”

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy (enjin Renault) dan 2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang proton beli pintu dari Mitsubishi.

For your information, Untuk membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4 pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang volume kecil, kita beli dari luar.
Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di Malaysia .


“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta Malaysia
yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar.

Modal untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut bila saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak munasabah.

Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang… lama lama diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang…. Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia .

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri. Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang suka curi idea.

Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu. Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak.

So, kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB. Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan. Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah setaraf dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru, 100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada terpampang kereta Savvy kemek kerana accident.

Well… kereta mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info lah… kami
masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
bagi membolehkan impian ini tercapai.”

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta. Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of Styling…bekas
Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering Services…bekas
Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We trained them… orang lain ambil cara senang je.

Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas
proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal
kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?

“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20 tahun nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak membantu.

Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-sebijik kerajaan kena tipu.

Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia … harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton (asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang atau sewaktu
dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni. Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah. Sebabnya…

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan tetap membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper things can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost pembalikan modal untuk setiap kereta.

Nak buat sebijik kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun.

Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar. Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk ke sana.

Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea … Kita nak jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German…. Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta German untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua, Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk memajukan negara dalam bidang teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena…. Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap je… test sendiri. Baru tau. Sekarang ni Savvy dah keluar dengan Savvy Auto-Manual…. Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear… swith to auto. Nak main ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata kita guna tecnology 70an?


Gila2FX 01-06-2008 10:50 PM

p/s: Rasanya artikel ni diambil dari forum sebab gaya tulisannya macam menjawab persolan. Tak tau la sapa Gila2FX tu, yang pastinya dia seorang engineer PROTON yang mempunyai inisiatif untuk membangkitkan semangat patriotik. Sumber dari blog ini. Jika anda rasa artikel ini mampu membangkitkan rasa cinta dan patriotik di kalangan rakyat Malaysia, maka sebarkanlah. Kongsikan di Facebook anda.Walaupun ertikel tersebut ditulis pada tahun 2008, saya kira masih releven untuk dikingsi pada tahun 2014.



Read More

Nasihat yang menggetar

Nasihat yang menggetar
Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk diri ini bertemu dengan seseorang yang dikenali dengan panggilan "baba". Orang yang amat aku kagumi ketabahan dan keilmuannya. Walaupun "style" hidupnya tidak mengikut arus kemodenan metropolitan, tetapi butir-butir ilmunya merentasi kemodenan yang sering menyeret kealpaan bersama.

Diberi peluang pada satu pagi untuk bersemuka dan berbicara. Tidak ada isu "berat" yang kami bualkan. Mengenai Ramadhan, kerja, kehidupan dan lain-lain isu santai. Aku akui, banyak mutiara ilmu yang keluar dari bibirnya menjadi azimat hidup aku sekarang. Terima kasih ya Allah. 

Sedang kami bualkan mengenai Ramdhan, tiba-tiba timbul isu penerimaan Allah terhadap hambaNya. Aku dengar sepatah demi sepatah bunga-bunga nasihat dari baba. Seperkara membuatkan aku terpana seketika..

"Wan, kamu tahu tak apa pentingnya doa?"

Dengan spontan dan selamba aku jawan macam biasa "doa tu senjata mukmin"
"Pernah dengar hadis nabi kata kalau sapa tak doa lepas solat tandanya dia sombong dengan Allah?" 

"Pernah, femes hadis tu baba"

"Kalau orang yang tak berdoa, macam mana wan?"

"Tu maknanya dia sombong dengan Allah"

"Kamu faham sifat Qudrah dan Iradah Allah?"

"Qudrah berkuasa, Iradah berkehendak, kan?"

"Ye la...apa maksudnya..."

Nampak gayanya baba macam nak menguji kefahaman aku. Aku cuba melajukan kepantasan otak berfikir.

"Maknanya, setiap yang berlaku adalah atas kehendak dan kuasa Allah Taala. Semunya atas kuasa dan kehendak Allah. Zahirnya perbuatan manusia, tetapi hakikat perbuatan itu adalah dengan kehendak Allah"

"Ok, kalau seseorang tu tak berdoa selepas solat, itu kehendak dia atau kehendak Allah?"

"Macam tadi la baba, zahirnya dari manusia, tapi hakikatnya dari Allah"

"Jadi, maksudnya Allah gerakkan hatinya untuk tidak berdoa, camtu?"

"Hakikatnya camtu la baba"

Baba seolah cuba bersilat kata, bertikam makna. Aku terus cuba mentafsir hasrat dan kehendak baba.

"Betul tu jawapan kamu..."

Lega rasanya bila di"iya"kan. Baba meneruskan bicara.. "Kata ahli sufi, dalam kitab al-hikam, orang yang tidak berdoa selepas solat bermakna Allah sudah membencinya. Sebab itulah Allah tidak gerakkan hatinya atau Allah beratkan hatinya untuk berdoa kepadaNya"

Aku tergamam. Secara automatik minda memuhasabh diri ini. Rasanya ada ketika aku sendiri terasa berat untuk berdoa selepas solat. Adakah Allah menbenci aku? Astagfirullahal'azim..ampunkan aku ya Allah. Ketar dijiwa terasa bila mendengar kata-kata baba tadi. 

Dengan tak semena terpacul pertanya spontan.." kalau Allah benci kita, apa kita nak buat baba?"

Baba tersenyum...agak lama..mungkin baba telah membaca fikiran dan hati aku. Ah, malu rasanya. Tapi aku lupa, aku "kurang" malu dengan Allah selama ini. Astagfirullah..

" Kita manusia tidak terlepas dari dosa. Kalau kita buat salah dengan manusia kita kena pujuk untuk maafkan kita. Begitu tamsilannya dengan Allah. "Pujuk" Allah dengan bertaubat. Allah itu maha pengampun dan penyayang. Keampunannya mengatasi kemarahannya. Hanya manusia yang TIDAK mahu memohon keampunannya"

Panjang mutiara kata dari baba. Baba menyambung lagi...

"Allah ciptakan kita, Allah tak berkehendak kepada kita. Segala apa yang Allah wajibkan ke atas kita adalah untuk diganjarkan kepada kita juga di akhirat nanti. Tapi bila kita tak meminta, maka Allah pun tak nak memberi. Tetapi perlu diingat, Allah dah berikan "hint" kepada kita di dalam Al-Quran dan Hadis. Itulah tanda kasih sayang Allah. Allah berikan "hint" kerana Allah mahu memberikan pahala kepada kita. Tapi bila kita yang tidak meminta setelah "hint" diberikan, maka itu adalah salah kita"

Sekali lagi minda memuhasabah diri. Rasanya kurang kerap aku buat solat taubat. Istighfar 70 kali sehari pun tidak istiqamah. Rasa berdosa menyelubungi diri...
" Ada satu hadis di dalam sohih bukhari. Hadis yang menceritakan bagaimana kasih dan sayangnya Allah kepada hambaNya. Diriwayatkan oleh Nabi bahawa di akhirat nanti ada seorang hamba Allah yang mati di dalam iman tetapi dosanya mengatasi amalan kebaikannya. Lalu Allah masukkan dia ke dalam neraka. Sewaktu di dalam neraka dia telah melihat keindahan syurga. Hatinya terpikat dengan keindahan tersebut. Lalu dia memohon kepada Allah "Ya Allah, palingkanlah wajahku ke syurga. Aku amat senang melihat syurga walaupun aku di dalam neraka". Allah dengan penuh kasih sayang dan rahmat telah mengqabulkan permohonannya. Maka Allah palingkan wajahnya ke syurga. Setelah sekian lama memandang syurga, hatinya terasa ingin mengetahui lebih tentang syurga. Maka dia membuat permohonan lagi kepada Allah. "Ya Allah, letakkanlah diriku diluar syurga. Aku hanya ingin duduk berhampiran syurga. Aku sedar aku masih lagi ahli neraka dan tidak layak untuk masuk kedalam syurga". Allah dengan penuh rahmat telah mengqabulkan doanya. Setelah sekian lama, hamba tadi memohon lagi "Ya Allah, izinkan sebelah kakiku dimasukkan ke dalam syurga. Aku ingin benar merasakan sedikit dari nikmat syurgaMu ya Allah". Rahmat Allah maha hebat, Allah telah mengqabulkan permintaannya buat kesekian kalinya..."

Aku mendengar dengan penuh khusyuk. Tajam mataku ke arah baba..

" Kamu tahu apa permintaan terakhir dia wan?"

"Tak tahu, sebab tak pernah dengar hadis ni"

"Akhir sekali dia minta Allah masukkan dia ke dalam syurga dan Allah qabulkan" Kata baba sambil tersenyum.

Terasa puas mendengar kisah tersebut. Tiba-tiba baba menambah..

"Tapi kena ingat, syaratnya wajib mati dalam iman" Aku mengangguk perlahan-lahan. Sayu-sayu kedengaran suara azan zohor menusuk telinga. Ruang bilik yang berhawa dingin itu menyukarkan laungan azan dari masjid menyelinap masuk. Kami bergegas menyiapkan diri untuk solat. 

Dalam hati aku, masih terngiang-ngiang kata-kata baba "orang yang tak berdoa lepas solat tu maknanya Allah benci kepadanya". Gerun, takut, risau..Ya Allah, janganlah kau membenci aku..ampunkan aku Ya Allah...

Read More