Terima kasih sayang!

Terima kasih sayang!
Sedar tak sedar, usia dah bertambah lagi genap satahun. Masa berlalu begitu pantas. Dalam tak sedar bekerja setiap hari, usia terus meniti. Kadang-kadang tak sempat nak kira waktu dalam sehari. Sedar je dah pagi, sedar je dah malam. Allahu akbar!

Kebiasaannya setiap kali besday, my wife mesti bagi hadiah. Tapi tahun ni tak da. Terfikir-fikir juga, kenapa ye...hmmm..

Rupa-rupanya hadiah tahun ni lain dari yang lain. Hadiahnya adalah sesi photoshoot selama 30 minit! Thank you sayang. Love u so much! :-)

Alkisahnya suprise. Mula-mula my wife kata dia ada belikan baju baru. Ingatkan baju tu hadiah besday dah. Pastu ajak kuar pergi satu tempat "misteri". Katanya pergi sekejap saja.

Last-last sampai kat studio, WhiteStudio. Ada sebuah kat Bandar Tun Hussien Onn ni. :-)

Habis semua gaya dah buat dalam masa 30 minti tu. Sekali dengan Fateh pon bergaya macam-macam.

Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan seorang isteri yang cute dan romantik. Maaf sebab abah tak bape pandai nak romantik ye ummi. Love you so much till Jannah! Amin :-)
Read More

Terima kasih TM!

Terima kasih TM!

Terima kasih TM! Macam bunyi terima kasih PM yerk :P Alkisahnya sebelum ni saya melanggan Streamyx. Kurang setahun, TM beri notis untuk penamatan kontrak kerana kawan Sg. Long telahpun dinaiktaraf fasilitnya kepada UniFi.

Setelah mengkaji dan meneliti, akhirnya setuju untuk upgrade ke UniFi Lite 10Mps download 5Mbps Upload. Alhamdulillah, line yang stabil pada masa ni. Hari ni dapat surat kat atas ni. TM kata ni lebihan bayaran untuk pakej Streamyx yang sebelum ni.

Ok, boleh buat bayar bil UniFi bulan ni. Untuk pengetahuan semua, pakej UniFi Lite ni hanya RM129 sahaja sebulan berbanding pakej Streamyx 4Mbps RM149 sebulan. Macam ntah pape kan pakejnya??? hahaha..

Yang penting, kita sebagai pengguna, kaji dan selidik sebelum mengguna atau melanggan. Orait, tido dulu. Esok keje. Assalamualaikum.

Nanti saya kongsikan camner nak dapat rebate RM2 setiap kali kita bayar bil Unifi@Streamyx ye :-)
Read More

Irfan Al-Fateh dah besar!

Irfan Al-Fateh dah besar!
Lama rasanya Fateh tak masuk dalam blog ni :P Sedar tak sedar, Fateh dan masuk 1 tahun 3 bulan ++. Besar dah. Macam tak percaya Fateh dah besar sebab rasa macam baru je kawen semalam :-) Apa pun, Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel di mata abah dan umi.

Pagi tadi, sewal jam 7.00 pagi dah keluar bawa Fateh ke Kuala Selangor Cabin Camp untuk survey tapak kem motivasi pelajar tahun 5 & 6 tahun ni. Pagi-pagi lagi Fateh dah bangun, pukul 6.30 pagi! Fateh ingat abah & umi nak pegi sekolah la tu :P

Ini la wajah 2 penyejuk hati abah :-) Semoga Allah sentiasa memelihara permata-permata comel abah ni, amin :-)

Ok, setakat ni dulu, abah dah ngantok :P


Read More

KASUMA 2017!

KASUMA 2017!
"oit wan, apahal lambat sangat ko wat design ni?" Memang sangat 'best' kalau ada orang cakap cenggitu waktu kita tengah dok wat design :P

Selingan saja tu. InsyaAllah 15 April ni, sekolah saya akan mengadakan Karnival Sukan Mega Al-Rahman (KASUMA) di Padang Awam Cheras Perdana. Ini adalah kali pertama setelah sekian lama, pihak sekolah menjemput ibu bapa bersama-sama menjayakan karnival sukan pada kali ini. Untuk maklumat lanjut, boleh layari portal khas KASUMA di: www.kasuma2017.com

p/s: Sebagai desinger amatur, ilham dari Allah sangat-sangat diharapkan. Sebab yang maha cantik itu adalah Allah :-)

Read More

Nak cari USB wifi paling kecik?

Nak cari USB wifi paling kecik?
Assalamualaikum. InsyaAllah kali ini  nak bercerita tentang WiFi super mini. Sebenarnya USB WiFi ni dibeli untuk keperluan makmal komputer di sekolah. Agak sukar nak ajar para pelajar kalau tak ada intenet pada zaman sekarang ni. Lagi-lagi kalau nak ajar subjek Teknologi maklumat & Komunikasi (TMK).


Makmal komputer di sekolah tu tak la banyak sangat, sekadar 4 buah sahaja. Tapi Alhamdulillah, walaupun mereka belajar dengan berkongsi komputer, tetap terpancar kecerian di wajah mereka. ada sesetengah pelajar yang memang tak pernah tengok komputer sebelum ni, lebih-lebih lagi melayari internet.

Maka terzahirlah muka excited mereka. Teringat masa mula-mula kenal dengan komputer dulu. Sangat-sangat teruja. masa tu tahun 6. Pergi buat study group kat rumah kawan. Kawan tu pulak ada PC kat rumah dia. PC yang skrin kotak tu. hampir sejam jugak dok belek-belek komputer tu. Last-last main game macam puzzle, lagi la teruja :P

Alhamdulillah, USB WiFi ni dah selamat sampai kat sekolah, dah pasang pun kat PC di makmal komputer tu. Cemerlang!! Walaupun kecik, tapi berkhidmat dengan sangat cemerlang! Mungkin itulah kelebihan "N".

Secara ringkas, signal wifi ada 3 yang biasa. A, B, G dan N. N ini dikatakan paling pantas dan paling besar laluan datanya. Jadi, kalau nak beli, belilah generai N ye. Boleh tengok kat bawah ni jugak :-)

Read More

Morgan Bread Maker 2.0 Liter

Morgan Bread Maker 2.0 Liter
Sebelum ni Pressure Cooker, sekrang ni bread maker pulak :p Macam-macam inovasi sekarang ni yang menjadi iagaun para suri rumah. Kali ni nak share mengenai bread maker janama Morgan. Bread maker ni antara yang femes macam pressure cooker jenama Noxxa dulu..hehehe

Sebelum ni dah penah femes dengan satu jenama lain, tak ingat la pulak. Tapi tak lama femesnya. Dan sekarang ni jenama Morgan pulak yang terfemes.

Ok la, kena test dulu guna Morgan Bread Maker ni, nnti boleh bagi testimoni. Will be belong to my sister actually. hehe. Harga pun berpatutan untuk masa sekarang ni. Jadi, boleh la cuba. Jom tengok kat bawah ni;


Read More